
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
“ INSAN TERPILIH ”
( 12 OKTOBER 2012 / 26 ZULKAEDAH
1433H )



Sidang
Jumaat Yang Di Muliakan,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di
dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang
Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia
dan di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari akan memperkatakan mengenai
tajuk: “ INSAN TERPILIH ”.
Sidang
Jumaat Yang Di Muliakan,
Alhamdulillah, kita semua
sedia maklum bahawa pada saat ini umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang
menunaikan ibadah haji yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang
mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh
syarak. Firman Allah SWT di dalam surah Ali 'Imran, ayat 97:

Sidang Jumaat
Yang Dirahmati Allah SWT,
Berdasarkan kesungguhan dan
pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah
tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran
yang setimpal daripada Allah SWT dengan memperolehi haji
yang mabrur. Namun persoalan besar timbul, bagaimanakah seseorang itu untuk
mendapat haji mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima
dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT. Ini merupakan kedudukan yang
paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang
menunaikan ibadah haji tersebut. Sabda Rasulullah SAW :

Oleh itu, ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu
mencapainya dengan begitu mudah. Bahkan akan menghadapi berbagai-bagai
kesukaran, pengorbanan dan cabaran dengan berasaskan kekuatan iman dan taqwa. Secara
umumnya, seseorang yang ingin mencapai haji yang diterima dan mabrur di sisi Allah SWT hendaklah melaksanakan beberapa perkara berikut:
Pertama: Sifat Ikhlas. Imam Nawawi menjelaskan
dalam kitab Syarah Muslim bahawa haji yang mabrur adalah yang tidak
bercampur dengan dosa dan tidak riak.
Kedua: Sumber
Yang Halal. Dalam sahih Muslim Rasullullah
SAW bersabda:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima
kecuali yang baik”.(Riwayat Muslim)
Justeru,
sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah
kembali segala sumber-sumber pendapatan,
perbelanjaan, bekalan dan pakaiannya dari sumber-sumber yang halal.
Ketiga: Mempelajari ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan ibadah haji dan umrah. Syeikh
Mustafa az-Zarqa’ dalam buku Fatwa Hukum Haji dan Kelebihannya ketika
ditanya makna haji yang mabrur, menyatakan di antara ciri-ciri haji yang
diterima ialah: “ Hendaklah bagi
tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau di dalam mengerjakan
kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya,
memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain)
dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya,
berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap
berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi
kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan
istiqomah. ”
Sehubungan itu, mimbar menasihatkan kepada umat Islam supaya berusaha mendalami ilmu yang berkaitan
dengan perlaksanaan ibadah haji dan umrah agar segala perbuatan dan adab-adab
dapat dilaksanakan dengan betul dan sempurna.
Keempat: Menjauhi amalan-amalan cela dan khurafat. Perbuatan-perbuatan cela seperti mengumpat, maki hamun, hasad dengki kepada sesama muslim merupakan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT yang perlu dijauhi di mana kita tahu tujuan asal kita adalah untuk menyucikan diri dari segala dosa. Manakala perkara-perkara khurafat perlu dijauhi seperti mengusap makam Nabi Ibrahim AS, menanam batu di Arafah, memotong kelambu Kaabah, mencari tiang Jin dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197:
Keempat: Menjauhi amalan-amalan cela dan khurafat. Perbuatan-perbuatan cela seperti mengumpat, maki hamun, hasad dengki kepada sesama muslim merupakan perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT yang perlu dijauhi di mana kita tahu tujuan asal kita adalah untuk menyucikan diri dari segala dosa. Manakala perkara-perkara khurafat perlu dijauhi seperti mengusap makam Nabi Ibrahim AS, menanam batu di Arafah, memotong kelambu Kaabah, mencari tiang Jin dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 197:

Sidang Jumaat
Yang Dirahmati Allah SWT,
Banyak juga persoalan
yang di timbulkan bahawa mereka yang memperolehi haji mabrur itu dikatakan akan
mengalami peristiwa yang pelik antaranya tersesat di dalam perjalanan, hilang
harta-benda, mendapat mimpi dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah pandangan dan
tanda-tanda yang tidak betul kerana ibadah haji
seseorang itu diterima ataupun ditolak oleh Allah SWT dapat dilihat setelah
beliau kembali dari menunaikan ibadah haji. Menurut al-Khawwas dalam kitab
Bughyatul Mustarsyidin bahawa: Setelah mereka kembali dari mengerjakan
ibadah haji, mereka berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW, mereka tidak akan
mencebur diri di dalam dosa dan tidak memandang dirinya lebih tinggi daripada
seorang hamba-hamba Allah SWT, tidak pula merebut-rebut untuk mendapat sesuatu
daripada perkara dunia. Manakala tanda ibadah hajinya tidak di terima ialah
bahawa mereka kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan haji.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin menyatakan bahawa haji
mabrur merupakan satu pengiktirafan kepada umat Islam yang telah berjaya
melaksanakan amalan hajinya dengan sempurna. Selain itu ia
akan melahirkan insan yang berkualiti dari aspek akhlak, ibadah dan hubungan
baik sesama manusia di dunia ini. Manakala kehidupan di akhirat kelak menerima kurniaan
iaitu ganjaran syurga oleh Allah SWT. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa
agar tetamu Allah yang berada di kota suci Mekah pada ketika ini, diberi
kesihatan, dilapangkan fikiran, dipermudahkan segala amalannya bagi
melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT
dalam surah an-Nur ayat 37:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan