Jumaat, 24 Jun 2011

SAMBUTAN BULAN AL QURAN DI MASJID BARAT DAYA

20 JUNE 2011



Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP sedang menyampaikan ceramah al Quran Syifa'


Satu ceramah Al Quran Syifa' (Al Quran Perubatan) telah di adakan di Masjid Derah Barat  Daya yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Program ini terbuka kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat penduduk Balik Pulau yang berminat. Alhamdulillah program ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir dalam program Bulan Penghayatan al Quran ini ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya, Ustaz Fauzi b Ibrahim dan Imam Utama Masjid  Daerah Barat Daya Balik Pulau Us Che Amir



Allah s.w.t. berfirman (Al-Quran: al-Isra': 82):
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman.


Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Sesungguhnya pada jasad itu ada seketlul daging, apabila ia sejahtera,
maka sejahteralah keseluruhan jasad. Dan apabila rusak akan dia, maka
rusaklah keseluruhan jasad, iaitu hati. (Muttafaq 'alaih).


Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:
Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan
penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada
telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan
bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat
yang jauh.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan perkataan yang terdapat dalam surah di
atas (al-Isra':82) bukan Iit-tab'id , bererti bahawa al-Quran itu keseluruhannya
adalah penawar, bukan sebahagian daripadanya sahaja. AI-Quran boleh digunakan
untuk menangani sakit fizikal juga sakit yang berkaitan dengan hati, jiwa dan roh,
seperti kejahilan, kesesatan dan sebagainya. Kesejahteraan fizikal berkait rapat
dengan kesejahteraan hati. Mengenainya.
Semoga dengan ceramah tersebut salah satu fungsi Al Quran dapat diselami oleh jiwa umat Islam dan bersempena dengan Sambutan Bulan Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang ini, Al Quran kembali bertapak di hati sanubari kita insyaAllah..amin


 Imam Utama Masjid Daerah Barat Daya, Ustaz Che Amir telah berbesar hati untuk menjamu penceramah dengan Durian Balik Pulau dan buah-buahan tempatan yang istimewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan