Kursus Fotografi DSLR
Jalan
Perdana – 26 Nov 2012. Unit Penerbitan dan Multimedia Masjid Negara
telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi (DSLR) yang berlangsung pada 26
November 2012 (Isnin) bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.
Seramai 50 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan khasnya JAKIM
terlibat dalam kursus ini. Kursus ini dikendalikan oleh En. Saiful
Nizam, fotografer sepenuh masa yang berpengalaman luas dalam bidang
fotografi dan grafik.
Kursus
yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini memberi
pengetahuan kepada para pelajar pelbagai kemahiran dan teknik fotografi.
Antaranya kaedah pemilihan kamera, penjagaan, memanipulasi kamera,
pencahayaan, teknik mengambil gambar, grafik dan sebagainya.
Peserta
juga diberi tugasan melakukan penggambaran luar studio dengan mengambil
gambar masjid sebagai subjek dan persekitaran seperti landskap, alam
flora, manusia dan persekitaran. Sesi kritikan diadakan pada siding
petang untuk menilai kualiti karya yang dirakam oleh peserta. Majlis
Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Rejab bin Ramli,
Penolong Pengarah Kanan, Unit Pentadbiran dan Kewangan Masjid Negara
seterusnya menganugerahkan sijil kepada para peserta.
Diharap
kepada semua para peserta dapat mengambil manfaat dan mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari kerana Allah s.w.t. Wallahu'alam.
Gambar para peserta
Hasil karya peserta
sumber.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan