Jangan langgar sempadan agama
IPOH 3 April - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kecewa kerana garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar, malah ada kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara berkaitan agama itu melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umatnya.
Baginda mahu supaya perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka ini dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.
"Bara keagamaan jangan dihidupkan, api keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri," titah baginda semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan