Isnin, 31 Januari 2011

Medium dakwah baru Jakim

ARKIB : 28/01/2011


Medium dakwah baru Jakim



Oleh ZUARIDA MOHYIN

Gambar hiasan








Jakim.TV adalah penghargaan dan hadiah kepada para pengunjung yang setia, selain mencari sahabat baru Jakim.



--------------------------------------------------------------------------------







SUATU ketika dahulu orang rasa jelik dengan karaoke. Tetapi kini siapa sangka dengan aktiviti karaoke, ia boleh menyatukan sebuah keluarga hanya dengan bersama-sama mendendangkan lagu-lagu ketuhanan yang dinyanyikan indah oleh artis Maher Zain.



Begitu juga beberapa tahun lalu, kita melihat anak-anak muda menggunakan walkman sambil mendengar lagu-lagu artis-artis kegemaran mereka. Jangan terkejut pula apabila ada di kalangan anak-anak muda zaman ini yang memakai pemain MP3 tetapi sebenarnya sedang i'adah (mengulang) al-Quran.



Malahan mengimbas kembali detik permulaan penggunaan Internet suatu masa dahulu, ia pada asalnya digunakan oleh ibu pejabat Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentagon. Tujuannya untuk berperang, tetapi kemudian ia digunakan dan menyelusup serta membudaya dalam semua aspek kehidupan masyarakat moden sekarang.



Begitu juga kerajaan Jerman yang mencipta kenderaan perang yang tidak menggunakan air kerana pada ketika itu mereka berperang di padang pasir. Namun apabila tamatnya peperangan, Jerman mencipta jenama kenderaan Volkswagen yang kini adalah antara kenderaan berprestij dan terunggul di dunia.



Hakikatnya, industri hiburan dan dunia pendidikan telah lama menggunakan gajet multimedia atau apa sahaja aplikasi terkini untuk mencapai matlamat masing-masing. Mungkin tidak mustahil ia boleh digunakan dengan lebih meluas sehingga kepada satu kaedah atau medium terkini dalam penyampaian mesej dakwah.



Pokoknya, apa juga cara yang dipilih, ia bergantung kepada cara kita memanfaatkan teknologi dan media baru ini. Lantaran itu, tepat dengan masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif memperkenalkan siaran televisyennya ke seluruh dunia melalui saluran Internet yang diberi nama Jakim.TV.



Aplikasi moden ini adalah sebahagian dari kemudahan MyAIM (Malaysian Authoritative Islamic Media). MyAIM adalah usaha Jakim menyediakan maklumat dan panduan tentang Islam dalam pelbagai media seperti media audio/video dan media cetak melalui Internet.



Ini juga selaras dengan usaha-usaha kerajaan menyediakan sebanyak mungkin kandungan tempatan yang berkualiti dari segala aspek, sebagai persediaan untuk mengimbangi kandungan luar yang negatif susulan dari penyediaan jalur lebar ke seluruh negara.



Buat permulaan, kebanyakan kandungannya adalah berbentuk video on demand (VoD), hasil produksi Bahagian Media Jakim dan video koleksi dan arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam.



Jakim.TV dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 11 Januari 2011, sempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi di bawah Menteri di JPM di Putrajaya.



Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, kewujudan Jakim.TV ini juga dilihat sebagai satu lagi usaha terkini Jakim dalam mengisi seberapa banyak ruang yang ada untuk misi dakwahnya.



Apatah lagi, dakwah sebagaimana yang dikiaskan oleh tokoh terkenal dari Mesir iaitu Sheikh Mohammad Mutta'awali al Syakrawi: "Dakwah ini umpama air dari langit. Yang mana sifatnya suci bersih, apabila ia turun ke bumi ia akan menyelinap ke setiap ruang tanpa terkecuali."



Secara umumnya, kata beliau, Jakim tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan media baru itu, lebih-lebih lagi menerusi Jakim.TV yang turut mensasarkan kepada satu lagi kelompok baru dan tidak sahaja golongan remaja tetapi juga golongan pesara.



"Ini kerana telah nampak trend di mana kumpulan ini semakin leka dengan perkembangan industri teknologi maklumat (IT). malah tidak terkejut sekiranya golongan yang sebelum ini buta IT kini semakin celik sehingga ada yang ketagih dengan apa yang ditawarkan oleh perkembangan drastik dunia ICT masa kini. Sekali gus mengubah persepsi orang ramai yang menganggap apa sahaja yang berkaitan aplikasi teknologi moden adalah untuk golongan muda," katanya.



Tambah Wan Mohamad, Jakim.TV juga bagaikan ensiklopedia pada skrin. Kalau sebelum ini untuk memperoleh maklumat kita terpaksa mengikut abjad, melalui Jakim.TV, banyak bahan popular semua agensi di bawah Menteri di JPM turut boleh dimuatkan.



Contohnya, Tabung Haji ada mengeluarkan pelbagai alat bantuan latihan untuk jemaah haji. Kadang-kadang, ada antaranya boleh digunakan semula sebagai proses pengukuhan. Jadi, televisyen Internet boleh menjadi alat pengukuhan tersebut.



Selain itu, penonton turut berpeluang berhubung secara interaktif. Ini bermaksud ketika menonton, seandainya ada sesuatu isu atau fakta yang perlu dicari, maka pada masa sama, penonton dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif, capaian dan carian kepada kandungan lain yang berkaitan seperti artikel, fatwa dan sebagainya. uniknya lagi, ia berlaku secara maya.



"Pendek kata, apabila seseorang itu melayari laman web Jakim, pada masa sama dia juga berpeluang mendapatkan semua maklumat pada satu tempat sahaja. Ia seolah-olah seperti sebuah perpustakaan, penyiaran televisyen dan akhbar dipusatkan di situ.



"Di samping itu, banyak juga yang kita dengar di mana orang bukan sahaja menonton televisyen tetapi lebih kepada mendengar televisyen.



"Justeru Jakim.TV juga boleh dijadikan alat untuk mendengar tanpa perlu menonton. Ia sebenarnya begitu mesra pengguna. Umpamanya, tugas surirumah yang sibuk. Sambil mereka sibuk di dapur, mereka juga berkesempatan untuk mendengar tanpa perlu menonton," kata beliau.

Ahad, 30 Januari 2011

Ujian dan Musibah dalam Kaca Mata Sufi


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)




Ujian dan Musibah dalam Kaca Mata Sufi



Adapun para sufi menegaskan bahawa, ujian dan musibah merupakan suatu “ta’aruf” atau perkenalan dari Allah s.w.t., di mana setiap kali Allah s.w.t. menguji seseorang hamba tersebut, bererti Dia memperkenalkan diri-Nya kepada para hamba-Nya disamping menilai bagaimana hamba tersebut memperkenalkan dirinya kepada-Nya.


Ujian dari Allah s.w.t. ada dua jenis iaitu:


Pertama: Ujian berbentuk Musibah. Ujian ini merupakan suatu bentuk kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia seperti kematian, kehilangan, kemiskinan, kesakitan dan sebagianya.


Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifatjalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.


Dalam kondisi ini, seseorang hamba yang jujur dalam Ubudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya..


Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redhodengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t..

Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t.


Kedua: Ujian berbentuk Kesenangan. Allah s.w.t. juga turut menguji para hamba-Nya dengan nikmat kesenangan, seperti kekayaan, banyak zuriat, kedudukan, dan sebagainya.


Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifatJamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.


Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.


Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.



Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya.


Kesimpulannya, seluruh yang berlaku dalam kehidupan manusia merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, seseorang hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, maka dia perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana ianya merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah s.w.t



 
dipetik dari :
http://ustazmoden.wordpress.com/2009/05/24/mari-kita-berdoa-dijauhkan-dirikeluarga-dan-negara-dari-segala-bala-bencana/
 

Jumaat, 28 Januari 2011

TIADA PENGECUALIAN MENUNTUT ILMU-TAZKIRAH JUMAAT


Hadith pertama:

Daripada Anas b Malik r.a bersabda baginda Rasulullah SAW."Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim". (Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la)





Hadith kedua:
KEWAJIPAN MENYAMPAIKAN ILMU

Daripada Abdullah b 'Amir r.a sesungguhnya Nabi SAW bersabda:"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah tentang Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."



Khamis, 27 Januari 2011

BENGKEL KEMASKINI PANDUAN DAN PERATURAN PEMBAYARAN IMBUHAN IMAM/GURU TAKMIR/PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH

25-27 Januari Institut latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

Perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kemajuan Islam yang berbahagia Ustaz Nordin.
Kelihatan Ustazah Khalidah Ketua Penolong Pengarah Kanan BKI turut sama dalam perbincangan bengkel ini.


KPP PMS Terengganu dan Kelantan juga En Suffian dari Akauntan JPM


Pegawai Takmir Sarawak, Terangganu dan Kelantan


Pegawai Takmir Perak

En Yusri dari Bahagian Kewangan JAKIM hadir membantu garis panduan peraturan bayaran imbuhan ini

DOA AGAR MEMPEROLEHI TEMPAT TINGGAL YANG BAIK




80. Dan Katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah daku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) Aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong[866].




[866] Maksudnya: memohon kepada Allah supaya kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan serta bersih dari ria dan dari sesuatu yang merusakkan pahala. ayat Ini juga mengisyaratkan kepada nabi supaya berhijrah dari Mekah ke Madinah. dan ada juga yang menafsirkan: memohon kepada Allah s.w.t. supaya kita memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya waktu hari-hari berbangkit dengan baik pula.



Ibn Kathir meriwayatkan sebuah hadith sohih daripada al Tirmizi bahawa Allah SWT turunkan ayat ini kerana konspirasi orang Quraisy untuk membunuh Nabi SAW
 

Rabu, 26 Januari 2011

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

Metro-Januari 26 / 2011

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.



Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.





Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.





Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


 
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

 
 
Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.
 
 

Islam: Pemuda Pas selar kenyataan Kuan Yew

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Dewan Pemuda Pas hari ini menyelar sikap bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang bertindak menyemarakkan dendam kesumat dan permusuhan terhadap Islam serta umatnya tanpa bersandarkan maklumat yang tepat




Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tuduhan Kuan Yew bahawa Islam menjadi penghalang kepada integrasi dan pembangunan di Singapura tidak ubah seperti musuh yang melihat Islam dengan api dendam serta permusuhan berpanjangan.



Beliau berkata, kenyataan itu juga jelas memperlihatkan tahap pemikirannya yang telah luput tarikh selain menggambarkan Menteri Mentor Singapura itu umpama seorang pejuang militan rasis sedang mengalami penyakit Islamophobia begitu parah.



''Biarpun telah lama hidup hampir dengan komuniti umat Islam, ternyata Kuan Yew masih gagal melihat secara positif bagaimana Islam dan umatnya menjalani kehidupan dan menyertai politik mahupun ekonomi.



''Kuan Yew perlu sedar penghalang sebenar kepada keharmonian kaum sehingga mencetus sentimen perkauman yang melampau malah mendorong berlakunya jenayah adalah hasil daripada penolakan agama Islam atau salah faham yang serius terhadap agama Islam itu sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada gesaan Kuan Yew terhadap umat Islam di republik itu supaya tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.



Kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu terkandung di dalam buku Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.



Di dalam buku tersebut, Kuan Yew turut menyebut, Singapura boleh mengintegrasi semua kaum dan agama kecuali Islam.



Lebih malang lagi beliau berkata, Kuan Yew turut menaruh rasa curiga terhadap Malaysia dan Indonesia sebagai negara Islam serta negara jiran yang dikatakan cuba menggugat kedaulatan negaranya.



''Cara berfikir dan sikap yang diambil oleh Kuan Yew merupakan sesuatu yang berisiko tinggi bagi keselamatan serantau ini. Bagi saya ia merupakan satu bentuk fikiran yang aktif ke arah mencetus konfrantasi,'' katanya lagi.



Dalam perkembangan sama beliau berkata, tokoh sebijak Kuan Yew sepatutnya tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan mengenai Islam tanpa terlebih dahulu merujuk kepada para ulama.



''Mereka merupakan pihak yang berautoriti untuk menjelaskan kedudukan Islam dan umatnya secara tepat dan benar,'' katanya.



Dalam pada itu, Nasrudin menjelaskan Islam merupakan agama yang sangat mementingkan toleransi terutama dalam konteks hubungan silaturrahim.



''Definisi mudah mengenai ajaran Islam ini boleh difahami daripada kenyataan Duta Besar Islam ke Habsyah, Saidina Jaafar Abi Talib di hadapan Raja Najasyi.



''Islam menyuruh kami bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan tali kekeluargaan, berbaik dengan jiran, meninggalkan perkara yang haram dan meninggalkan pertumpahan darah.



''Islam melarang kami dari kekejian (zina), bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh perempuan yang bersih dengan tuduhan zina,'' katanya.



Beliau berkata, kenyataan di atas jelas menunjukkan bagaimana ajaran Islam diamalkan.



''Berpegang teguh atau komited dengan ajaran Islam tidak akan menjadikan masyarakat berpecah belah apa lagi terperangkap dalam permusuhan dan perkauman sempit yang boleh mencetus huru hara,'' ujarnya.



Untuk itu katanya, pihak Pemuda Pas menggesa supaya Kuan Yew lebih banyak mengkaji Islam dan mempelajarinya daripada tokoh Islam yang mempunyai autoriti untuk membetulkan persepsi beliau terhadap Islam.



''Kami sendiri bersedia untuk memberi penjelasan mengenai Islam kepada Kuan Yew seandainya diberi peluang untuk berbuat demikian,'' katanya lagi.

 
Utusan Online-26 Januari 2011

"KALAULAH"

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :" oRang Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi ALLAH daripada orang mu'min yang lemah. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (dunia dan akhirat) ; dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada ALLAH dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku buat demikian tentu jadi begini/begitu", akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah"

Hadis Riwayat Muslim


PERJUMPAAN PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH PPMD SELURUH NEGARA DAN PERJUMPAAN BERSAMA Y.B DATO' SERI JAMIL KHIR B BAHAROM,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

9 SAFAR 1432, 14 Januari 2011

HOTEL DARUL AMAN SUITTES

Ustaz Hassan PPMD Yan mempengerusikan majlis perjumpaan PPMD malam itu



Ustazah Aishah menyampaikan tajuk berkenaan PPMD




Bersama Pegawai Takmir Perak, Ustaz Hanif


PPMD seluruh negara berkumpul berbincang akan hala tuju masa depan mereka


Mendengar taklimat dengan penuh minat



HARI KEDUA


Ustaz Zulkifkli Al Bakri seorang yang berilmu dan tawadhuk sedang menyampaikan ceramah


Kelihatan Dato' Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM dalam sesi pagi ini. PPMD Pulau Pinang turut serta


Dr Zulkifli akan dijemput ke Pulau Pinang untuk program keilmuan


 
Ketibaan YB Menteri

Selasa, 25 Januari 2011

DOSA-DOSA BESAR



Daripada Abi Bakrah r.a, katanya Rasulullah S.A.W  bersabda: Maksudnya: " Adakah mahu aku ceritakan dengan dosa yang paling besar ( sebanyak 3 kali). " Mereka menjawab : "Bahkan ya Rasulullah". Sabda Rasulullah saw." Syirik dengan ALLAH, dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa." Nabi duduk dalam keadaan menyandar, kemudian bersabda : " Ketahuilah ucapan dusta (penyaksian palsu)."

Hadith riwayat Bukhari - Al Sahih 5/261 no. 2654 dalam kitab al Syahadat


Menurut Imam Al Bukhari, Ibn Al Munzir, Al Hakim dan Al Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa; maksudnya: " Cukuplah ALLAH untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" ini merupakan kalimah terakhir diucapkan Nabi Ibrahim a.s, sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapakan oleh Nabi SAW ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi SAW tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi SAW

Rabu, 12 Januari 2011

Perasmian Jakim.TV Sempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di JPM

11 Januari 2011

Jakim.Tv telah dilancarkan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom pada 11 Januari 2011 Bersempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Kompleks D, Putrajaya.


Majlis perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 13 ketua agensi di bawah Menteri serta kakitangan agensi menjadikan Auditorium telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan kehadiran penuh. Rata-rata yang hadir telah dapat mendengar amanat sulung YB menteri bagi tahun 2011. Dengan bertemakan warna biru pada hampir semua yang hadir sekaligus dapat membuktikan lambang perpaduan dan kesatuan hati antara kakitangan dan pengurusan tertinggi Jabatan serta agensi-agensi yang sama-sama bernaung di bawah menteri yang sama.


Turut disajikan adalah syarahan oleh Y.Bhg. Dato' Nik Mustapha bin Nik Hassan yang bertajuk "Dari Model Baru Ekonomi Ke Pencapaian Wawasan 2020" dan tayangan video aktiviti agensi-agensi sepanjang tahun 2010. Majlis turut disempurnakan lagi dengan kemunculan pasukan koir JAKIM seramai 18 orang yang telah membimbing para hadirin dengan lagu Negaraku dan lagu Jakim.



Sedikit info berkenaan Jakim.tv yang telah dilancarkan, ia merupakan portal video hasil dari produksi Bahagian Media Jakim, koleksi video serta arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam. Ia adalah satu-satunya saluran media WebTV berwibawa berteraskan Islam yang diiktiraf (Malaysian Authoritative Islamic Media) di Malaysia.

Jakim.Tv juga adalah sebahagian dari projek dan pendekatan Pengurusan Ilmu (KM) IslamGRID Jakim; menyediakan saluran penyebaran ilmu Islam berwibawa secara holistik dan berterusan. Ia diharapkan akan memberi pengalaman dan impak yang tinggi kepada penonton dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif, capaian dan carian kepada kandungan lain yang berkaitan seperti artikel, fatwa dan sebagainya.



Tontonlah Jakim.Tv sekarang di http://www.jakim.tv hari ini.



Lagu Negaraku dan lagu JAKIM dinyanyikan dengan penuh semangat


Hadirin hadirat mengaminkan doa yang dibacakan olehY. Bhg. Dato' Sheikh Hj. Ismail bin Muhamad, Imam Besar Masjid Negara


Perasmian Jakim.TV yang penuh bersejarah sebagai medan dakwah yang tidak bertepi






 
 
* dipetik dari sumber :
http://www.islam.gov.my/perasmian-jakimtv-sempena-majlis-perhimpunan-agensi-agensi-di-bawah-yb-menteri-di-jpm

Isnin, 10 Januari 2011

MENOLAK SEGALA SALAH FAHAM OLEH BLOG FAISAL TEHRANI

Saya hari ini telah menerima email, panggilan, Facebook dan sms daripada sahabat seluruh negara bertanyakan mengenai satu isu yang saya sendiri tidak pernah terpikir akan berlaku. Isu tersebut ialah : "Faisal Tehrani bongkar lawatan JAKIM ke Syiah London".

Agak mengejutkan kerana  seorang sahabat telah menyatakan halaman blog Faisal Tehrani  :

http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/wikileaks-kemesraan-jakim-syiah.html
Blog tersebut telah memberikan maklumat yang agak mengejutkan dan menyimpang jauh dari kebenaran. Yang paling tidak sangka ialah hampir keseluruhan gambar yang dipaparkan di blog beliau diambil dari blog takmirpenang tanpa kebenaran.
 
Saya meminta kepada beliau agar menceritakan perkara yang betul dan menarik kembali halaman tersebut atau akan berhapadan dengan tindakan sewajarnya.
 
Saya ingin memberikan penjelasan di sini bahawa JAKIM atau Jabatan Islam Negeri  tidak pernah bersekongkol dengan Syiah dan apa yang dipaparkan bukan sahaja ke Al Khoie Faundation malahan peserta turut pergi ke ke Gereja-gereja dan Sinagog Yahudi di London untuk mempelajari perbandingan agama.
 
Sekian Terima Kasih.
 
Hj Muhammad Imran B Ibrahim
Penolong Pengarah Takmir
JHEAIPP
Bekas Penuntut Muslim College  London 2010

Sabtu, 8 Januari 2011

BUKTI KERUNTUHAN AKHLAK MUDA MUDI MELAYU ISLAM SEMAKIN PARAH

Keluaran Januari 2011. Setiap tahun bertambah parah bukan bertambah baik.



Beribu kemaafan kepada pengunjung blog budiman yang setia kerana entry kali nie memaparkan satu cover majalah yang tidak sepatutnya diperlihatkan dikhalayak maya ini. Mana tidaknya kes-kes pembuangan bayi merata-rata kerana punca kepada zina sudah dipertontonkan secara nyata tanpa berselindung lagi. Majalah ini sungguh memalukan umat Islam dan bangsa Melayu yang memperlihatkan betapa murahnya harga diri mereka dihadapan khalayak.

Namun masih terdapat sebahagian dikalangan kita yang menyatakan cara yang berpakaian seperti itu masih dibawah paras nilai-nilai ketimuran dan masih beradab sopan. Ada juga yang mengatakan Tuhan tidak melihat kepada rupa paras dan pakaian manusia kan tetapi dia hanya melihat kepada kesucian hati seseorang. Tidak kurang pula kata " apa peduli...kubur masing-masing".


Melihat anak bangsa yang semakin liar dan sudah kehilangan arah nampaknya tidak dipedulikan lagi oleh pihak-pihak yang sepatutnya bertangungjawab dalam amar ma'ruf nahi munkar. Marilahg kita bangun membasmi perkara ini demi anak generasi Islam masa hadapan.


Surah al Mukminun ayat 1-7:


1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,




     

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,



     

3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,



  •  

4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,



    

5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,



       •   

6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.



[994] Maksudnya: budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir, bukan budak belian yang didapat di luar peperangan. dalam peperangan dengan orang-orang kafir itu, wanita-wanita yang ditawan Biasanya dibagi-bagikan kepada kaum muslimin yang ikut dalam peperangan itu, dan kebiasan Ini bukanlah suatu yang diwajibkan. imam boleh melarang kebiasaan ini. Maksudnya: budak-budak yang dimiliki yang suaminya tidak ikut tertawan bersama-samanya.

       

7. Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.



[995] Maksudnya: zina, homoseksual, dan sebagainya.

========================================================================

Saya telah menulis satu email kepada KSU KDN Yg Berbahagia Dato' Seri Mahmood untuk perhatian pihak beliau:-



Assalamualaikum wbt




Yang Berbahagia Dato' Seri,



Saya memohon kemaafan kerana mengambil masa Yang Berbahagia Dato' Seri untuk membaca email saya yang tak sepertinya ini. Semoga Yg Berbahagia Dato' sihat walafiat di bawah peliharaan Allah SWT dan ceria menjalakan tugas harian.



Suka saya menarik perhatian Yg Berbahagia Dato' Seri, bahawa saya pada hari ini telah membaca sebuah akhbar arus perdana dan terlihat sebuah iklan yang menjual sebuah majalah bernama Mangga. Saya telah cuba mencari iklan tersebut di internet dan menjumpai satu alamat dalam lama sosial facebook :



http://www.facebook.com/majalah.mangga?v=box_3.Founded:

April 1995. 13,327 people like this



Saya percaya ianya juga telah diedarkan ke seluruh negara dengan kelulusan pihak KDN.



Saya momohon jasa baik pihak tuan agar meneliti kembali majalah ini yang jelas menunjukkan kebejatan moral dan keruntuhan akhlak muda mudi Melayu Islam yang semakin pincang. Bersama ini saya sertakan cover muka depan majalah tersebut.



Adakah nilai ketimuran dan yang terlebih lagi gaya hidup Islam yang kita utamakan atau kita terus membiarkan generasi muda tercari-cari identiti hidup mereka. Gugurnya anak bangsa adalah tanggungjawab kita untuk mendidik mereka kembali ke jalan yang benar demi membangunkan agama, bangsa dan negara.



Jangan kita melahirkan generasi yang sudah tidak mempunyai rasa malu yang menjadikan masalah sosial yang semakin parah.



Majalah ini perlu ditarik semula demi anak bangsa, agama dan negara yang tercinta.



Harapan saya agar bantahan dan luahan ini menarik perhatian pihak Yang Berbahagia Dato' Seri.



Sekian Wassalam



Terima Kasih.



Yang Ikhlas,



Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim

Penolong Pengarah Takmir

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Jumaat, 7 Januari 2011

Arab Saudi mulakan bicara kes dera amah

Amat memalukan bila kejadian yang  sungguh tidak berperi kemanusiaan ini terjadi dalam dunia yang sudah dikatakan mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi. Sungguh sedih bila ianya dilakukan di sebuah negara yang kuat pegangan Islamnya. Manusia sudah tidak dapat membezakan antara keinsanan dan kemanusiaan. Kenapa manusia sudah menjadi gila sebegini? Adakah kerana manusia sudah tidak ada siapa yang hendak ditakuti?

Ya Allah kurniakan kami rasa kasih sayang, kasih mengasihani dan pemurah dengan keberkahan nama MU Ar Rahman dan Ar Rahim!


GAMBAR menunjukkan wajah Sumiati selepas mulutnya digunting oleh majikannya di Madinah.




Utusan Online 7 Jan 2011

RIYADH 6 Jan. - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bertugas di Arab Saudi yang didakwa didera majikannya, hadir ke mahkamah buat kali pertama, semalam bagi menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat ditikam, dipukul dan melecur.




Menurut pegawai konsul Indonesia, Diddi Wahyudi, Sumiati Binti Salan Mustapa, 23, menunjukkan kecederaannya kepada hakim terutamanya di bahagian kepala.



Majikannya, seorang wanita Arab Saudi ditahan selepas dikatakan memukul Sumiati dengan teruk sehingga tulangnya patah, meletakkan seterika panas ke kepalanya, mengelar dan menikam mukanya dengan gunting dan mengakibatkan pendarahan dalaman.



Diddi berkata, semasa sebutan kes semalam, majikannya menafikan segala tuduhan tersebut dengan mendakwa Sumiati memukul dirinya sendiri.



"Namun hakim berkata, daripada gambar yang ditunjukkan, semua orang pasti tahu mangsa dipukul," katanya ketika ditunjukkan gambar-gambar kecederaan pembantu rumah tersebut.



Menurutnya, anak lelaki majikan itu juga pernah memberi keterangan terhadap ibunya dalam prosiding kes sebelum ini.



Diddi berkata, sebutan seterusnya akan diadakan dalam masa seminggu lagi tanpa menyebut tarikh.



Katanya, kes itu sepatutnya dibicarakan pada 28 Disember lalu, tetapi ditangguh kerana Sumiati ketika itu masih belum bersedia bersemuka dengan bekas majikannya.



"Dia belum bersedia secara psikologi untuk hadir ke mahkamah ketika itu," katanya.



Amnesty International meminta Arab Saudi dan negara-negara Teluk supaya melaksanakan langkah lebih ketat bagi melindungi pekerja asing di negara mereka. - AFP

Khamis, 6 Januari 2011

HARUN YAHYA INTERNATIONAL "SIGNS OF THE CREATOR" CONFRENCE TOUR




PENGUMUMAN PENTING

Sukacita dimaklumkan bahawa Penang Medical Centre(PMC) bersama Masjid Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan seminar seperti di bawah ini. Pihak MNPP dengan berbesar hati menjemput tuan/puan ke Seminar ini dan maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut:-



As part of the ' Harun Yahya International -

Signs of the Creator 2-

Conference Tour ',



PMC ISOC and Masjid Negeri Pulau Pinang invites you to a talk entitled,

RANDOM EVOLUTION OR INTELLIGENT CREATION ?

Western Debate vs Islamic Perspective



by: Dr Ahmet Oktar Babuna & Dr Cihat Gundogdu

Date : 28/01/2011, Friday

Time: 8.30 - 10.00 p.m



Venue: Dewan Seminar, Masjid Negeri Pulau Pinang





PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS



ALL ARE WELCOMED - FREE ADMISSION



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR DAN MASUK ADALAH PERCUMA

SUMBER: