Selasa, 22 November 2011

ATURCARA PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN PERDANA GURU-GURU TAKMIR ZON UTARA TAHUN 2011M/1432H


Hari Pertama (18 November 2011)

2.00 Ptg – 3.15 Ptg
:
Pendaftaran / Check In Hotel
3.30 Ptg – 5.00 Ptg
:
Ceramah 1: HALA TUJU GURU TAKMIR

- Ybhg Dato' Hj Isa b Ismail
  (Mantan Pengarah JAKIM Sabah yang juga merupakan Guru Takmir Kedah)


5.00 Ptg – 8.00 Mlm
:
Makan Malam/ Rehat / Solat

 Ucapan Selamat Datang 'ahlan wa sahlan' ila Jazirah Lu'lu' Pulau Pinang Pulau Mutiara kepada tuan-tuan guru dan puan-puan guru Zon Utara Kedah, Perlis dan Pulau Pinang ke Majlis Tafaqquh Fiddin Zon Utara 2011-begitulah ucapan oleh Tn Hj Muhammad Imran b Hj Ibrahim PJK, Pegawai penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang kepada peserta.

 Semoga ikatan ukhuwwah ini akan menghasilkan wehdatul fikr atau kesatuan pemikiran diantaran guru agama zon utara
8.00 Mlm – 10.00 Mlm
:
Ceramah 2 : ISU-ISU KESELAMATAN
- Supp. Mushtari b Hj Omar
Wakil Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman

 Sesi soal jawab yang panas. Macam-macam gaya guru takmir kita ini.


 Muslimat pun tidak ketinggalan untuk menuntut penjelasan mengenai isu keselamatan yang amat penting ini.

Hari Kedua (19 November 2011)    [Pakaian : Baju Batik]
8.00 Pg – 9.00 Pg
:
Sarapan Pagi
9.00 Pg – 11.00 Pg
:
Ceramah 3 : ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN
- Tuan Haji Mohamad Nasir bin Disa
  (Timbalan Ketua Bahagian Penasihat Syariah Jabatan 
  Peguam Negara) 

 Maklumat yang diterima perlu disampaikan kepada masyarakat untuk difahami

Ustazah guru takmir Perlis macam ada soalan aje yang nak ditanya tu? Boleh kemukakan masa sesi soal jawab
11.00 Pg- 1.00 Ptg

Forum Perdana Hal Ehwal Islam : UPAH YANG DITERIMA

Moderator
-   Tuan Haji Roslan bin Che Rus
    (Tokoh Pendakwah Negeri Pulau Pinang Tahun 2010/   
    Takmir Negeri Pulau Pinang)
Ahli Panel
-   Dato’ Paduka Haji Baderuddin bin Haji Ahmad
    (Mufti Kerajaan Negeri Kedah)
-   Tuan Haji Ismail bin Hassan Batubara
    (Takmir Negeri Perlis / Munaqish Tafaqquh Fiddin
    Perlis)

Guru-guru takmir zon utara mendengar dengan tekun akan forum yang disampaikan dengan penuh minat.

01.00 Ptg – 2.00 Ptg
:
Makan Tengah Hari / Solat Zohor/ Check Out Hotel

 Pegawai Penyelaras Takmir Pulau Pinang sedang melayan tetamu kehormat vip yang terdiri dari dato' Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Kerajaan Negeri Kedah

 Guru Takmir berpuas hati dengan menu makan tengah hari kali ini. Alhamdulillah
2.00 Ptg
:
Majlis Perasmian Penutup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan