Khamis, 14 Julai 2011

Bahagian Kemajuan Islam


                                           Tuan Haji Zainal Abidin b Jaffar,Pengarah Bahagian Kemajuan Islam

 

Bahagian Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urusetia LEPAI pada peringkat awalnya beroperasi sebagai urusetia kepada Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja. Mesyuarat majlis kali yang ke 126 itu telah diadakan pada 24 Februari 1983. Bahagian ini dengan secara rasminya pada Disember 2010 telah dinamakan sebagai Bahagian Kemajuan Islam yang mengandungi tiga cawangan utama iaitu Cawangan Pembangunan Dasar, Cawangan Pendidikan dan Cawangan Pengurusan Masjid.
Peranannya kini telah bertambah meliputi urusan berkaitan Pendidikan Islam terutama program Kelas AL Quran dan Fardhu Ain(KAFA), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Objektif bahagian ini ialah untuk menyelaraskan pelaksanaan program KAFA di seluruh negara ke arah membasmi buta Al-Quran dan menguasai asas-asas Fardhu Ain bagi kanak-kanak Muslim berumur 7-12 tahun. Di samping itu juga ia berperanan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dari aspek latihan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) KAFA dan Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Rakyat melalui penyelarasan yang berkesan dan meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran KAFA dan Sekolah-Sekolah Agama Negeri dan Rakyat  seluruh negara.

Bermula pada tahun 2010 bahagian ini juga telah dilantik sebagai penyelaras kepada pemberian Biasiswa 1MDB (Malaysia Development Berhad) di bawah Yayasan 1 Malaysia yang dinaungi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Biasiswa 1MDB ini dikhaskan kepada pelajar SMAN/SMAR yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang dapat melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Mesir.

 

Penggabungan Bahagian Kemajuan Islam dan Pengurusan Masjid

 
Bahagian Kemajuan Islam adalah penjanamaan baru yang dirasmikan mulai bulan Disember 2010 ekoran cantuman daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Pengurusan Masjid. Sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan urusetia kepada Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 24 Februari 1983. Bahagian Kemajuan Islam mengandungi dua cawangan utama iaitu:
1- Cawangan Pendidikan Islam
2- Cawangan Pengurusan Masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan