Selasa, 22 November 2011

SEMOGA ANDA LEBIH KAYA DAN BERJAYA-UNTUK RENUNGAN

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan  oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare.  (Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:

- 1 jadi jutawan

- 4 hidup senang

- 5 masih bekerja sebab terpaksa

- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan

- 36 mati

Adus....

Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada  100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan?

Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini   saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan   orang susah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
   Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
   Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
   Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
   Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
   Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
   Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
   Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
   Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
   Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
    Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
    Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
    Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.
    Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
    Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

Isnin, 21 November 2011

Tingkat kefahaman Islam - Jamil ( Sidang akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Dato' Seri Jamil Khair b Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mengadakan sidang akhbar. Turut bersama beliau Dato' Othman b Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, Tn Hj Zainal b Jaffar, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan Tn Hj Abdul Malik b Hussin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama  Islam Perlis

 

Tingkat kefahaman Islam - Jamil

KEPALA BATAS 19 Nov. - Semua agensi dan jabatan agama Islam bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman umat Islam di negara ini dalam usaha membetulkan pelbagai kecelaruan yang kian menular dalam masyarakat masa kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, antara kecelaruan yang kian menular dalam masyarakat ialah isu seksualiti merdeka yang jelas menyokong golongan yang hidup dalam amalan seks terlarang dan songsang.

Beliau berkata, agensi dan jabatan agama bertanggungjawab untuk memberi penjelasan dan pemahaman dari aspek dasar dan perlembagaan, selain memberi bimbingan dan pendidikan agama.

"Agensi atau jabatan agama bertanggungjawab membetul dan meningkatkan pemahaman tentang Islam kepada individu yang terdedah dengan anasir negatifdan bukannya menambah kecelaruan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup perhimpunan Tafaqquh Fiddin anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Perhimpunan dua hari berakhir hari ini disertai 200 peserta daripada kalangan ustaz dan ustazah yang memberi kuliah di masjid dan surau khusus di zon utara. - BERNAMA

Sumber rujukan.................

"Tak Kenal, Maka Tak Cinta"



Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya..
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Khamis, 17 November 2011

KULIAH MAGHRIB PERDANA

TARIKH : 20 NOVEMBER 2011 (AHAD)
PENYAMPAI : Y.BHG USTAZ AZHAR BIN IDRUS

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT  HADIR


POHON TUAN/PUAN DAPAT MENGHEBAHKAN PROGRAM INI DENGAN MENCETAK POSTER DI ATAS. KLIK DAN PRINT..

sumber : MASJID NEGERI PULAU PINANG

Isnin, 14 November 2011

Qazaf


Oleh Us. Muzaffar Ikmal
Penulis Tamu Majalah i-Fikrah

Qazaf

Allah S.W.T telah mensyariatkan hukuman had qazaf bagi memelihara manusia daripada sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan zina terhadap orang lain. Islam memelihara kemuliaan dan maruah manusia. Agama mengajar kita supaya tidak berburuk sangka dengan orang lain, menjaga lidah daripada menuduh seseorang dan memelihara kita daripada terjebak dalam menyebarkan fitnah.
Hukuman had qazaf


Dalam surah al-Nur ayat 4 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “ Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq” .  Imam Abdul Rahman Muhammad I’wad Al-Juzairi di dalam kitabnya,  Kitab al-Fiqh a’lal Mazahib al-A’rbaa’h, jilid yang kelima di bawah bab Had al-Qazaf menyebut,  hukuman terhadap mereka yang melakukan qazaf adalah seperti berikut:

1) Disebat 80 kali sebatan mengikut cara Islam
2) Penyaksian/keterangannya ditolak sepanjang hayatnya
3) Dihukum menjadi ahli fasiq
4) Dianggap sebagai kazib (pendusta) di sisi Allah S.W.T
5) Dilaknat di dunia dan dilaknat di akhirat
6) Baginya azab yang pedih di akhirat
7) Anggota badannya akan menjadi saksi terhadap tuduhan yang telah dilemparkan pada hari akhirat kelak.

Balasan terhadap qazif ( orang yang menuduh)

            Dalam surah an-Nur ayat 23-25, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan ( dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab siksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan” . Sebahagian para ulama menyebut, qazif ( orang yang menuduh) itu dituntut mengemukakan empat orang saksi untuk membenarkan dakwaannya itu, sekiranya dia berbohong maka di akhirat kelak akan bangun lima anggota badannya yang akan menjadi saksi kepada pembohongannya iaitu lidah, kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya. Ia adalah satu penghinaan kepadanya sesuai dengan percubaannya menuduh orang lain melakukan zina. 
            Penulis juga menyebut di dalam Kitab al-Fiqh a’lal Mazahib al-A’rbaa’h, “ barang siapa yang membuka keaiban manusia, maka keaibannya juga akan dibuka oleh orang lain, dan barang siapa yang cuba mengintai-intai aurat (membuka keaiban) muslim yang lain, maka Allah S.W.T akan mengintai-intai  auratnya ( membuka keaibannya), sepertimana kamu berbuat sesuatu perkara (kejahatan), kamu akan dibalas dengan perkara itu (kejahatan), barang siapa yang menanam kerugian nescaya akan memperoleh penyesalan”.  Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita hendaklah menjauhi daripada perkara yang akan merugikan kita di dunia dan di akhirat.

Definisi Qazaf 

Menurut istilah syarak, qazaf ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan saksi-saksi yang adil. Ia juga termasuk jika menuduh seseorang itu melakukan liwat atau jika menafikan anak sebagai nasabnya.Kesemua imam mazhab iaitu Hanafi,Maliki, Syafie dan Hanbali telah bersepakat bahawa sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa mengemukakan saksi-saksi, maka mereka yang menuduh itu wajib dijatuhkan hukuman had qazaf. Begitu juga kepada lelaki yang menafikan anaknya sebagai nasabnya tanpa bukti atau saksi-saksi.

Hikmah pengharaman qazaf
Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan. Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan RasulNya S.A.W supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina atau liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Kesimpulan

Sebagai seorang muslim, kita diwajibkan akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan Allah kepada kita, sepertimana termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah, kerana Allah S.W.T yang menjadikan manusia, maka Allah jualah yang maha mengetahui undang-undang yang sesuai untuk manusia.

Ahad, 13 November 2011

KISAH IBNU ABBAS R.A


Ibnu `Abbas juga bercerita, “Suatu ketika Nabi hendak ber-wudhu, maka aku bersegera menyediakan air untuknya. Beliau gembira dengan apa yang telah aku lakukan itu. Sewaktu hendak memulai solat,beliau memberi isyarat supaya aku bendiri di sebelahnya. Namun, aku berdiri di belakang beliau. Setelah selesai solat beliau menoleh ke arahku lalu berkata, ‘Hai `Abdullah, apa yang menghalangi engkau dari berada di sebelahku?’ Aku berkata, ‘Ya Rasulullah, engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu.’ Kemudian Nabi mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa, ‘Ya Allah, karuniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya
Perawakan Ibnu `Abbas tinggi tapi tidak kurus, sikapnya tenang dan wajahnya berseri, kulitnya putih kekuningan dengan janggut diwarnai. Sifatnya terpuji, memiliki budi pekerti yang mulia, rendah hati, simpatik-empatik penuh kecintaan, ramah dan akrab, namun tegas dan tidak suka melakukan perbuatan sia-sia. Masruq berkata mengenainya, “Apabila engkau melihat `Abdullah bin `Abbas maka engkau akan mengatakan bahwa ia seorang manusia yang tampan. Apabila engkau berkata dengannya, niscaya engkau akan mengatakan bahwa ia adalah seorang yang paling fasih lidahnya. Jikalau engkau membicarakan ilmu dengannya, maka engkau akan mengatakan bahwa ia adalah lautan ilmu.

Khamis, 3 November 2011

KISAH NABI IBRAHIM ALAIHIS SALAM DAN ANAK-ANAKNYA

SURAH AS SAFFAT AYAT 99-113


MODEL DAN MODUL KELUARGA BAHAGIA
Kita sering tercari-cari model ikutan dan contoh juga cara untuk mencapai keluarga yang bahagia. Namun Allah swt telah merakamkan seorang insan dan 2 anaknya yang termasuk dalam perilaku yang sepatutnya diikuti dan dihayati kisah mereka. Kisah Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Nabi Ishak a.s mencerminkan kepada kita akan sikap seorang hamba Allah yang senantiasa sanggup berkorban jiwa , harta dan keluarga semata-mata memenuhi perintah dan arahan Tuhan yang Maha Esa.


Nabi Ibrahim a.s seorang nabi dan rasul berserah diri kepada Allah s.w.t dalam setiap urusannya kerana dia yakin apabila manusia itu mencari jalan mencari Allah (mengenal ) maka Allah akan memberi petunjuk kepada barang siapa yang dikehendakinya.


99.  Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi petunjuk kepadaku[1282].

[1282]  Maksudnya: Ibrahim pergi ke suatu negeri untuk dapat menyembah Allah dan berda'wah.

Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah. Konsep doa sebagai senjata digunapakai oleh orang beriman bukan dilakukan oleh orang biasa sahaja tetapi oleh nabi-nabi rasul-rasul dan orang-orang soleh. Jesteru kepada sesiapa yang memandang enteng kepada doa maka dia sudah tersilap. Nabi s.a.w menyatakan bahawa doa itu senjata orang beriman. Nabi Ibrahim berdoa untuk mendapat anak yang soleh (baik dan taat). umur babinda sudah lanjut. Ada yang mengatakan 80an atau 90 an masih belum punya anak dengan isteri pertama Siti Sarah. Namun baginda tidak jemu-jemu berdoa. Mohon zuriat yang soleh akan melahirkan generasi yang soleh maka masyarakat yang soleh akan terhasil.

100.  Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

 Ayat ini menerangkan bahawa jika kita meminta kepada Allah maka Dia akan kabulkan permintaan kita. Cuma cepat atau lambat. Allah mahu melihat makhluknya berdoa, berusaha dan betawakal kepadaNya dan melihat hambanya melakukan amalan yang baik. maka Allah memberi anak kepada baginda Nabi Ismail a.s ,melalui isteri keduanya Siti Hajar. Kegembiraan kerana mendapat anak merupakan berita yang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Tetapi kenapa sekarang ramai yang membuang bayi sesuka hati? dan tidak kurang yang mendera kanak-kanak?

101.  Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283].

[1283]  yang dimaksud ialah nabi Ismail a.s.

Ujian Allah s.w.t kepada 2 orang anak beranak ini :
Mimpi Nabi-nabi dan rasul adalah wahyu dari Allah s.w.t. Namu sifat seorang bapa Nabi Ibrahim menceritakan mimpi beliau kepada anaknya dan mendapatkan buah pandangan anaknya walau dia tahu itu adalah arahan dari Allah s,wt. konsep berbincang atau usrah dalam keluarga sepatutnya diamalkan seperti kisah ini.Nabi Ibrahim tetap bertanyakan pendapat anaknya walau dia adalah ketua dalam keluarga dan arahan itu dari Allah. 
Nabi Ismail adalah anak soleh seperti yang Nabi Ibrahim doakan , maka Ismail dengan redha menerima arahan itu tanpa sebarang bangkangan. Lihatlah hubungan seorang bapa dengan anak dan hubungan mereka dengan Allah s.w.t

102.  Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Detik yang mencemaskan dan mencabar dalam kehidupan. Kadang-kadang kita hidup dalam situasi yang tidak pernah terbayang oleh manusia yang lain. Namun lihatlah bagaimana keadaan itu sudah dilalui oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 
103.  Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).

Balasan dari pengorbanan yang besar:
 104.  Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

105.  Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu[1284] Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

[1284]  yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksana- kannya.

 
106.  Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

Nabi Ismail diganti dengan Kibas Habil ( anak  Nabi Adam a.s)

107.  Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[1285].

[1285]  sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan pada hari raya haji.

Nabi Ibrahim diabadikan sama dengan keluarga-keluarga contoh dalam al Quran aali Muhammad, aali Imran, aali Musa, aali Harun. Dan Pujian Untuk nabi Ibrahim dan keluarganya kita sebut-sebut dalam tahayyat akhir dalam solat kita.
hinggalah dunia ini kiamat kita akan sebut nama nabi Ibrahimdan keluarganya dalam solat kita.

108.  Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang Kemudian,

109.  (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

Golongan muhsin sama dengan Nabi IBrahim dan Ismail

110.  Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

111.  Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba kami yang beriman.

Berita kelahiran Nabi Ishak a.s seorang lagi anak yang soleh menambahkan kegembiraan nabi Ibrahim dan itulah balasan kepada orang yang sabar dan soleh.

112.  Dan kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.

113.  Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.