Jakim Hantar Wakil Ke Majlis Pemasyuran Mufti Bosnia & Herzagovina
Jakim Hantar Wakil Ke Majlis Pemasyuran Mufti Bosnia & Herzagovina
Pada hariKhamis, 1 Muharram 1434H telah berlangsung Majlis Pemansyuran Grand Mufti & Raisul-Ulama,
bagi Negara Bornia & Herzagovina. Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri adalah antara tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis yang
bersejarah ini. Pada hari tersebut Syeikh Hussin Effendy Kavasovic, 48
telah dimasyurkan sebagai Grand Mufti dan Raisul-Ulama yang Ke
14 menggantikan Syeikh Dr. Mustafa Ceric yang telah tamat tempoh
perkhidmatan selama 17 tahun menjadi Mufti Bosnia & Herzagovina.
Syeikh Hussin adalah ulama lulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar,
Mesir. Beliau dipilih secara undian oleh masyarakat Islam Bosnia, dari
kalangan 8 orang Mufti sediaada yang terdapat di dalam wilayah-wilayah
Bosnia & Herzagovina. Majlis pemasyuran seumpama ini adalah acara
tradisi yang telah dilaksanakan di Bosnia & Herzegovina, sejak tahun
1884 M, iaitu ketika di bawah naungan Empayar Uthmaniyah.
Majlis diadakan di Masjid Besar Sarajevo, dihadiri ribuan masyarakat
Islam serta lebih 500 orang tetamu jemputan dari dalam dan luar Negara.
Majlis ini juga mendapat liputan meluas media tempatan, termasuk siaran
langsung oleh dua stesen TV tempatan.Turut hadir ialah perwakilan ulama
dari Negara-negara OIC iaituTurki, Saudi Arabia, Mesir, Iran, Kuwait,
Indonesia, Pakistan dan lain-lain lagi. Malaysia diwakili oleh Tn Haji
Mohamad Nordin bin Ibrahim, TKP (Dasar) dan Tuan Mohd Hussain Bakar,
Pemangku Duta Besar Malaysia di Sarajevo. Selepas majlis tersebut
diadakan jamuan makan malam yang turut dihadiri oleh Presiden Bosnia
& Herzegovine, serta pemimpin-pemimpin tertinggi Katholik dan
Protestant Bosnia.
Dalam kesempatan tersebut juga TKPD dan Pemangku Duta Besar Malaysia
di Sarajevo telahmengadakan kunjung hormat kepada Mufti baru. Pertemuan
selama 30 minit itu adalah bagi mengucapkan tahniah bagi pihak Kerajaan
Malaysia, di samping membincangkan beberapa isu berkaitan dakwah,
pendidikan Islam dan pengurusan halal. Mufti telah mengucapkan terima
kasih kepada Malaysia yang banyak membantu Bosnia selama ini, dan
menyatakan harapan yang tinggi kepada Negara-negara Islam, khususnya
Malaysia supaya terus memberi sokongan moral dan bantuan bagi
membangunkan modal insan masyarakat Islam Bosnia & Herzagovina yang
masih dalam keadaan tidak menentu, dari masa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan