Rabu, 12 Januari 2011

Perasmian Jakim.TV Sempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di JPM

11 Januari 2011

Jakim.Tv telah dilancarkan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom pada 11 Januari 2011 Bersempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Kompleks D, Putrajaya.


Majlis perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 13 ketua agensi di bawah Menteri serta kakitangan agensi menjadikan Auditorium telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan kehadiran penuh. Rata-rata yang hadir telah dapat mendengar amanat sulung YB menteri bagi tahun 2011. Dengan bertemakan warna biru pada hampir semua yang hadir sekaligus dapat membuktikan lambang perpaduan dan kesatuan hati antara kakitangan dan pengurusan tertinggi Jabatan serta agensi-agensi yang sama-sama bernaung di bawah menteri yang sama.


Turut disajikan adalah syarahan oleh Y.Bhg. Dato' Nik Mustapha bin Nik Hassan yang bertajuk "Dari Model Baru Ekonomi Ke Pencapaian Wawasan 2020" dan tayangan video aktiviti agensi-agensi sepanjang tahun 2010. Majlis turut disempurnakan lagi dengan kemunculan pasukan koir JAKIM seramai 18 orang yang telah membimbing para hadirin dengan lagu Negaraku dan lagu Jakim.



Sedikit info berkenaan Jakim.tv yang telah dilancarkan, ia merupakan portal video hasil dari produksi Bahagian Media Jakim, koleksi video serta arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam. Ia adalah satu-satunya saluran media WebTV berwibawa berteraskan Islam yang diiktiraf (Malaysian Authoritative Islamic Media) di Malaysia.

Jakim.Tv juga adalah sebahagian dari projek dan pendekatan Pengurusan Ilmu (KM) IslamGRID Jakim; menyediakan saluran penyebaran ilmu Islam berwibawa secara holistik dan berterusan. Ia diharapkan akan memberi pengalaman dan impak yang tinggi kepada penonton dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif, capaian dan carian kepada kandungan lain yang berkaitan seperti artikel, fatwa dan sebagainya.



Tontonlah Jakim.Tv sekarang di http://www.jakim.tv hari ini.



Lagu Negaraku dan lagu JAKIM dinyanyikan dengan penuh semangat


Hadirin hadirat mengaminkan doa yang dibacakan olehY. Bhg. Dato' Sheikh Hj. Ismail bin Muhamad, Imam Besar Masjid Negara


Perasmian Jakim.TV yang penuh bersejarah sebagai medan dakwah yang tidak bertepi






 
 
* dipetik dari sumber :
http://www.islam.gov.my/perasmian-jakimtv-sempena-majlis-perhimpunan-agensi-agensi-di-bawah-yb-menteri-di-jpm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan