Berikut adalah sebahagian kertas kerja Us Nicholas dalam Ijtimak takmir baru-baru ini:-
Siapa St. Paul?
1. Dia bukan salah seorang dari 12 pengikut Nabi Isa a.s.yang asal.
2. Dia tidak pernah jumpa nabi Isa semasa hayat baginda
3. Mengaku berjumpa baginda dalam mimpi dan visi
4. Menentang untuk memusnahkan pengikut Isa a.s
5. Terlibat dalam pembunuhan syahid pertama – Stephen
6. Yahudi berfikiran Hellenist.
7. Memperkenalkan Kristianity Pauline
Antara ajaran St. Paul yang berbeza dengan ajaran Nabi Isa a.s adalah:
1. Jesus tidak mengaku Tuhan (Matthew 7:21-22) St. Paul mengatakan Jesus Tuhan (Corinthians 1:1-9)
2. Jesus tidak pernah mengajar dosa warisan, St. Paul mengajar dosa warisan (Rom 5:12)
3. Jesus menyuruh pengikut baginda mengajar hanya kepada umat Yahudi (Matthews 10:5-6, Matthews 15:24-26)
4. St. Paul menyuruh mengajarnya kepada orang bangsa lain juga (Acts of the Apostles 14:46, 14:27)
5. Jesus mengajarkan bahawa dosa seorang akan hanya terampun dengan bertaubat. St. Paul mengajar bahawa pengampunan dosa adalah dengan pensaliban Jesus.
6. Jesus mengesahkan berlakunya hukum Torah keatas pengikut baginda (Matthew 5:17-18). Paul mengajar bahawa hukum Torah tidak lagi berlaku keatas pengikut Jesus setelah pensaliban menghapuskan dosa manusia (Rom 7:4-6) hukum tersebut terganti dengan iman kepada pensaliban tersebut (Rom 3:21-28).
7. Jesus melaksanakan kewajiban berkhatan sebagaimana Abraham, St. Paul menghapuskannya (Rom 3:30) semua Yahudi termasuk Jesus dan pengikut baginda berkhatan
Diantara kekeliruan besar yang juga akibat dari ajaran St. Paul adalah mencipta Tuhan yang ketiga iaitu Ruhul Kudus atau “The Holy Spirit” yang kononnya hanya boleh dibuktikan melalui peranannya memberikan Iman dan pengalaman peribadi.
Satu peristiwa yang masih diagungkan oleh penganut agama Kristian sekarang adalah “Speaking In Tounges” iaitu satu peristiwa yang kononnya diinspirasikan oleh Ruhul Kudus.
RUMUSAN SEJARAH
Boleh dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pendapat yang sangat getir di dalam agama Kristian dalam sejarah terhadap isu-isu penting seperti:
,
,
· doktrin keTuhanan Jesus
· keTuhanan Ruhul Kudus,
· hakikat Jesus,
· kewujudan Jesus,
· dll.
Pendapat yangbenar pula ditentukan dan ditolak melalui perdebatan, undian dan pandangan manusiawi.
Juga terdapat campur tangan politik pemerintah. Doktrin ditentukan ditentukan oleh yang menang dalam undian dan yang kalah di buang negeri dan buku-buku Bible yang menyokong hujah mereka dibakar.
Perbezaan asas antara agama Kristian dan Islam
KRISTIAN | ISLAM |
| |
Buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dengan jelas mengatakan Tuhan itu Satu. | Al Qur’an juga mengatakan Tuhan itu Satu |
Tuhan itu Triniti tetapi Satu; iaitu, ada tiga “person” dalam satu Tuhan. | Tuhan Satu dan Hanya Satu. |
Tuhan ada satu anak yang dikenali sebagai Jesus Kristus. | Tuhan tidak beranak; Dia tidak beranak. |
Tuhan menjadi manusia dan hidup dibumi. | Tuhan Kekal dan Tidak ada PermulaanNya. |
Dosa pertama (Original Sin) yang dilakukan oleh manusia pertama Adam, diwarisi oleh manusia seluruhnya. | Adam di keluarkan dari syurga dengan dosa ini. Tuhan menerima taubtnya dan anak-anaknya tidak mewarisi dosa ini. |
Tuhan telah berkorban dan mati di atas salib untuk menghapuskan dosa manusia. | Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini. |
Jesus anak Tuhan yang dilahirkan oleh Mary. | Jesus anak Mary; tetapi bukan anak Tuhan. |
‘Comforter’ di dalam John 16: 7, dan ‘Spirit of Truth’ dalam John 16: 13 adalah Ruhul Kudus, satu dari tiga “persons” dalam Tuhan. | ‘Comforter’ dalam John 16: 7 dan ‘Spirit of Truth’ dalam John 16: 13 ialah Muhammad Nabi akhir zaman. |
Manusia yang terselamat hanyalah mereka yang percayakan anak Tuhan, yang dihantar oleh Tuhan, mati di atas salib untuk menhapukan dosa manusia. | Mereka yang percaya Tuhan yang Satu, hari Akhirat dan beramal saleh akan memasuki syurga abadi. Yang lain akan ke neraka |
Semua anak lahir dengan dosa warian. | Semua anak lahir suci dari dosa. |
SEJARAH BIBLE OLD TESTAMENT
6000 BC ADAM a.s.
2000 BC ABRAHAM (IBRAHIM a.s.)
1500 BC MOSES (Musa a.s.)
:
:
: [ SELAMA 1000-1500 years TRANSMISI LISAN”]
:
v
ABAD ke 5 BC penulisan Old Testament
6000 BC ADAM a.s.
2000 BC ABRAHAM (IBRAHIM a.s.)
1500 BC MOSES (Musa a.s.)
:
:
: [ SELAMA 1000-1500 years TRANSMISI LISAN”]
:
v
ABAD ke 5 BC penulisan Old Testament
OLEH:
Hj Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah
Pengerusi JK Dakwah IKRAM
HP: 0193335549
jkdakwah@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan