Selasa, 26 April 2011

PEMANTAUAN/LAWATAN KELAS TAKMIR PULAU PINANG BERSAMA PEGAWAI BAHAGIAN KEMAJUAN ISLAM JAKIM PUTRAJAYA


25 April 2011, satu pemantauan kelas takmir telah dilakukan oleh Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP bersama Us Sofian dari Bahagian Kemajuan Islam, Jakim Putrajaya. Masjid yang terlibat ialah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Masjid Kg Setol dan Masjid Seberang Jaya Seberang Perai Tengah dan Masjid Pajak Song, Seberang Perai Utara Kepala Batas.

Melalui lawatan dan pemantauan beliau dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana guru-guru takmir di Pulau Pinang mengajar dan juga menilai sejauh mana keberkesanan program takmir di masjid dan surau di sini.

Sekalung tahniah kerana terdapat guru-guru takmir yang sudah menggunakan ICT iaitu lap top dan lcd dalam proses dakwah dan pembelajaran semasa mengajar takmir. Penggunaan teknologi seperti kamera dan t.v luar juga telah menampakkan kemajuan setelah 25 tahun program takmir ini berlangsung di tanah air.

Alhamdulillah, pemantauan ini telah mencapai matlamatnya 100 peratus . Mudah-mudahan usaha murni ini akan mendapat keberkatan Allah swt dan usaha dakwah ini akan berterusan. Amin YA  Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan