Selasa, 23 Ogos 2011

MAJLIS SYIAH MALAYSIA TELAH MENGIRIMKAN POS LAJU KE MASJID-MASJID DI PULAU PINANG

17 Ramadhan 1432 H yang telah lalu Tuan Hj Ayob b Yaacob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menerima sebungkus Pos Laju di Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Teluk Air Tawar. Bungkus tersebut mengandungi 2 buah buku Syiah yang disebarkan di masjid-masjid negeri ini.


Pos Laju ini dikirimkan dari alamat : Majlis Syiah Malaysia, No 14B, Jalan Hj Mahmood, 81750, Ulu Tiram, Johor






Di antara isi kandungan dalam salah satu buku yang diberikan oleh Majlis Syiah Malaysia kepada Masjid-masjid negeri ini.





2 buah buku tersebut ialah Dialog Sunnah Syiah A. Syarifuddin dan Akhirnya Ku Temui Kebenaran oleh Dr Ahmad Tijani

Antara bahagian yang mempertikaikan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w ridwanullah 'alaihim ajma'in



Fatwa Mengenai Fahaman Syiah (Pulau Pinang)

Tarikh Keputusan: 
16 Jan, 1997
Keputusan: 
  1. Bahawa Ajaran dan Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.
     
  2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang.
Keterangan/Hujah: 
Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi;

(a)Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri; atau

(b)Untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaeadah yang bileh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau

(c)Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
16 Jan, 1997
Akta/Enakmen: 
7/1993
Negeri:

Khamis, 18 Ogos 2011

BONUS KEPADA PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID DAN SURAU (PPMD) DAN GURU-GURU TAKMIR PULAU PINANG

18 Ogos 2011-George Town, Satu Mesyuarat Majlis telah diadakan pagi tadi yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia al Fadhil Tn Hj Ellias b Zakaria, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang . Dalam mesyuarat ini turut membincangkan bonus bagi Guru Takmir dan PPMD negeri Pulau Pinang yang telah banyak berjasa dan berjuang menyebarluaskan dakwah Islamiyyah di setiap pelusuk masjid dan surau di negeri ini. 




       Di negeri Pulau Pinang ini terdapat seramai 180 orang Guru Takmir dan orang PPMD yang telah banyak memberi komitmen dalam melaksanakan tugas untuk menjayakan aktiviti mentakmirkan masjid dan surau di Pulau Pinang ini sejak mula penubuhan program takmir dari tahun 1985 sehinggalah tahun 2011 ini.




Guru Takmir dan PPMD Negeri Pulau Pinang telah berusaha sedaya upaya bagi mengimarahkan Masjid dan Surau di negeri ini semaksimum mungkin dalam aktiviti pembangunan insan bagi fardhu ain dan fardhu kifayah
                   selama 7 hari seminggu walaupun elaun dibayar hanya 2 kali sahaja seminggu.



    Selain dari itu juga pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus kepada semua penjawat awam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1432/2011 ini dengan pemberian minimum RM 500.00 seorang  atau maksimum setengah bulan gaji serta penambahan RM 100.00 bagi penjawat awam negeri Pulau Pinang yang menjadikan bayaran minimum sebanyak RM 600.00 seorang, dan pihak kerajaan negeri juga telah mengumumkan pemberian bonus ini kepada semua Guru KAFA dan Penyelia sebanyak RM 300.00 seorang yang sama-sama telah bertungkus lumus bagi memertabatkan institusi KAFA dengan lebih saksama.




  Manakala bagi Guru Takmir dan PPMD pula pihak jabatan ini memandang satu pendekatan yang sama seperti yang diperolehi oleh penjawat awam dan Guru KAFA, maka dengan ini dicadangkan kepada pihak MAINPP untuk memberi ganjaran kepada semua Guru Takmir Masjid/Surau Negeri Pulau Pinang dan PPMD dengan agihan seperti berikut ;





Guru Takmir                 RM 300.00 x 180 orang         =       RM 54,000.00
Penyelia                        RM 300.00 x  6 orang            =       RM   1,800.00
                                                                                                   ___________
                                     JUMLAH                                            RM 55,800.00



Alhamdulillah, Mesyuarat telah bersetuju dan telah meluluskan bonus RM 300 kepada 180 orang guru Takmir dan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) negeri Pulau Pinang seramai 6 orang kesemuanya. Tahniah diucapkan kepada semua.

MAJLIS PENYERAHAN KEPADA MASJID-MASJID EHYA' RAMADHAN -PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011/1432

Bertempat di  Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas pada 30 Julai 2011





Urusetia yang sebuk mendaftar pengerusi-pengerusi yang hadir




Alhamdulillah pengerusi dan wakil datang seawal pagi ke TAHA Pulau Pinang




Majlis di Dewan Mutiara yang telah di hadiri lebih kurang 500 orang





High Tea bersama Dato' Abd Halim Speaker Dewan Negeri Pulau Pinang




Us Hj Ayob KPP Bahagian Pengerusan Masjid dan Surau JHEAIPP memberikan briefing tentang perkara semasa berkenaan masjid





Yg Berbahagia Dr Daniel memberikan ceramah tentang Pengurusan Masjid dan Hikmah Ibadah Puasa




Pengerusi dan imam yang memenuhi dewan




Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abd Rahman B Hj Abbas sudi menyampaikan replika sumbangan Ramadhan




Dif-dif kehormat dan VIP










Barisan urusetia

Rabu, 17 Ogos 2011

SALAM NUZUL AL QURAN








Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Rabu, 10 Ogos 2011

BENGKEL LATIHAN AUDIT DALAM MSO 9001:2008 DAN MS 1900:2005


TARIKH: 8-12 OGOS 2011 (ISNIN-JUMAAT
JAM:        9.00 PAGI-4 PETANG
TEMPAT:DEWAN SYARAHAN, MASJID NEGERI PULAU PINANG.

Perkara-perkara yang dibincangkan oleh Fasilitator Cikgu Zarina kepada auditor-auditor dalaman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ialah mengenai:

1-SISTEM PENGURUSAN KUALITI

2-TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

3-PENGURUSAN SUMBER

4-PROSES PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

5-PENILAIAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN


JUGA DISEBUTKAN ETIKA EDITOR :

1-KERAHSIAAN
2-SABAR
3-TERBUKA

Semoga hasrat jabatan mahu mencapai Syariah Compliance ini akan tercapai demi kemajuan ummah, InsyaAllah.

Ahad, 7 Ogos 2011

BERSAHUR UNTUK PUASA TERMASUK SUNNAH RASULULLAH S.A.W







SABDA RASULULLAH S.A.W BERMAKSUD: "BERSAHURLAHB KAMU KERANA SESUNGGUHNYA BERSAHUR ADALAH BERKAT".
(H.R BUKHARI DAN MUSLIM)

BERKAITAN WAKTU IMSAK ANAS B MALIK MERIWAYATKAN DARIPADA ZAID B THABIT : KAMI TELAH BERSAHUR BERSAMA-SAMA NABI S.A.W, KEMUDIAN BAGINDA BANGUN UNTUK MENGERJAKAN SALAT. AKU (ANAS) BERTANYA, BERAPA LAMA TEMPOH ANTARA AZAN DENGAN SAHUR ITU? ZAID MENJAWAB SEKADAR BACAAN 50 AYAT AL QURAN

SELAMAT BERPUASA DAN MENCARI AL QADAR

MERENUNG DARI LUAR KAMAR- KENAPA INI MESTI TERJADI?

Menuding jari antara satu sama lain memang dicela oleh Allah s.w.t. apatah lagi saling mencerca. Kenapa isu ini menjelma kembali seolah-olah agensi yang bertanggungjawab pekak dan buta dengan masalah ummah yang tidak boleh diselesaikan. Sungguh menyedihkan.

Saya teringat satu sesi kelas yang dihadiri di London tahun 2010 yang lalu yang disampaikan oleh Maulana Syeikh Redza di mana satu kes perempuan yang digantung tidak bertali oleh suaminya bertanya dari satu masjid ke masjid dan dari satu imam kepada imam yang lain bagaimana caranya untuk dia melepaskan dirinya untuk berpisah dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu. Semua imam yang ditemuinya mengatakan bahawa tiada jalan untuk dia berpisah dengan suaminya itu kerana talak itu terletak pada suami. Maka penderitaan yang dialami fizikal dan mental itu nampaknya tidak ada penyelesaian. Sedangkan sebenarnya ada jalan penyelesaian di dalam agama bagaimana caranya untuk isteri meminta cerai.

Dipendekkan cerita akhirnya wanita itu mengisytiharkan dirinya untuk murtad dan keluar dari Islam kerana itu sahajalah jalannya yang dia nampak bagi menyelesaikan masalahnya.

Persoalannya disini ialah kenapa perkara ini boleh berlaku? Wanita itu sememangnya jahil dan kenapa Imam-imam yang cerdik pandai tidak dapat menyesaikan masalah ummah secara bijaksana?

Sekarang sekali lagi kita dihidangkan dengan kes yang dibawah. Nak menyalahkan kepada perempuan ini? Atau nak mengutuk pihak gereja? Tepuk dada tanyalah iman kamu! oleh itu "yahuddu 'ala to'amul miskiin" memberi makanan dan bantuan kepada orang-orang miskin yang memerlukan, jangan dipandang ringan dan enteng kerana ianya termasuk di dalam "yukazzibu biddin" pendusta-pendusta agama bagi mereka yang mampu dan mempunyai harta kewangan mencukupi tetapi tidak melakukannya.

Apakah kita mahu kejadian di UK itu berlaku dibumi yang tercinta ini. Hentikan pergaduhan sesama sendiri. Sekarang adalah masa untuk membangunkan ummah bukan saling salah menyalah.

Kepada Allah swt kita memohon pertolongan dan bantuan yang hakiki di bulan yang mulia ini. Ramadhan karem. amin

Nur tiada pilihan

Oleh SURAYA ROSLAN
surayaroslan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya