Rabu, 28 September 2011

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA HARI ISNIN 26 SEPTEMBER 2011 DI-DEWAN MERDEKA PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR




TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD
AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KONGRES MAJLIS AGAMA
ISLAM NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA
HARI ISNIN 26 SEPTEMBER 2011
DI-DEWAN MERDEKA
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR
1
Bismillallhir Rahmannir Rahim ,
Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin ,
Wabihi Nasta’in
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh ,
Paduka Kekanda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan
Badlishah, Sultan Negeri Kedah ;
Paduka Ayahanda Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku
Syed Putra Jamalullail , Raja Negeri Perlis ;
2
Paduka Adinda Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah, Pemangku Raja Perak ;
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin
Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka ;
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji
Mahiruddin , Yang Di-Pertua Negeri Sabah ;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia ;
3
Paduka Adinda Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed
Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ;
Paduka Adinda Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail
Petra, Tengku Mahkota Kelantan ;
Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala
kerana dengan limpah kurnia-Nya , dapat bersama-sama dalam
satu majlis yang penting untuk menggembleng idea pemimpin dan
pentadbir, ulama dan intelektual dalam usaha kita memperkasa
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
4
Para Hadirin Sekalian ,
2. Beta merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM dan Majlis Agama Islam
Negeri-Negeri di atas inisiatif menjayakan kongres ini
dan berharap ia akan dapat menghasilkan resolusi yang realistik
dan praktikal yang akan memberi nafas baru dalam penjanaan
transformasi sistem penyampaian perkhidmatan institusi agama
Islam di seluruh Malaysia
5
3. Sesungguhnya kita semua amat bertuah kerana berada di
dalam sebuah negara yang aman makmur dengan rakyatnya yang
hidup rukun dan damai Beta berbangga , Majlis Agama Islam
selaku barisan hadapan pengurusan pentadbiran hal ehwal Islam
di Malaysia telah mampu melestari kecemerlangan sistem
penyampaian perkhidmatannya Jika inisiatif pembaharuan
penyampaian perkhidmatan Majlis dalam dekad-dekad yang lalu
dilaksanakan secara relatif dan incremental (in-cre-mental) bagi
memenuhi keperluan di pelbagai bidang , kini sudah tiba masanya
6
Majlis melaksanakan fasa transformasi secara holistik ,
komprehensif dan bersepadu
4. Namun dalam misi memacu transformasi pengurusan Islam ,
seiring dengan pengurusan organisasi yang lain , kita perlu
memastikan institusi agama berada di landasan yang kukuh ,
mantap dan berkesan Usaha memperkemas jentera organisasi
dan tadbir urus institusi agama perlu dilaksanakan dari semasa ke
semasa Sumber yang mapan , struktur organisasi yang kemas ,
kewibawaan (ke-wi-bawa-an) modal insan dan kebijaksanaan
7
memaksimumkan (me-mak-si-mum-kan) potensi yang ada
merupakan faktor-faktor penting penentu kecemerlangan Majlis
Agama Islam yang perlu diperkasa
5. Beta berpandangan Kongres untuk membincangkan strategi
dan peranan yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam
Negeri-Negeri untuk pembangunan ummah ini amat tepat pada
masanya Kongres ini menjadi forum membincangkan citra Majlis
Agama Islam sebagai peneraju transformasi dan inovasi
pembangunan ummah Pembinaan interaksi pelbagai pihak
8
melalui kongres ini juga menjadi wadah perkongsian pintar dalam
membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah secara
menyeluruh berdasarkan potensi sumber yang dimiliki
Para Hadirin Sekalian ,
6. Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan
semenjak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan
konsep ini digunapakai di negara ini oleh pemerintahan kerajaan
British ketika negara sedang dalam proses mencapai
9
kemerdekaan Teras utama konsep Raja Berperlembagaan ialah
Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat
penting dalam sistem pemerintahan Negara khususnya untuk
memelihara kedudukan orang Melayu , serta peribumi dan agama
Islam bagi menyelesaikan masalah di antara rakyat pelbagai
kaum Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan
bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan
7. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan
dalam keadaan harmoni dan damai. Kepelbagaian kaum dan
10
etnik di Malaysia yang merupakan ciri atau pola utama demografi
di negara kita , menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik
Menariknya , kepelbagaian ini disulami dengan kontrak sosial yang
mendasari Perlembagaan Persekutuan Adalah menjadi
tanggungjawab kepada setiap rakyat untuk memelihara dan
mengekalkan keharmonian hidup bersatu padu dalam masyarakat
yang berbilang kaum ini
8. Peruntukan sedia ada juga menentukan kuasa , peranan dan
kedaulatan institusi Raja yang dipelihara oleh
11
Undang-undang Negara Sistem Raja Berperlembagaan memberi
pengiktirafan Raja sebagai Ketua Agama Selaras dengan itu ,
usaha-usaha ke arah memartabat dan memperkasakan sistem
perundangan syariah dan institusi penguatkuasaan agar setanding
dengan perundangan sivil di negara ini hendaklah diteruskan
Mewujudkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi yang
berkait rapat dengan perundangan syariah , amat penting bagi
bagi memastikan tugas yang dilaksanakan lebih mudah , cepat
dan berkesan
12
9. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri , urusan agama Islam diletakkan di bawah kuasa
Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama
Islam di negeri masing-masing Bagi Negeri-negeri yang tidak
beraja , Perlembagaan Negeri berkenaan memperuntukan bahawa
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama
Islam bagi Negeri-negeri berkenaan Majlis Agama Islam Negeri
di bawah kuasa Sultan sebagai pihak berkuasa agama yang
membuat dasar di negeri-negeri sementara Jabatan Agama Islam
13
Negeri merupakan pelaksana dasar-dasar yang ditetapkan oleh
Majlis Agama Islam Negeri
Tuan-tuan dan Puan-puan ,
10. Fungsi dan peranan Majlis perlu terus diperkasakan bagi
menjamin kelestarian pembangunan ekonomi umat Islam
Strategi yang berkesan perlu dibangunkan bagi membuktikan
keupayaan Majlis meningkatkan kualiti kehidupan umat Islam
Jalinan kerjasama perlu dirangka dan digiatkan ,
14
melibatkan pelbagai pihak untuk memajukan perdagangan dan
pelaburan dalam sektor sedia ada
11. Selain itu , fungsi zakat sebagai Rukun Islam yang ketiga
juga seharusnya diberikan perhatian serius Adalah penting
untuk mengkaji kaedah ke arah mempromosi zakat dan
memperhebat galakan menghulur sedekah jariah agar kedua-dua
elemen dapat dimanfaatkan fungsinya sebagai salah satu jentera
penggerak sosio ekonomi yang dapat menjana kekayaan bagi
umat Islam sejagat sepanjang zaman
15
Para Hadirin Sekalian ,
12. Berkenaan kemajuan masyarakat , kita telah mengenalpasti
bahawa isu pendidikan merupakan kepentingan masyarakat Islam
masa kini Satu masalah yang membelengu kemajuan kita ialah
lemahnya komitmen kita dalam pelaburan pendidikan Masalah
ini perlu diatasi supaya masyarakat Islam tidak terus ketinggalan
13. Beta berharap peranan yang dilaksanakan oleh Lembaga
Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Islam atau LEPAI akan
16
terus diperkukuhkan bersama Majlis Agama Islam Negeri demi
kepentingan pendidikan agama Islam di Negara ini Peranan dan
kuasa LEPAI yang diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja perlu diberi
penjelasan semula kepada agensi-agensi yang berkaitan
dalam bidang pendidikan supaya pendidikan agama negara ini
dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna Semuanya ini
memerlukan iltizam kita secara bersama untuk berjaya
mengemukakan konsep kemajuan yang berasaskan ajaran agama
dan tradisi umat Islam yang gemilang iaitu perpaduan dan
persepakatan (per-se-pakatan) Kepada umat Islam ,
17
seharusnya melihat situasi ini membuktikan kesepakatan (ke-sepakatan)
Raja-Raja Melayu untuk membangunkan institusi
pendidikan agama serentak dengan itu memperkasa halatuju
sistem pendidikan agama seluruh negeri
14. Bagi menjayakan semua penegasan dan syor yang
dikemukakan , Beta berharap semua pihak yang terlibat di
peringkat Negeri dan Pusat dapat membantu Majlis Agama Islam
Negeri , Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), mengambil langkah proaktif
18
bagi menjayakannya Dalam masa yang sama kesediaan institusi
lain seperti YaPEIM , JAWHAR , pakar kewangan Islam dan
institusi yang bersesuaian untuk bersama-sama menjayakan
hasrat murni ini
15. Beta menyeru agar kita semua terus menyokong usaha
memperkasakan Institusi Agama terutama Majlis Agama Islam
Negeri dalam usaha membangun masyarakat Islam di negara ini
Beta juga meminta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri
19
supaya terus bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan
peranan demi kepentingan umat Islam di negeri ini
16. Akhir titah , Dengan lafaz suci Bismillahir Rahmanir
Rahim , dengan sukacitanya Beta merasmikan Kongres
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Semoga Allah merahmati dan seterusnya memberi kekuatan
kepada kita semua , Insya-Allah Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

RUJUKAN TEKS UCAPAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan