Isnin, 10 Januari 2011

MENOLAK SEGALA SALAH FAHAM OLEH BLOG FAISAL TEHRANI

Saya hari ini telah menerima email, panggilan, Facebook dan sms daripada sahabat seluruh negara bertanyakan mengenai satu isu yang saya sendiri tidak pernah terpikir akan berlaku. Isu tersebut ialah : "Faisal Tehrani bongkar lawatan JAKIM ke Syiah London".

Agak mengejutkan kerana  seorang sahabat telah menyatakan halaman blog Faisal Tehrani  :

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/wikileaks-kemesraan-jakim-syiah.html
Blog tersebut telah memberikan maklumat yang agak mengejutkan dan menyimpang jauh dari kebenaran. Yang paling tidak sangka ialah hampir keseluruhan gambar yang dipaparkan di blog beliau diambil dari blog takmirpenang tanpa kebenaran.
 
Saya meminta kepada beliau agar menceritakan perkara yang betul dan menarik kembali halaman tersebut atau akan berhapadan dengan tindakan sewajarnya.
 
Saya ingin memberikan penjelasan di sini bahawa JAKIM atau Jabatan Islam Negeri  tidak pernah bersekongkol dengan Syiah dan apa yang dipaparkan bukan sahaja ke Al Khoie Faundation malahan peserta turut pergi ke ke Gereja-gereja dan Sinagog Yahudi di London untuk mempelajari perbandingan agama.
 
Sekian Terima Kasih.
 
Hj Muhammad Imran B Ibrahim
Penolong Pengarah Takmir
JHEAIPP
Bekas Penuntut Muslim College  London 2010

3 ulasan:

  1. SAYA MOHON LINKKAN ARTIKEL SAYA DENGAN ARTIKEL PENAFIAN TUAN DI BLOG SAYA.

    http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/01/sah-faisal-tehrani-mencuri-gambar.html


    BERSAMA KITA MENOLAK SYIAH DENGAN HIKMAH DAN MAUIZAH HASANAH.

    AMIN

    BalasPadam
  2. Huk alah...agak2 ah...toksah nak berbelit lidah perihal foto2 nih terselit pada blog orang lain.

    Foto2 tersebut, WALLAHI telah menyucikan segala lumuran fitnah yg dilemparkan kepada Syiah di dada2 akhbar.


    Dah klu lawatan atas tujuan perbandingan agama...apahal balik M'sia hanya syiah saja yg kena ganyang? Mengapa tak Kritian dan Judaism pun sm diganyang, ditangkap, dimalukan dan difitnah...

    Ini dah jadi double standard wahai para penziarah JAKIM...apakah Islam berwajah double standard????

    Patutnya dah kembali daripada lawatan perbandingan agama, para penziarah JAKIM jadi bijaksana dalam menjalinkan hubungan sosial dgn pihak2 yg tidak memiliki fikrah yg sama dgn para penziarah JAKIM.

    Tapi hakikatnya, ini tidak berlaku! Korang ingat Yayasan al Khoei yg telah melayan para penziarah JAKIM dgn baik tidak terkesan dgn tindakan JAIS sekutu JAKIM?

    Berbuih dialog, ajak makan2, ajak solat2, ajak lawat2 tempat...alih2 kena bedal juga komuniti Syiah di Msia. Kristian London a.k.a Great Britain lebih terbuka dan tidak double standard dlm amal agama berbanding para penziarah JAKIM yang mengaku Sunni Muslim.

    Tepuk dada tanya selera,
    Tepuk lutut...berbunyi PIRRRAAAHHHH!!!!!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wahai pemegang amanah agama. Jelas terang lagi bersuluh, kesemua delegasi bersolat bersama-sama jamaah di sana... Kenapa perlu berdalih mengatakan dialog antara agama?? Maksud kamu wahai tuan anggota takmir PP, Syiah ni bukan sebahagian daripada Islam? Bagaimana kamu semua boleh bersolat bersama jamaah di sana jikalau menyamakan syiah dengan kristian, yahudi?? Pelik dengan tindakan anggota2 rombongan. Tolong jangan putar belit kenytaan. Sekarang dunia mencari ilmu, bukan menjumudkan ilmu. Jikalau ini lah perangai pemegang amanah agama ALLAH, memang betul lah dunia sudah hendak kiamat. Kerana org yg tidak amanah memegang perihal agama ALLAH

    BalasPadam