Jumaat, 30 September 2011

Syariat memelihara iman

Syariat memelihara iman


Mendalami al-quran akan memandu kita melaksanakan keperluan seperti yang disyariatkan. - Gambar hiasan



SEGALA yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk wahyu yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW disebut sebagai syariat. Ditinjau daripada segi bahasa, syariat bermaksud jalan atau tempat keluarnya air untuk diminum.
Bangsa Arab cenderung mentakrif syariat sebagai jalan lurus yang harus diikuti. Pada umumnya terdapat dua golongan yang mentakrif syariat. Golongan pertama melihat syariat daripada aspek hukumnya.
Golongan ini mentakrif syariat sebagai hukum dan peraturan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya, baik yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak mahupun kemasyarakatan.
Tujuan utama syariat adalah untuk memelihara dan mewujudkan kebaikan dan menghindari kerosakan.
Agama dan syariat
Pada mulanya syariat diertikan sebagai agama, namun kemudian pengertian syariat dikhususkan untuk hukum yang bersifat praktis.
Pengkhususan ini dimaksudkan untuk membezakan agama daripada syariat. Agama itu satu dan berlaku secara universal, sedangkan syariat tidak berlaku secara universal kerana syariat antara umat yang satu dan umat yang lain berbeza sesuai dengan adat dan tradisinya.
Selain itu, syariat bersifat abadi dan menjangkau setiap zaman untuk selama-lamanya hingga hari kiamat. Dalam perkembangan selanjutnya, kata "syariat' digunakan untuk menunjukkan hukum Islam, baik yang ditetapkan langsung oleh al- Quran dan sunnah, mahupun yang diperolehi melalu pemikiran dan ijtihad.
Wahyu Ilahi itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu wahyu yang berupa al-Quran dan sunnah. Umat Islam harus tunduk kepada ketentuan al-Quran dan sunnah tersebut.
Cakupan syariat
Syariat Islam mencakup dua aspek penting kehidupan manusia, iaitu aspek hubungan sesama manusia. Ketentuan syariat yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Allah SWT disebut sebagai ibadat.
Ibadat mempunyai pengertian yang bukan sahaja terbatas pada solat, puasa, zakat dan haji, tetapi semua kegiatan manusia yang tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT dan dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredaan-Nya.
Aspek yang berkaitan dengan hubungan antara sesame manusia disebut sebagai muamalah. Dalam hal muamalah, syariat Islam hanya menyebut prinsip umum yang menjadi landasan dalam penyelesaian pelbagai masalah.
Akidah dan syariat, syariat dan fikah
Akidah dan syariat mempunyai hubungan yang sangat erat. Akidah merupakan dasar yang paling penting dalam Islam.
Dalam al-Quran, akidah dirumuskan dengan kata iman. Syariat dirumuskan dengan kata amal soleh, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik." (Q.16:97)
Syariat dan fikah juga tidak dapat dipisahkan, walaupun berbeza. Fikah merupakan pemahaman, pentafsiran dan penjelasan terhadap syariat. Fikah sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa dan tempat.
Oleh sebab itu, nama fikah diambil daripada nama mujtahid yang merumuskannya, misalnya Fikah Hanafi. Usaha menanam semula hutan dan memelihara bumi merupakan contoh ibadat yang sesuai dengan syariat.
Hukum syariat
Apabila ditinjau dari aspek hukum, syariat Islam mencakup dua hal. Pertama, hukum yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan sunnah.
Hukum ini merupakan dasar syariat secara keseluruhan. Kedua, hukum yang ditetapkan melalui ijtihad oleh ulama fikah. Hukum ini merupakan wilayah kajian ilmu fikah dan bidang yang digarap oleh ulama ahli fikah.
Melalui metod ijtihad, para ulama merumuskan ketentuan yang terperinci menyangkut perilaku manusia, yang boleh dikelompok ke dalam lima kategori hukum: wajib, sunat, haram, makruh, dan mubah.
Seluruh perbuatan manusia sentiasa berada dalam salah satu daripada lima kategori hukum itu.

RUJUKAN...............

PERJUJMPAAN PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG DENGAN PEGAWAI 41





23 september 2011 satu perjumpaan antara Pengarah JHEAIPP bersama dengan Pegawai 41 di adakan di Bilik Mesyuarat JHEAIPP. Semua pegawai 41 datang untuk mendengar amanat YBhg Pengarah JHEAIPP, Tuan Haji sazali B Hj Hussein.Tujuan perjumpaan adalah untuk kenal mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Walaupun Pengarah berurusan secara langsung dengan KPP namun dalam keadaan-keadaan tertentu Pengarah boleh secara tidak langsung berjumpa dengan pegawai 41.








Semua pegawai 41 yang ditempatkan berada di JHEAIPP mempunyai latarbelakang pendidikan yang tersendiri dan istimewa. Jika dilihat pegawai mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Gred 41 telah dilalui oleh semua orang. “time scill” ini perlu dilalui dengan jaya untuk mengaut pengalaman sebelum pergi ke tingkat yang lebih atas.  








Pegawai 41 merupakan “front liner” barisan hadapan , orang harapan dan dalam bahasa orang kerahan. Oleh itu pegawai perlu rajin bekerja dan rajin menuntut ilmu. 34/35 tahun lagi untuk berkhidmat maka seharusnya pengalaman sekarang dijadikan asas untuk melihat masa depan. Pegawai seharusnya tidak berharap kepada Pengarah atau KPP dalam membuat sebarang kerja. Mereka perlu kratif. Terutama dalam membuat surat atau kertas kerja.



Alhamdulillah kita seharusnya bersyukur kerana terpilih duduk dalam jawatan penjawat awam ini. Kita bertuah kerana dapat bekerja dan dengan melaksanakan amanah adalah tanda bersyukur. Sekarang tapisan temuduga kerja yang ketat. Pegawai-pegawai ini yang akan menggantikan pucuk pimpinan di JAKIM atau jabatan lain.



Intigriti bukan sekadar rasuah. Apa sahaja yang kita buat contohnya keluar minum bukan pada masanya, mahu membuat keputusan antara yang baik dan tak baik, jangan mulakan dengan perkara atau kesalahan yang kecil. Bila kita buat benda yang salah dengan perasaan yang tidak bersalah maka itu satu masalah.





Ketua Setiausaha Negara menyatakan –Be The Best jangan jadi the worst. Dengan melihat kepada Jepun dan Korea mereka tidak mahu jadi  orang bawah. KSN bila beliau berada pada tangga gred 48 sudah memikirkan dalam minda untuk menjadi KSN. Oleh itu target kerja untuk diselasaikan amat perlu.






Walaupun kita gred 41 namun tugas itu adalah sebagai ketua di unit masing-masing. Perlu ada ciri-ciri kepimpinan kerana pemimpin adalah contoh. Contohilah rasulullah s.a.w. bila kita menjadi pemimpin jangan tekan orang dibawah kita. Beri ruang kepada staf bawah kita untuk beri pandangan.