Isnin, 21 November 2011

Tingkat kefahaman Islam - Jamil ( Sidang akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Dato' Seri Jamil Khair b Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mengadakan sidang akhbar. Turut bersama beliau Dato' Othman b Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, Tn Hj Zainal b Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan Tn Hj Abdul Malik b Hussin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama  Islam Perlis

 

Tingkat kefahaman Islam - Jamil

KEPALA BATAS 19 Nov. - Semua agensi dan jabatan agama Islam bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman umat Islam di negara ini dalam usaha membetulkan pelbagai kecelaruan yang kian menular dalam masyarakat masa kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, antara kecelaruan yang kian menular dalam masyarakat ialah isu seksualiti merdeka yang jelas menyokong golongan yang hidup dalam amalan seks terlarang dan songsang.

Beliau berkata, agensi dan jabatan agama bertanggungjawab untuk memberi penjelasan dan pemahaman dari aspek dasar dan perlembagaan, selain memberi bimbingan dan pendidikan agama.

"Agensi atau jabatan agama bertanggungjawab membetul dan meningkatkan pemahaman tentang Islam kepada individu yang terdedah dengan anasir negatifdan bukannya menambah kecelaruan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup perhimpunan Tafaqquh Fiddin anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Perhimpunan dua hari berakhir hari ini disertai 200 peserta daripada kalangan ustaz dan ustazah yang memberi kuliah di masjid dan surau khusus di zon utara. - BERNAMA

Sumber rujukan.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan