Selasa, 19 Julai 2011

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011

Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhammad Imran b Ibrahim (P.J.K)

12 Julai 2011 (Selasa), Dewan Sri Pinang, George Town Pulau Pinang. Dengan hormat dan takzimnya, sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke-73 pada  9 Julai 2011, Tuan YangTerutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang telah bersetuju mengurniakan kepada Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang Tn. Hj Muhammad Imran Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K).

Alhamdulillah, anugerah ini untuk semua.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kurniaan ini dan semoga beliau akan terus menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang terhadap agama, bangsa, negara dan Negeri Pulau Pinang.

Bergambar bersama isteri beliau Pn Fazira Bt Abd Wahab yang turut hadir

Istiadat Pengurniaan ini telah disempurnakan olehTuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

Tarikh: 12 Julai 2011 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang.
Pakaian: Pakaian rasmi istiadat menerima pengurniaan.



Pingat dan Sijil anugerah yang telah diterima oleh Penyelaras Takmir Pulau Pinang

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) ini telah dizahirkan pada tahun 1959 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.

Bergambar kenangan di Dewan Sri Pinang, tempat berlangsungnya majlis penganugerahan itu.



Semoga Allah memberkati usaha murni ini dan Takmir terus diperkasakan di bumi Pulau Pinang, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan