Jumaat, 6 Ogos 2010

MENJEJAK BADAI KE IRELAND UTARA

31 JULAI 2010


MENJEJAK BADAI KE IRELAND UTARA



Semalam tiba lewat di Thames Valley University kerana program di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia tamat jam 10.00 malam. Badan terasa keletihan kerana seharian aktiviti dan pergerakan di London. Namun kami berasa gembira dan menghayati kehidupan masyarakat London yang sentiasa mengejar waktu. Hari ini saya, Us Zulkhairy dan Us Rahimi ke Ireland Utara. Alhamdulillah perancangan awal telah menghasilkan kos ke sana dapat dikurangkan.



Namun niat yang utama adalah menziarahi sahabat saya dan rakan sekerja Us Zul dan Us Rahimi di JAKIM. Us Khalid merupakan rakan semeja saya ketika menuntut di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh Perak. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan menyambung pelajaran ke Universiti Madinah. Ketika saya belajar di Jordan, saya bertemu dengan beliau di bumi Madinah al Munawwarah ketika mahu menunaikan ibadah haji. Ini kerana Jordan terletak di utara semenanjung tanah Arab dan jika melalui jalan darat akan bertemu dengan Madinah terlebih dahulu. Hakikatnya seorang lagi sahabat saya yang pasti akan dapat berjumpa dengannya walau di mana mereka berada. Sungguh besar hikmah Allah SWT. Subhanallah.

Shah iaitu pengurus program Muslim College di London menyatakan mahu menghantar kami ke Lapangan Terbang Stansted London kerana beliau tidak mahu kami ketinggalan penerbangan pagi itu. Jam 3.00 pagi kami bangun dan kejutkan beliau dan bertolak ke airport. Alhamdulillah kami sampai di airport awal dan dapat check in dengan tenang. Hari hujan namun penerbangan lancar dan di atas awan cahaya matahari terang benderang. Penerbangan tidak menghadapi sebarang masalah. Kami menaiki syarikat penerbangan tambang murah Ryanair.Laman Web Syarikat Ryanair.......

SEJARAH IRELAND
 
 


Ireland Utara (bahasa Ireland: Tuaisceart √Čireann, Ulster Scots: Norlin Airlann) adalah salah satu daripada empat negara dari United Kingdom. ["The United Kingdom is made up of Wales, Scotland, England and Northern Ireland. While all of the people of the United Kingdom are known as British, the people of Wales are also known as Welsh, in Scotland as Scottish, in England as English, and in Northern Ireland as Irish."] Terletak di sebelah timur laut pulau Ireland, bersempadan dengan Republik Ireland di selatan dan barat. Pada saat bancian pada tahun 2001, penduduknya adalah 1.685.000 orang. Ianya merupakan sekitar 30% dari jumlah keseluruhan penduduk pulau dan sekitar 3% dari penduduk United Kingdom.



Ireland Utara terdiri daripada enam daripada sembilan daerah di wilayah Ireland Ulster. Buku persempadanan itu diciptakan sebagai sebuah bahagian yang berbeza dari United Kingdom pada 3 Mei 1921 di bawah Kerajaan Ireland. Akta 1920 walaupun wujud akar berperlembagaan yang terletak pada 1800 tindakan pemersatuan antara United Kingdom dan Ireland. Selama lebih dari 50 tahun itu sendiri yang didelegasikan kerajaan dan parlimen. Lembaga-lembaga ini dihentikan pada tahun 1972 dan dihapuskan pada tahun 1973. Berulang-ulang percubaan untuk memulihkan kerajaan sendiri akhirnya menghasilkan pembentukan Ireland Utara kini.






Selama bertahun-tahun Ireland Utara menjadi tempat konflik etno-politik di mana di penenuhi dengan masalah kekerasan dan keganasan. Ia disebabkan oleh perpecahan antara nasionalis(ingin Ireland Utara merdeka dari Britain dan bersatu dengan Republik Ireland), yang sebahagian besar adalah Roman Katolik. Dan juga pihak kesatuan (ingin Ireland Utara kekal dibawah Britain), yang sebahagian besar adalah Protestan. Sejak penandatanganan Good Friday Agreement pada tahun 1998, sebahagian besar kumpulan-kumpulan separa tentera yang terlibat dalam masalah perbalahan telah menghentikan kempen bersenjata mereka.


 
Sampai di George Best Airport
 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan