Selasa, 6 April 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DAN PENTADBIRAN TAKMIR JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG BIL 3/10

5 April 2010 bertempat di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Seberang Perai Utara telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan Pentadbiran Takmir Pulau Pinang Bil 3/10 dengan jayanya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn Hj Ayob b Yaacob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP dan di hadiri oleh:
1. Tn Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim-Penolong Pengarah Takmir
2. Cik Asma bt Musa-Pembantu Takmir
3. Us. Abu Bakar Bakilani b Abu Hassan-PPMD Butterworth SPU
4. Us. Ku Anuar b Ku Mat-PPMD SPT
5. Us. Mohd Fariq b Mohd Zaki-PPMD TL
6. Us. Mohd Azaki b Ahmad-PPMD SPS
7. Us. Benjamen @ Mahyuddin b Indanan-PPMD BD

KPP Pengurusan Masjid dan Surau sedang mempengerusikan Mesyuarat Takmir Bil 3/10 di bilik Mesyuarat Pejabat Agama Daerah Kepala Batas.

KPP menyampaikan amanat kepada semua agar mempertingkatkat kualiti kerja dan meneliti segala kerja yang telah dilakukan dan akan di rancang pada masa depan. Beliau menyatakan program sekitar April-Mei 2010 adalah seperti berikut:
a. 28 April 2010 - Ijtimak Guru Takmir peringkat Negeri Pulau Pinang
b. 29 April-1 Mei 2010-Lawatan PMS dan Ahli Majlis ke MUIS Singapura
c. 26-30 April-Program bersama KESUMA, JAKIM untuk bakal penagih yang akan bebas di Masjid Taman Guar Perahu.
d. 4,5 dan 6 Mei 2010-Kursus Pemantapan Imam-Imam dan pegawai masjid.
Sesi perbincangan yang sedang dibincangkan oleh PPMD Butterworht atas tajuk yang hangat iaitu masalah imam-imam,bilal dan siak di Pulau Pinang

Di antara Imam-Imam Utama Masjid Daerah Pulau Pinang yang turut sama hadir iaitu Us Mohd Zaki(SPS), Us Abdullah (SPU)dan Us Che Amir(BD)

Unit Takmir telah diamanahkan untuk menyediakan skrip atau teks mengenai Tajuk Al Quran untuk diedarkan kepada guru Takmir Pulau Pinang bersempena Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan yang akan datang. 16 tajuk perlu disiapkan untuk dibacakan oleh guru Takmir sebelum mereka memulakan kelas pengajian seperti biasa.

Tidak hadir ialah Tn Hj Mahamad Nor bin Husin PPMD Kepala Batas bercuti kerana masih lagi tidak berapa sehat ekoran kemalangan tempohari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan