24 JUN 2011, Jumaat. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berangkat ke Masjid Negeri Pulau Pinang bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat negeri Pulau Pinang. Rakyat jelata begitu gembira dengan kehadiran Tuanku sebagai payung Agama dan mahkota negara bersama-sama mendirikan solat Jumaat di Pulau Pinang. Lawatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ini merupakan lawatan yang sungguh bersejarah dan bermakna bagi rakyat negeri Pulau Pinang kerana mereka menunggu kedatangan Baginda ke Pulau Mutiara ini untuk beramah mesra.
Kehadiran jemaah pada hari itu sungguh ramai dan berduyun-duyun menunggu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk melihat Baginda dengan lebih dekat lagi. Khatib pada hari itu ialah Yang Berbahagia Tuan Haji Elias b Zakaria Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan tajuk khutbah Pemimpin dan Rakyat. Sementara imam pula ialah Us Hanif Azmir, Imam Masjid Negeri Pulau Pinang.
Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Tun Dr Hj Abd Rahman B Abbas Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang mengetuai dif-dif kehormat, vvip serta Ketua Jabatan yang hadir menyambut ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Karpet merah bagi menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Atas inisiatif Pentadbiran Masjid Negeri Pulau Pinang dekorasi dan landskap hiasan luar telah dapat disiapkan untuk menyambut ketibaan Tuanku.
Keindahan Masjid terserlah dengan landskap adunan ilham citarasa Imam Besarnya sendiri iaitu Tuan Haji Yusuff b Ahmad.
Penolong Pengarah Takmir dan kakitangan JHEAIPP serta Imam-imam Masjid Negeri bergambar kenang-kenangan bersama Pengarah JHEAIPP Tuan Hj Sazali b Hussein.
Diantara sebahagian rakyat jelata yang bersabar menunggu keberangkatan tiba Tuanku.
Tuan Yang Terutama kelihatan berbual dengan Dato' SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang sementara menanti ketibaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Ketibaan rider dan kereta yang membawa Baginda tiba tepat pada waktunya.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Rakyat menjunjung kasih di atas ketibaan Tuanku.
Tuanku yang berjiwa rakyat senang bermesra dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan rakyat yang ingin menunaikan solat Jumaat bersama Baginda
Rakyat Pulau Pinang begitu gembira dengan kehadiran Tuanku solat Jumaat bersama-sama mereka
Khatib oleh Tn Hj Elias b Zakaria YDP MAINPP dan imam oleh Us Hanif Azmir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan