Rabu, 22 Jun 2011

BENGKEL GARIS PANDUAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH (PPMD) DAN TAKMIR DI PUSAT LATIHAN ISLAM KUNDASANG, SABAH

Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang bergambar kenang-kenangan di hadapan Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah


14-17 JUN 2011-Bahagian Kemajuan Islam JAKIM telah mengadakan Bengkel Garis Panduan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) dan takmir di Pusat Latihan Islam Kundasang Sabah. Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau serta Penolong Pengarah Takmir seluruh negara yang berkampung di Pusat Latihan Islam ini selama 5 hari. Bengkel yang penting ini bagi membincangkan hala tuju takmir dan PPMD serta memperbaiki perjalanan program JAKIM yang sudah mencecah usia 25 tahun Jubli Peraknya.

Peserta telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu KPP PMS membincangkan garis panduan PPMD dan PP Takmir membincangkan garis panduan Takmir Negara. Hasilnya sungguh memuaskan kerana peserta talh memberikan buah fikiran yang bernas demi melihat program ini terus relevan dengan arus semasa dan pembangunan insan.

Antara yang hangat diperbincangkan adalah isu Pegawai Takmir, Pembantu Takmir dan PPMD serta Guru Takmir yang  merupakan penggerak kepada program ini. Pegawai Takmir mencadangkan agar Pembantu Takmir di up gradekan kepada taraf jawatan sekurang-kurangnya kontrak berskim dan PPMD diberi peluang mengajar 5 kali sebulan.

Manakala Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Takmir Peringkat Negeri dan Pusat akan dikemaskini demi melihat keterlibatan bersepadu semua pihak dalam program pengimarahn masjid-masjid dan surau-surau juga tempat-tempat yang difikirkan sesuai untuk diguna pakai  garis panduan ini. Pengimarahan ini perlu selari dengan kehendak denyut nadi masyarakat yang dahagakan ilmu dan juga disiplin-disiplin ilmu Islam.

Tokoh-tokoh agamawan juga perlu diketengahkan kepada masyarakat sebagai sumber rujukan kepada sebarang permasalahan untuk mengelakkan perpecahan dan ajaran-ajaran sesat serta salah faham tentang agama yang meresap dan tersebar dikalangan masyarakat.


Bagi Bengkel PPMD ianya dipengerusikan oleh Us  Mohd Nor KPP PMS dari Jabatan Agama Islam  Terengganu dan Bengkel Takmir diketuai oleh Us Hj Muhammad Imran B Ibrahim PP Takmir JHEAIPP


Kelihatan PP Takmir berfikir dan memerah fikiran untuk melihat Takmir terus maju ke hadapan




PP Takmir dan ada negeri yang membawa Pembantu Takmir turut serta dalam bengkel kali ini iaitu Pembantu Takmir dari Kedah dan Sarawak









Perbincangan yang serius demi menjamin amanah dan tanggungjawab pengimarahan di bahu PP Takmir dapat berjalan lancar.(gambar atas Buku Panduan Program Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia Januari 2006 untuk pindaan baru)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan