Jabatan
Kemajuan
Islam Malaysia
“TANGISAN
GAZA “
(23
NOVEMBER 2012 / 9 MUHARAM 1434H )
ALHAMDULILLAH......
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD...
ITTAQULLAH......
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada
hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya
berpesan kepada diri saya dan kepada sidang jumaat yang menjadi
tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di
dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah
bertajuk: “
TANGISAN GAZA”.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketika
umat Islam bergembira dengan kedatangan awal Muharam, sekali lagi
dunia di gegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun
rejim Israel. Operasi
yang dinamakan “Pillar
of Defence” ini telah
membunuh orang awam yang tidak berdosa. Sebenarnya kezaliman
dan keganasan yang telah dilakukan oleh mereka semenjak
berpuluh-puluh tahun dulu telah menyaksikan isu-isu kemanusian sering
ditimbulkan dan mereka tidak pernah
mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita
atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan
hak. Keganasan mereka ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah
an-Nisa' ayat 157:
Maksudnya:
" Maka dengan sebab mereka mencabuli
perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan
Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang
benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah
memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka
tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya.
"
Persoalan besar timbul ialah mengapa bangsa Yahudi
berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?.
Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap
sebagai pilihan Tuhan,
bangsa yang disayangi tuhan, halal membunuh orang yang bukan sebangsa
Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada negara kuasa besar dan
beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan
mereka. Mimbar merasa kesal dengan beberapa negara yang lantang
menyuarakan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan
sebagainya, tetapi tidak berlaku adil dan berlepas tangan apabila
berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel
secara haram diiktiraf sah oleh pihak barat tetapi mereka tidak
mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin di negara mereka sendiri.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kekejaman
dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada
keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Menurut
pandangan seorang ulama apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj
adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.
Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah
menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel
fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel
sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua,
wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan
sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat
memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai
Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, Semenanjung Sinai dan
termasuklah Madinatul Munawwarah. Sifat keji bani Israel ini
dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya:
“ Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah
dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi
Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan
menceroboh.”
Muslimin
Yang DiMuliakan Allah,
Mimbar
amat kesal dengan tindakan
yang tidak berperikemanusiaan dan mencabuli undang-undang
antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB
merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva
1949 Mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Semasa Perang. Mimbar
mengecam sekeras-kerasnya serangan ini dan berpendirian bahawa tiada
alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak
seimbang, sebarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza.
Adalah satu hakikat bahawa Islam
dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan
kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan
bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan
ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan. Firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:
Maksudnya:
"
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya
petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan
demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun)
yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
Muslimin
Yang DiMuliakan Allah,
Islam
mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela.
Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita,
tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja
wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama kita di
Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama
mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama
umat Islam. Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili merupakan
ulama terkemuka dunia menegaskan bahawa umat Islam wajib
membantu saudaranya yang kesusahan dalam pelbagai aspek yang
diperlukan walaupun terpaksa mengikat perut.
Justeru itu, mimbar yang mulia ini menyeru kepada
seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu
meringankan penderitaan mereka. Bantuan kepada mereka boleh dimulakan
dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan
yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara
Palestin. Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa
mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya,
berbeza latar belakang fahaman atau politik. Buang yang keruh,
ambillah yang jernih. lebih-lebih lagi dalam menangani isu yang
membabitkan agama dan masa depan umat Islam. Kita ketepikan segala
perbezaan-perbezaan tersebut atas dasar persaudaraan dan umat seagama
kita. Firman
Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Maksudnya:
“
Sebenarnya
orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh
rahmat
.”
Mungkin sekali imbas amat sukar untuk kita mengalahkan
Israel dan sekutunya, kerana mereka kerajaan yang kebal, berada
diatas undang-undang antarabangsa dan boleh bertindak sesuka hati
kerana ia dinaungi oleh kuasa barat. Mereka juga memiliki peralatan
ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat, namun sebagai orang yang
beriman, kita mesti percaya bahawa dengan kuasa Allah SWT mengatasi
segalanya. Berdasarkan
pedoman sejarah Islam, tentera Islam pernah berjaya menewaskan kubu
kuat puak Yahudi dalam peperangan Khaibar pada tahun 7 Hijrah. Dalam
peperangan itu Rasulullah SAW memimpin tentera Islam seramai 1,400
orang tentera mengepung selama 10 hari. Tentera Islam diketuai
Saidina Ali berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah
kalah.
Oleh
itu, mimbar yang mulia pada hari ini, menyeru para jemaah dan seluruh
umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan
bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan
keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan
semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi
kezaliman Israel. Jangan kita biarkan bumi Palestin dinodai. rakyat
Palestin berhujankan peluru, bermandikan darah dan jangan kita
biarkan tangisan Gaza ini berpanjangan. Semuga Allah SWT merestui
segala usaha yang kita lakukan. Mengakhiri khutbah pada minggu ini,
marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah
Ali- Imran ayat 160:
Maksudnya:
“Jika Allah
menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan
kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat
menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan
(ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu
berserah diri.
BARAKALLAHU LI WALAKUM FIL QURANIL AZIM.....