Rabu, 21 November 2012

Ke arah Tadbir Urus Masjid: Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan, Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Seluruh Malaysia Tahun 2012

Ke arah Tadbir Urus Masjid: Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan, Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Seluruh Malaysia Tahun 2012

Pada 1-4 November 2012- Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan, Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Seluruh Malaysia telah diadakan di Hotel Putra Palace Perlis. Persidangan ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, wakil Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri/Majis Agama Islam Negeri serta pegawai yang terlibat dalam pengurusan masjid di negeri dan di ibu pejabat Jakim.  
 
SESI MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN, PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID SELURUH MALAYSIA
 
T
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan, Pengurusan dan Pengimarahan Masjid
telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam.
Di sebelah kiri beliau, Ustaz Mohd Ajib bin Ismail (KPP Cawangan Pengurusan Masjid),
Ustaz Abdul Manaf bin Mat (Imam Besar Masjid Putra) dan Ustaz Dr. Haji Lokman bin Ab. Rahman (KPP Pengurusan Masjid)
 
 
 
Peserta Persidangan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Ibu Pejabat Jakim, Masjid Putra,
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri-Negeri
 
 
LAWATAN SEHARI KE SELATAN THAILAND
 
Disamping mesyuarat, Lawatan Kerja Sehari turut diadakan ke Selatan Thailand pada 2 November 2012 bagi mendapat pendedahan dan pengalaman serta pengetahuan dalam mempertingkatkan imej perkhidmatan dan pengurusan masjid-masjid di Malaysia. Program lawatan ini telah diaturkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Agama Islam Songkhla.
 
 Ketibaan ahli rombongan  di Sempadan di sambut oleh Tuan Mohamad bin Haji Daud (Vice Consul)
dan Mej. Mohd Ghazi bin Haji Hassan (Penolong Setiausaha II (MLOT),
Pejabat Konsul Besar Malaysia yang banyak membantu Jakim dalam menjayakan program lawatan ini.
 
MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA
 
Pemandangan Masjid Jamek Songkhla dari hadapan yang menempatkan juga Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla
 
Suasana dalam bilik Mesyuarat Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla,
tempat berlangsung pertemuan dan jalinan dakwah serta tempat berkongsi maklumat
antara Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia
 
Ahli rombongan diberi taklimat mengenai Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand
 
Sesi Dialog 
 
 
Sesi Penyampaian Cenderahati di antara Jakim dan Majlis Agama Islam Songkhla
 
Bergambar kenangan bersama ahli rombongan dan Majlis Agama Islam Songkhla
 
LAWATAN KE MASJID BAN NUA
 
Pemandangan Ban Nua Mosque sebuah masjid contoh di dalam Wilayah Songkhla
 
Berdiri dari kiri Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, (KPP Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM),
Tuan Mohamad bin Haji Daud (Vice Consul, Consulate General of Malaysia),
Wakil daripada Ban Nua Mosque dan Mej Mohd Ghazi bin Haji Hassan (Penolong Setiausaha II (MLOT)
Timb. Pegawai Perhubungan Malaysia, Seksyen Keselamatan Pembangunan Sempadan Thailand
 
Taklimat bersama Imam Masjid Ban Nua, Tuan Haji Dr. Tabrani bin Abdul Latif
 
Bergambar kenangan bersama ahli rombongan dan wakil daripada Masjid Ban Nua
 
Suasana sekitar selepas solat Jumaat
 
LAWATAN KE BAMROONGSASNA SCHOOL (MADRASAH AL-NAHDAH AL-DINIAH)
 
 
Taklimat oleh Tuan Haji Abd. Rahman Kalong, Pengetua Sekolah Bambroongsasna School
 
Penyampaian Cenderahati oleh Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar (Pengarah, Bahagian Kemajuan Islam)
kepada Pengetua Sekolah
 
LAWATAN KE PEJABAT KONSUL BESAR MALAYSIA DI SONGHKLA
 
Lawatan Ke Pejabat Konsul Besar Malaysia.
Dari kiri Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Tuan Haji Abd. Manaf bin Mat
dan Encik Faizal bin Razali (Konsul Besar Malaysia di Songkhla)
 
Ustaz Mohd Ajib bin Ismail bergambar kenangan bersama Encik Faizal bin Razali
 
TINJAUAN SOSIAL - FLOATING MARKET
 
Singgah sebentar ke floating market
 
SESI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERSIDANGAN JAWATANKUASA PENYELARASAN, PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID
 
Pada 3 November hingga 4 November 2012 persidangan ini diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh  Tuan Haji Abdul Manaf bin Mat, Imam Besar Masjid Putra, Tuan Haji Mohamad Sokri bin Husin, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Tuan Haji Dr. Lokman bin Ab. Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Unit Data dan Informasi), Cawangan Kemajuan Masjid. Persidangan ini diakhiri dengan  pembentangan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan masjid  yang perlu difikirkan dan ditangani secara bersama.
 
Antara Pembentang Kertas Kerja:
Pengurusan dan Pengimarahan Masjid: Pengalaman di Masjid Putra
Oleh: Tuan Haji Abd. Manaf bin Mat
 
Sesi Penyampaian Cenderahati oleh Dr. Lokman bin Ab. Rahman kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis,
Tuan Haji Mohamad Sokri bin Husin yang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja persidangan
yang bertajuk Memperkasakan Institusi Masjid: Ceria dan Mesra Jemaah
 
Sesi Pembentangan Kertas Kerja Persidangan
oleh Dr. Lokman bin Ab. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam
yang bertajuk Pelancongan Islam
 
 
Sesi Pembentangan Laporan Pelaksanaan Pengimarahan Masjid dan Isu-Isu Berkaitan di Negeri-Negeri
dan Majlis Penutup Persidangan yang diakhiri dengan Bacaan Doa
oleh Tuan Haji Salleh bin Saad, Penolong Pengarah Masjid Putra
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan