Selasa, 31 Mei 2011

DITULIS 4 KALIMAH SEMASA DALAM KANDUNGAN



Setelah kandungan tersebut hidup setelah ditiupkan ruhnya oleh malaikat, maka diperintahkan kepadanya untuk menulis 4 kalimah mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya, kesudahan nasib dirinya bahagia atau celaka. Artinya, waktu itu bahagian rezeki yang akan diterimanya telah ditetapkan tentang banyak atau sedikit, dengan cara yang payah atau senang, dari jalan yang haram atau halal. Demikian pula panjang pendik usianya, buruk baik pekerjaannya, celaka bahagia akhir hidupnya.

Dalam riwayat Ibnu Mas'ud (pada hadith yang lain) ada diterangkan bahawa apabila air mani (nutfah) telah bertempat dalam rahim, maka malaikat terus mengambil dengan tapak tangannya seraya berkata:
"Hai Tuhan! Adakah hendak dijadikan kejadian ini atau tidak"?
Apabila Tuhan menjawab: "Tidak dijadikan".
Maka Air mani itu dicampakkan kedalam rahim berdarah dan tidak bernyawa. Tetapi kalau Tuhan menjawab : "Jadikanlah!."
Maka Malaikat itu berkata lagi :
"Adakah dia lelaki atau perempuan? Berbahagiakah orangnya atau celaka? Bagaimanakah rezekinya? Berapa lamakah usianya? Dan dibumi manakah tempat kematiannya?"

Setelah itu Tuhan menjawab: Pergilah kepada Um Al Kitab (Luh al-Mahfudz) segala-galanya itu ada di sana. Kemudian malaikat pun pergi ke tempat tersebut lalu menyalin apa yang ada disitu hingga kepada sifatnya yang kecil semuanya ada belaka.

Demikianlah apa yang te;ah ditulis baginya adalah ketetapan bagi kehidupannya di dalam dunia ini. Tetapi dia sendiri tidak mengetahui bagaimana tulisan itu, sebab pengetahuan mengenainya bukanlah urusannya. Urusannya sebagai manusia adalah melaksanakan kewajipan beramal dan bekerja menurut jalan dan sebabnya.

Hadith 40 m/s 129

Isnin, 30 Mei 2011

Awasi riba dalam pembelian emas

ARKIB : 19/05/2011


Awasi riba dalam pembelian emas


Logam emas kini bukan sahaja diminati kaum wanita malah kaum lelaki juga semakin memahami ketinggian nilainya. - Gambar hiasan


AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

RUJUKAN..........

Jumaat, 27 Mei 2011

SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMBAWA BERITA BOHONG ITU ADALAH DARI GOLONGAN KAMU JUGA...


Surah An Nur ayat 11- Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar[1031].




[1031] berita bohong Ini mengenai istri Rasulullah s.a.w. 'Aisyah r.a. ummul Mu'minin, sehabis perang dengan Bani Mushtaliq bulan Sya'ban 5 H. Perperangan Ini diikuti oleh kaum munafik, dan turut pula 'Aisyah dengan nabi berdasarkan undian yang diadakan antara istri-istri beliau. dalam perjalanan mereka kembali dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. 'Aisyah keluar dari sekedupnya untuk suatu keperluan, Kemudian kembali. tiba-tiba dia merasa kalungnya hilang, lalu dia pergi lagi mencarinya. sementara itu, rombongan berangkat dengan persangkaan bahwa 'Aisyah masih ada dalam sekedup. setelah 'Aisyah mengetahui, sekedupnya sudah berangkat dia duduk di tempatnya dan mengaharapkan sekedup itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, lewat ditempat itu seorang sahabat nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal, diketemukannya seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. lalu dia dipersilahkan oleh Shafwan mengendarai untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. orang-orang yang melihat mereka membicarakannya menurut pendapat masing-masing. mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, Maka fitnahan atas 'Aisyah r.a. itupun bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.

Khamis, 26 Mei 2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

" Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
 Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
 
Ihsan Falak Online
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…
Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas
WAllahu Ta’ala A’lam.

__._,_.___


visit http://suraualhijrah.webs.com

Rabu, 25 Mei 2011

Ajaran Syiah ancaman serius

Ajaran Syiah ancaman serius
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 24 Mei – Ajaran Syiah kini menjadi ancaman serius kepada masyarakat Islam di negara ini khususnya di Selangor yang dijadikan sebagai pusat untuk menyebar dan mengembangkan ajaran tersebut.


Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Rais Rasid apabila melihat semakin ramai umat Islam di negara ini terpengaruh dengan ajaran Syiah.


Katanya, jika dahulu kumpulan tersebut hanya menjalankan aktiviti keagamaan secara tersembunyi, tetapi kini pengikut dan penaung Syiah sudah mula berani mencabar pihak berkuasa agama secara terbuka.


Menurutnya, pengikut Syiah kini aktif menyebarkan dan mengembangkan ajaran tersebut dengan berselindung di sebalik majlis keraian bagi menawan hati dan minda orang Islam.


Terbaru, satu majlis kesenian dan kebudayaan bertemakan Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat dianjurkan oleh pengikut Syiah di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak, hari ini.
Difahamkan, majlis itu sepatutnya dirasmikan oleh seorang Menteri Kabinet, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Bagaimanapun, terselit dalam majlis tersebut adalah satu acara bagi memperingati kelahiran anakanda Rasulullah, Fatimah Az-Zahra iaitu salah satu amalan pengikut Syiah dan mereka membuat jemputan kepada lebih 1,000 orang.


JAIS melakukan serbuan terhadap majlis itu pada pukul 12.30 tengah hari ini selepas mendapat aduan orang ramai dan empat lelaki yang dipercayai penganjur merangkap pemimpin Syiah ditahan untuk siasatan.


Ketika diserbu, kira-kira 300 ‘tetamu’ termasuk warga asing yang dipercayai dari Iran sedang menjamu selera dan ada di antara mereka sedang khusyuk berselawat mengikut cara Syiah.


“Syiah telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan haram dikembangkan. Mereka ini ditahan kerana kita melihat ada unsur-unsur untuk menyebar dan mengembangkan ajaran ini di sebalik majlis kesenian berkenaan.
“Kita lihat Selangor kini menjadi pusat penyebaran dan pengembangan Syiah dan ia merupakan satu ancaman yang serius kepada umat Islam di negara ini dan perlu ditangani dengan segera,” kata Mohd. Rais selepas serbuan itu.
Beliau berkata, semua lelaki tersebut yang berusia antara 30-an dan 40-an ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
 
 
 
RUJUKAN................



ARKIB : 29/04/2011

Waspada fahaman syiah


Seorang pengikut Syiah bersolat berhampiran makam cucu Nabi Muhammad, iaitu Saidina Hussein yang dianggap tempat suci pengikut itu di Kaherah, Mesir.


SAHKAH solat kita jika berimamkan orang yang berfahaman syiah? Apakah ciri-ciri orang yang bermazhab ini dan adakah ia termasuk dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)?
JAWAPAN:
Kebanyakan orang yang terpengaruh dengan syiah pada hari ini adalah kerana tanggapan mereka imam-imam syiah itu berasal daripada ahli bait Rasulullah SAW.
Sebenarnya tanggapan ini adalah salah dan jauh tersasar, kerana tidak ada bukti yang kukuh dari sudut salasilah keturunan. Yang kedua, kerana bertentangan dengan ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
Syiah al-Zaidiyyah sahaja yang diterima oleh ASWJ. Ini kerana al-Zaidiyyah hampir kepada mazhab Syafie.
Selain syiah al-Zaidiyyah tiada jalan untuk menerima mereka dalam kumpulan ASWJ kerana banyak penyelewengan yang terkandung dalam ajaran mereka.
Sebahagian daripada kesesatan ini telah dinyatakan oleh ramai tokoh sarjana Islam, mungkin itu baru sebahagian.
Ini kerana konsep taqiyyah yang difahami oleh golongan syiah menjadikan kita prejudis dengan ajaran mereka, kerana konsep kepura-puraan di hadapan orang yang bukan sealiran dengan mereka menjadikan kita agak ragu dengan kejujuran ajaran mereka.
Pendekatan ini sangat bercanggah dengan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. Menyembunyikan ajaran Islam yang sebenarnya adalah menyerupai Bani Israel yang menyembunyikan isi kandungan al-Taurat.
Para pendita mereka daripada kalangan Yahudi sengaja menyembunyikan kebenaran dan menzahirkan kepalsuan dan kesesatan.
Kalau ajaran syiah itu benar, selari dengan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apa perlu mereka bertaqiyyah?
Allah SWT telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa Islam itu telah sempurna dasarnya, melalui ajaran al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
Firman-Nya yang bermaksud: …Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Maidah: 3)
Sikap imam-imam syiah pertentangan dengan ayat ini, kerana setiap imam ada hak untuk memansukhkan mana-mana ayat al-Quran dengan memberi pendapatnya untuk dipegang.
Seorang tokoh Syiah bernama Nashiruddin al-Thusi dalam bukunya Talkish al-Syafy berkata: Menolak imamah adalah kufur sebagaimana menolak kenabian adalah kufur. Ini kerana kejahilan berkenaan kedua-duanya adalah dalam batas yang sama.
Logika imamah adalah logika kenabian dan tujuan kemestian adanya kenabian merupakan tujuan yang sama dari kemestian adanya imamah. Saat terpancarnya kenabian, saat itu juga merupakan saat terpancarnya imamah.
Demikianlah, dakwah berkesinambungan dengan dua lisan, lisan kenabian dan lisan imamah dalam satu garisan yang sama. Al-Imamah memiliki keistimewaan atas kenabian kerana ia berlanjut setelah terhentinya kenabian. (M. Qurasih Shihab dalam Sunnah-Syiah Bergan dengan Tangan! Mungkinkah?, ms. 115 ).
Kepercayaan syiah
Ada pun ciri-ciri akidah atau kepercayaan syiah yang duduk dalam kategori ini, ia adalah seperti berikut:
1. Tahrif al-Quran (Mengubah al-Quran)- kepercayaan sebahagian orang syiah bahawa al-Quran yang tulen adalah apa yang asalnya dalam penjagaan Fathimah r.ha anak Rasulullah SAW (Mushaf Fathimah) manakala al-Quran sekarang ini sudah diubahsuai dengan dibuang ayat-ayat berkenaan kepimpinan Ahl al-Bait.
Ada juga dakwaan bahawa para tokoh syiah memiliki hak untuk mengubah kandungan al-Quran.
Perkara ini dinafikan oleh para tokoh syiah semasa. Malah mereka membuktikannya dengan menggunakan seluruh sumber ASWJ daripada al-Quran sehinggalah kepada sumber hadis dan sejarah.
2. Al-Bada' bermaksud mengetahui tentang sesuatu yang sebelumnya tidak diketahui. Dikatakan, Tuhan bersifat al-Bada' sehingga Dia mungkin menetapkan sesuatu lalu kemudian menukar ketetapan itu.
Di kalangan tokoh syiah ada yang menetapkan keyakinan ini dan ada yang menafikannya.
3. Raj'ah yang bermaksud kembali, iaitu orang yang mati akan kembali hidup di dunia ini (sebelum hari kiamat).
Setepatnya, apabila Imam Mahdi muncul satu hari nanti, sekumpulan pengikutnya yang telah mati akan hidup semula berjuang bersama Imam Mahdi.
4. Taqiyyah, iaitu berpura-pura. Sikap ini ditekankan oleh para tokoh Syiah satu masa lalu sebagai strategi menghadapi kezaliman orang yang membenci mereka. Kini ia jarang-jarang diamalkan oleh syiah kontemporari.
Mereka tidak segan-segan atau tidak berpura-pura dengan keyakinan mereka, sebaliknya mengemukakannya dan mendakwahkannya kepada orang ramai.
5. Jelmaan Tuhan. Terdapat serpihan daripada orang Syiah yang disebut sebagai al-Qaramitah yang berkeyakinan Ali bin Abi Talib r.a adalah jelmaan Allah di muka bumi.
Terdapat juga aliran al-Khaththabiyah yang berkeyakinan Ja'far al-Sadiq rahimahullah adalah jelmaan Allah di muka bumi. Keyakinan kedua-dua aliran ekstrem ini tidak mewakili aliran utama Syiah dan ia telah pupus masa kini.
6. Jibrail Tersilap. Ada juga serpihan yang mempercayai malaikat Jibrail a.s tersilap dalam membawa wahyu pertama yang mengangkat seseorang menjadi Rasul.
Ia sepatutnya dibawa kepada Ali bin Abi Talib, namun tersilap kepada Muhammad bin Abdillah. Serpihan yang dikenali sebagai al-Ghurabiyah kini telah pupus.
Dalam rangka berdakwah dan membetulkan aliran syiah, saya berpandangan enam keyakinan di atas tidak perlu diberi perhatian kerana pengikut syiah itu sendiri tidak lagi mempercayainya dan mereka tidak menjadikannya sebagai dasar akidah.
Sebaliknya berilah perhatian kepada keyakinan yang membentuk dasar akidah mereka sekarang ini, seperti mana yang akan dijelaskan seterusnya.
Namun solat berimamkan orang syiah yang terseleweng akidahnya sedang makmum mengenali imam itu seorang syiah maka solatnya batal.
Ini kerana hakikatnya dia tidak beriman kepada Allah SWT dan tidak beriman kepada Rasulullah SAW.
Jika makmum tidak ketahui bahawa imam itu seorang syiah dan juga jahil mengenai ajaran yang dianuti oleh imam yang syiah itu maka solatnya sah, kerana dia tidak menyedari dan perbuatannya di luar pengetahuannya.

RUJUKAN..........

Selasa, 24 Mei 2011

NAMA-NAMA SYURGA DAN NI'MATNYA

 -GAMBAR HIASAN-

Balasan kepada orang yang beriman yang berjaya melakukan amal soleh di dunia ialah syurga.

SURAH AN NISA' AYAT 124.

Maksudnya:  Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.

Syurga (al jannah) ialah tempat kediaman bagi orang yang beriman yang beramal soleh. Al Quran menyebut nama itu untuk orang yang beriman. Nama-nama yang lain yang sama ertinya dengan syurga atau al jannah ialah:
-Dar as Salam
-Dar al Khuluud
-Dar al Maqaamah
-Dar al Ma'wa
-Jannatu 'Adnin
-Al Hayawaan
-Jannaatu an Na'eim
-Al maqaamu al Aamin

Jadi, syurga ialah negeri atau tempat yang diuntukkan kepada orang-orang beriman yang beramal soleh,  
yang bertaqwa, 
yang jujur, 
yang berbakti, 
yang menunai janji, 
yang berjihad, 
yang bertaubat, 
yang menyuruh dengan yang baik, yang melarang dari yang jahat.

Al Quran telah menerangkan kepada kita segala macam ni'mat yang akan diberikan kepada orang-orang yang didalam syurga. Didalam syurga menurut al Quran ada sungai-sungai, ada pokok-pokok dan buah-buahan, ada makanan serta minuman, ada pakaian dan perhiasan dan rumah dan bilik-biliknya. Ada wanita-wanita syurga dan bidadarinya. Akhirnya ada kehormatan istimewa yang diuntukkan kepada mereka, iaitu : 
(liqa' Allah)-pertemuan dengan Allah
(Ru'yatullah)-Melihat Allah
(Ridhwanullah)-keridhaan Allah dan inilah yang paling besar dari segala ni'mat.*

Surah Muhammad ayat 15:

Maksudnya:  (apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada beubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak beubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam Jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?


*Rujuk surah Muhammad, al Baqarah,  al Insan, Az Zukhruf, al Kahfi, at  Taubah, ad Dukkhan, ar Rahman, al Khafi, al Qiyamah dan at Taubah.


RUJUKAN HADITH 40-USTAZ MUSTAFA ABDUL RAHMAN 


Isnin, 23 Mei 2011

UCAPAN TAKZIAH DARI WARGA TAKMIR PULAU PINANG

ALFATIHAH

Seluruh warga Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felda Semungkis, Batu 14 di Hulu Langat. Allah s.w.t lebih menyayangi mereka dan semua yang berlaku pasti ada hikmah Ilahiyyah yang terkandung 1001 pengajaran, InsyaAllah. Moga roh mereka semua di tempatkan bersama orang yang beriman di Jannah, Amiin Ya Rab al 'Alamin.

Tujuh jenazah satu liang lahad


LEBIH 500 penduduk menyertai solat jenazah untuk tujuh mangsa kejadian tanah runtuh di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 22 Mei - Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di sini hari ini.
Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.
Mereka ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18; Mohd. Azret Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Muhammad Naerzeim Mohd. Noor, 8; Mohd. Zaid Azahari, 14; Mohd. Iman Fahad, 9, dan Muhammad Hazim Sapree, 10.
Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini iaitu Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, dan Muhammad Riezman Abdul Latif, 9.
Tujuh lagi mayat mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing. Tiga daripadanya dikebumikan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.
Di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat, lebih 500 penduduk menyertai solat jenazah mangsa kejadian tanah runtuh itu sebelum semua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.
Lima daripada jenazah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 10.45 pagi, diikuti dua jenazah pada pukul 12.41 tengah hari.
Sebaik sahaja semua waris selesai melakukan pengecaman wajah mangsa, jenazah kemudian disembahyangkan kira-kira pukul 1.35 petang.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan berikutan tragedi itu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 200 ahli keluarga dan rakan kepada 16 mangsa yang terbunuh berkumpul di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan seawal pukul 7 pagi.
Selesai sahaja proses bedah siasat dijalankan, jenazah mangsa mula dituntut oleh keluarga masing-masing secara bergilir-gilir mulai pukul 7 pagi ini dan selesai pukul 12 tengah hari.
Seramai 37 kakitangan HKL termasuk pegawai agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak tidur sejak pukul 9.30 malam tadi kerana bertungkus-lumus menguruskan kesemua 16 mayat mangsa tragedi itu.


RUJUKAN.............

INFAQ





DERMA BUKAN TONTONAN-HERMAN TINO


ABDULLAH B UMAR R.A MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH  S.A.W SEWAKTU BAGINDA MENYEBUTKAN MASALAH SEDEQAH, MENJAGA DIRI DARI MEMINTA-MINTA DAN MASALAH MEMINTA-MINTA, "TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH. TANGAN YANG DIATAS  ADALAH YANG MEMBERI INFAQ, SEDANG TANGAN YANG DIBAWAH ADALAH YANG MEMINTA".




ALBAQARAH AYAT 215:

215.  Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." dan apa saja kebaikan yang kamu buat, Maka Sesungguhnya Allah Maha mengetahuinya.

Jumaat, 20 Mei 2011

“RINTIHAN SEORANG IBU”


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“RINTIHAN SEORANG IBU
(20 MEI 2011 / 16 JAMADILAKHIR 1432H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:RINTIHAN SEORANG IBU.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Ibu-bapa merupakan insan yang paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi  nilainya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.
Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.
Mungkin ada antara kita pada ketika ini ibu-bapanya telah pergi buat selama-lamanya, kita mendoakan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada dan solihin. Sekiranya ibu-bapa kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, mungkin pada ketika ini ibu-bapa kita berada jauh di kampung sana, di rumah yang usang, ketika hujan mereka kebasahan, ketika kemarau mereka kekeringan, kadang-kala ibu-bapa kita berada dalam kelaparan dan keperitan akibat kesempitan hidup, sedangkan kita sebagai anak-anaknya yang berada di kota ini dalam kemewahan dan tidak merasa itu semua. Kasih sayang kepada anak-anak sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang-malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Segala kesusahan dan penderitaan tidak pernah dikongsi bersama dengan anak-anak.
Mimbar mengingati jemaah sekalian, ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya:Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?. Cukupkah dengan sekadar kita mengirim duit sebagai penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu kepulangan si anak?. Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
 Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
 Maksudnya:Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.” (Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.” Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.
Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, ada anak-anak yang sanggup membuang dan menyisih ibu-bapanya.Mereka ini sanggup meninggalkan ibu-bapa mereka di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu-bapa yang semakin tua. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga kini seramai 1857 orang ibu-bapa di tempatkan di rumah Seri Kenangan tanpa kasih-sayang dari anak-anak. Mereka ini merintih keseorangan dengan mengharap anak-anak sentiasa mendampingi mereka.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu-bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda Baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’.Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.
Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu- bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu-bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.
Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata :‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah petunjuk, sebagaimana engkau telah memberi hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman). (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu-bapa  setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada mereka. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.
 Perlu kita insafi bahawa ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT  Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)

Khamis, 19 Mei 2011

PERBANDINGAN AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN


Berikut adalah sebahagian kertas kerja Us Nicholas dalam Ijtimak takmir baru-baru ini:-
Siapa St. Paul?

1.     Dia bukan salah seorang dari 12 pengikut Nabi Isa a.s.yang asal.

2.      Dia tidak pernah jumpa nabi Isa semasa hayat baginda

3.      Mengaku berjumpa baginda dalam mimpi dan visi

4.      Menentang untuk memusnahkan pengikut Isa a.s

5.     Terlibat dalam pembunuhan syahid pertama – Stephen

6.      Yahudi berfikiran Hellenist.

7.      Memperkenalkan Kristianity Pauline


Antara ajaran St. Paul yang berbeza dengan ajaran Nabi Isa a.s adalah:

1.     Jesus tidak mengaku Tuhan (Matthew 7:21-22) St. Paul mengatakan Jesus Tuhan (Corinthians 1:1-9)

2.     Jesus tidak pernah mengajar dosa warisan, St. Paul mengajar dosa warisan (Rom 5:12)

3.     Jesus menyuruh pengikut baginda mengajar hanya kepada umat Yahudi (Matthews 10:5-6, Matthews 15:24-26)

4.     St. Paul menyuruh mengajarnya kepada orang bangsa lain juga (Acts of the Apostles 14:46, 14:27)

5.     Jesus mengajarkan bahawa dosa seorang akan hanya terampun dengan bertaubat.  St. Paul mengajar bahawa pengampunan dosa adalah dengan pensaliban Jesus.

6.     Jesus mengesahkan berlakunya hukum Torah keatas pengikut baginda (Matthew 5:17-18). Paul mengajar bahawa hukum Torah tidak lagi berlaku keatas pengikut Jesus setelah pensaliban menghapuskan dosa manusia (Rom 7:4-6) hukum tersebut terganti dengan iman kepada pensaliban tersebut (Rom 3:21-28).

7.     Jesus melaksanakan kewajiban berkhatan sebagaimana Abraham, St. Paul menghapuskannya (Rom 3:30) semua Yahudi termasuk Jesus dan pengikut baginda berkhatan


Diantara kekeliruan besar yang juga akibat dari ajaran St. Paul adalah mencipta Tuhan yang ketiga iaitu Ruhul Kudus atau “The Holy Spirit” yang kononnya hanya boleh dibuktikan melalui peranannya memberikan Iman dan pengalaman peribadi.

Satu peristiwa yang masih diagungkan oleh penganut agama Kristian sekarang adalah “Speaking In Tounges” iaitu satu peristiwa yang kononnya diinspirasikan oleh Ruhul Kudus.
RUMUSAN SEJARAH

Boleh dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pendapat yang sangat getir di dalam agama Kristian dalam sejarah terhadap isu-isu penting seperti:
,
·        doktrin keTuhanan Jesus
·        keTuhanan Ruhul Kudus,
·        hakikat Jesus,
·        kewujudan Jesus,
·        dll.

Pendapat yangbenar pula ditentukan dan ditolak melalui perdebatan, undian dan pandangan manusiawi.

Juga terdapat campur tangan politik pemerintah. Doktrin ditentukan ditentukan oleh yang menang dalam undian dan yang kalah di buang negeri dan buku-buku Bible yang menyokong hujah mereka dibakar.


Perbezaan asas antara agama Kristian dan Islam

KRISTIAN
ISLAM


Buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dengan jelas mengatakan Tuhan itu Satu.

Al Qur’an juga mengatakan Tuhan itu Satu
Tuhan itu Triniti tetapi Satu; iaitu, ada tiga “person” dalam satu Tuhan.
Tuhan Satu dan Hanya Satu.
Tuhan ada satu anak yang dikenali sebagai Jesus Kristus.
Tuhan tidak beranak; Dia tidak beranak.
Tuhan menjadi manusia dan hidup dibumi.
Tuhan Kekal dan Tidak ada PermulaanNya.
Dosa pertama (Original Sin) yang dilakukan oleh manusia pertama Adam, diwarisi oleh manusia seluruhnya.
Adam di keluarkan dari syurga dengan dosa ini. Tuhan menerima taubtnya dan anak-anaknya tidak mewarisi dosa ini.
Tuhan telah berkorban dan mati di atas salib untuk menghapuskan dosa manusia.
Tuhan tidak perlu mati atau menyelamatkan manusia dengan cara ini.
Jesus anak Tuhan yang dilahirkan oleh Mary.
Jesus anak Mary; tetapi bukan anak Tuhan.
‘Comforter’ di dalam John 16: 7, dan ‘Spirit of Truth’ dalam  John 16: 13 adalah Ruhul Kudus, satu dari tiga “persons” dalam Tuhan.
‘Comforter’ dalam John 16: 7 dan ‘Spirit of Truth’ dalam John 16: 13 ialah Muhammad Nabi akhir zaman.
Manusia yang terselamat hanyalah mereka yang percayakan anak Tuhan, yang dihantar oleh Tuhan, mati di atas salib untuk menhapukan dosa manusia.
Mereka yang percaya Tuhan yang Satu, hari Akhirat dan  beramal saleh akan memasuki syurga abadi. Yang lain akan ke neraka
Semua anak lahir dengan dosa warian.
Semua anak lahir suci dari dosa.




SEJARAH BIBLE OLD TESTAMENT
6000 BC                ADAM a.s.
2000 BC                ABRAHAM (IBRAHIM a.s.)
1500 BC                MOSES (Musa a.s.)
          :                 
          :                 
          :                   [ SELAMA 1000-1500 years TRANSMISI LISAN”]
          :
          v
ABAD ke 5 BC penulisan Old Testament 


OLEH:  

Hj Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah
Pengerusi JK Dakwah IKRAM
 HP: 0193335549
 jkdakwah@gmail.com

Rabu, 18 Mei 2011

GANJARAN MENUTUP KEAIBAN ORANG




DARIPADA ABU HURAIRAH R.A , NABI S.A.W BERSABDA :" TIDAKLAH SEORANG HAMBA YANG MENUTUP KEAIBAN HAMBA YANGLAIN MELAINKAN ALLAH AKAN MENUTUP KEAIBANNYA PADA HARI KIAMAT ."

HADIS RIWAYAT MUSLIM

BAB MEMULIAKAN AHLI AL QURAN




DIRIWAYATKAN DARIPADA JABIIR BIN ABDILLAH R.A BERMAKSUD : "SESUNGGUHNYA NABI MUHAMMAD S.A.W MENGUMPULKAN ANTARA DUA ORANG YANG TERKORBAN DI DALAM PEPERANGAN UHUD, KEMUDIAN BAGINDA BERSABDA :"SIAPA YANG LEBIH BANYAK MENGHAFAZ AL QURAN DI ANTARA KEDUANYA  DAN APABILA DISYARATKAN KEPADA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA LALU BAGINDA MENDAHULUKANNYA KE LIANG LAHAT".

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI KEFAHAMAN  AGAMA KEPADA HAMBA-HAMBANYA YANG DIKASIHI, AMIIN.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU-KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIK GURU TAKMIR SELURUH MALAYSIA



Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

“ GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN ”-SELAMAT HARI GURU


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN
(13 Mei 2011 / 9 Jamadilakhir 1432H)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Statistik pada masa ini menunjukkan bahawa bilangan guru ialah seramai 380,000 manakala bilangan  anak-anak kita yang berada di alam persekolahan ialah seramai 5.4 juta orang. Lihat betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik anak-anak kita ini. Kerana itu, setiap tahun tanggal 16 Mei telah dipilih sebagai hari bersejarah untuk kita semua memperingati dan menghargai sumbangan para guru terutamanya dalam mendidik dan menjana tranformasi pendidikan bagi membina negara bangsa.
 Sesungguhnya seorang  guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :
Maksudnya:"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Sejarah ketamadunan Islam telah mencatatkan bahawa guru atau para ulama adalah golongan yang amat dihormati oleh masyarakat dan pemerintah. Bukan menjadi sesuatu yang menghairankan jika seorang khalifah sanggup berjalan ke rumah seorang ulama, semata-mata untuk menuntut ilmu dan duduk bersama dengan mereka. Diriwayatkan bahawa Imam Malik bin Anas pernah menolak tawaran untuk mengajar di Istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan: Ilmu itu didatangi bukan mendatangi. Kisah Imam Malik yang merupakan contoh sebagai seorang murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih dahulu. Beliau pernah berkata: “Aku tidak mahu menjawab permasalahan ini sebelum aku bertanya terlebih dahulu kepada orang yang lebih alim daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan kebenaran”. Lihatlah bertapa sikap merendah diri dan rasa hormat seorang Imam dan ulama terbilang seperti Imam Malik.
Begitu juga yang berlaku kepada Imam Shafie  yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama-ulama negeri Hijaz ini. Saidina Ali RA juga pernah berkata “Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.Demikian tinggi dan mulianya kedudukan guru serta dihormati  sehingga Allah  SWT  berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah
Dalam menjana tranformasi pendidikan tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Mereka berada di saf  hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju,  aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat bagi tujuan mencapai aspirasi negara.
Walaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kearah kecemerlangan pendidikan. Bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk fardhu ain dan fardhu kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak fardhu ain dan fardhu kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal Insan yang gemilang. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 18:
Maksudnya: Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Anak bangsa yang berkualiti ianya haruslah bermula daripada orang yang mendidik mereka. Keupayaan ini mestilah  di dokong bersama antara guru dan masyarakat terutama ibubapa. Jika tidak nescaya harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa “Ulul Albab akan sia-sia, seperti kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing . Firman Allah SWT dalam surah al- Maidah ayat 2:
Maksudnya:  “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan (kebaikan) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam memacu pendidikan dengan menginstitusikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak. Mimbar percaya hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan dalam membina pendidikan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah.

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Mimbar menyeru semua pihak, selari dengan  ajaran Islam dan sifat orang beriman yang bersyukur, marilah kita bersama-sama bertanggungjawab untuk membentuk tranformasi pendidikan dengan menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk akhlak dan jati diri bagi melahirkan anak bangsa yang cemerlang . Ingatlah bahawa tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selesai. Sebaliknya ia semakin mencabar selaras dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini.
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar matlamat kita untuk melihat generasi akan datang yang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru sebagai pemacu tranformasi pendidikan. Marilah sama-sama kita mendokong usaha yang murni ini, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah  az-Zumar ayat 9:
Maksudnya: Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal.
ayat 6