Mengenai peristiwa Israk dinilai sahih dalam hadis
DI dalam hadis peristiwa Israk yang dinilai begitu sahih, bahkan masyhur, apabila disebutkan tentang apa yang dilakukan oleh para nabi, bersama nabi yang paling mulia dan terpilih, Nabi Muhammad SAW.Mereka mendirikan solat di belakangnya, berbicara dengan baginda dan mendoakan kebaikan baginya di langit.
Hasilnya, umat Islam beruntung dengan mendapat pengurangan jumlah solat fardu daripada 50 kali, menjadi lima kali dalam sehari semalam dengan berkat syafaat Nabi Muhammad SAW yang memohon kepada Allah berkali-kali.
Itu pun, ia terjadi hanya setelah adanya isyarat daripada kalimullah Nabi Musa ibn Imran a.s kepada Nabi Muhammad SAW.
Dengan ini, jelaslah bahawa maksud hadis tersebut bukan seperti yang sesetengah orang sangkakan, kerana maksud sedemikian terang-terangan adalah batil dan salah sebagaimana yang telah dijelaskan.
Maksud atau tujuan sebenar hadis tersebut adalah sebagai peringatan supaya tidak mudah meminta harta benda orang lain tanpa ada keperluan yang mendesak, atau kerana sifat tamak.
Hadis ini juga menggalakkan supaya bersifat qanaah, merasa puas dengan kebaikan yang dimudahkan oleh Allah baginya sekali pun sedikit, meninggalkan keinginan terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain yang sememangnya tidak diperlukan dan merasa cukup dengan hanya memohon kurniaan daripada Allah.
Sesungguhnya, Dia menyukai orang yang selalu mengulang-ulang doanya, sedangkan manusia pula, adalah sebaliknya. Seorang penyair berkata: "Allah murka jika kamu tidak memohon kepada-Nya sedangkan bani Adam berasa marah jika selalu diminta."
Maksudnya, jika kamu melihat harta di tangan orang lain yang cukup mempersonakan dan kamu pula sangat menginginkannya, janganlah kamu meminta apa yang ada pada orang itu, tetapi memadailah kamu meminta kepada Allah supaya mengurniakan kurniaan-Nya kepada kamu.
Hadis tersebut mengajar dan menunjukkan kepada kita tentang sikap qanaah dan membersihkan diri daripada sikap tamak.
Di manakah persamaan di antara makna tersebut dengan perbuatan memohon kepada Allah melalui para nabi dan wali-Nya atau memohon syafaat kepada para nabi bagi orang-orang yang memohon kepada Allah, yang mana Allah menjadikan melalui syafaat mereka sebagai sebab yang paling efektif untuk mendapatkan kejayaan?
Malangnya, apabila manusia itu menurut hawa nafsu, ia akan mendahulukan sangkaannya dan enggan mengikut fahaman yang benar.
RUJUKAN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan