Jumaat, 7 Januari 2011

Arab Saudi mulakan bicara kes dera amah

Amat memalukan bila kejadian yang  sungguh tidak berperi kemanusiaan ini terjadi dalam dunia yang sudah dikatakan mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi. Sungguh sedih bila ianya dilakukan di sebuah negara yang kuat pegangan Islamnya. Manusia sudah tidak dapat membezakan antara keinsanan dan kemanusiaan. Kenapa manusia sudah menjadi gila sebegini? Adakah kerana manusia sudah tidak ada siapa yang hendak ditakuti?

Ya Allah kurniakan kami rasa kasih sayang, kasih mengasihani dan pemurah dengan keberkahan nama MU Ar Rahman dan Ar Rahim!


GAMBAR menunjukkan wajah Sumiati selepas mulutnya digunting oleh majikannya di Madinah.




Utusan Online 7 Jan 2011

RIYADH 6 Jan. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bertugas di Arab Saudi yang didakwa didera majikannya, hadir ke mahkamah buat kali pertama, semalam bagi menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat ditikam, dipukul dan melecur.




Menurut pegawai konsul Indonesia, Diddi Wahyudi, Sumiati Binti Salan Mustapa, 23, menunjukkan kecederaannya kepada hakim terutamanya di bahagian kepala.



Majikannya, seorang wanita Arab Saudi ditahan selepas dikatakan memukul Sumiati dengan teruk sehingga tulangnya patah, meletakkan seterika panas ke kepalanya, mengelar dan menikam mukanya dengan gunting dan mengakibatkan pendarahan dalaman.



Diddi berkata, semasa sebutan kes semalam, majikannya menafikan segala tuduhan tersebut dengan mendakwa Sumiati memukul dirinya sendiri.



"Namun hakim berkata, daripada gambar yang ditunjukkan, semua orang pasti tahu mangsa dipukul," katanya ketika ditunjukkan gambar-gambar kecederaan pembantu rumah tersebut.



Menurutnya, anak lelaki majikan itu juga pernah memberi keterangan terhadap ibunya dalam prosiding kes sebelum ini.



Diddi berkata, sebutan seterusnya akan diadakan dalam masa seminggu lagi tanpa menyebut tarikh.



Katanya, kes itu sepatutnya dibicarakan pada 28 Disember lalu, tetapi ditangguh kerana Sumiati ketika itu masih belum bersedia bersemuka dengan bekas majikannya.



"Dia belum bersedia secara psikologi untuk hadir ke mahkamah ketika itu," katanya.



Amnesty International meminta Arab Saudi dan negara-negara Teluk supaya melaksanakan langkah lebih ketat bagi melindungi pekerja asing di negara mereka. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan