Selasa, 26 Julai 2011

LAWATAN JEMAAH TABLIGH DARI FATANI (SELATAN THAILAND) TUAN GURU BABA HJ ISMAIL B ABD RAHMAN KE UNIT TAKMIR JHEAIPP




 Unit Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang begitu berbesar hati menerima kunjungan Jemaah Tabligh dari Fatani yang diketuai oleh Tuan Guru Baba Hj Ismail b Abd Rahman




 Tuan Haji Mat Nazri b Haramine juga merupakan Pengarah Akauntan Negara Cawangan Pulau Pinang merupakan orang yang kuat dalam usaha dakwah di Pulau Pinang

 Tuan Haji Ismaik b Ishaq Benjasmith al Fatani, Pengerusi NGO The Center Of Conservation For Local Culture And Environments The Southern Border Of Thailand (PUSTA). Beliau amat mahir dalam sejarah Fatani dan pernah di tembak 9 das oleh senjata RK buatan Russia kerana menulis sejarah Fatani. Namun Allah masih panjangkan umurnya, Subhanallah.




 Cenderahati kenang-kenangan buku Jurnal Takmir Bil 1/11 dan majalah Suara Masjid keluaran JAKIM disampaikan kepada ahli rombongan oleh Penolong Pengarah Takmir JHEAIPP



Ziarah menziarahi dalam Islam

Ziarah bukan sekadar satu warisan atau budaya, ia sebaliknya sebahagian daripada ibadah yang sangat besar fadilatnya.

Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Anas meriwayatkan, pada suatu hari Abu Bakar mengajak Umar menziarahi Ummu Aiman kerana Rasulullah sering menziarahinya ketika hayat Baginda. Apabila melihat kedua-dua sahabat itu datang, Ummu Aiman menangis terisak-isak. Mereka bertanya: “Apa yang menyebabkan puan menangis? Tidakkah puan tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasulullah?”

Beliau menjawab: “Bukan saya tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasulullah, tetapi yang membuatkan saya menangis ialah wahyu yang sering turun dari langit telah pun terhenti!”

“Kata-kata itu benar-benar menyentuh hati mereka lalu kedua-duanya turut menangis bersamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan Rasulullah dan sahabat mengamalkan budaya ziarah menziarahi serta ganjaran pahala yang sangat besar disediakan Allah untuk hamba-Nya yang menziarahi saudaranya.

Oleh kerana ziarah adalah satu ibadah, maka adab serta syaratnya mesti diketahui dan dipatuhi.

# Betulkan niat.


Niat yang ikhlas adalah rukun pertama setiap ibadah yang dilakukan oleh seseorang Muslim. Tanpa keikhlasan, ibadah tidak diterima.

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi Muhammad bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampung.

Allah mengutus malaikat mengekori perjalanannya. Malaikat itu menghampirinya lalu bertanya: “Saudara hendak ke mana?”

Lelaki itu menjawab: “Menziarahi saudara saya yang tinggal di kampung ini.”

Malaikat bertanya lagi: “Apakah saudara mengharapkan apa-apa keuntungan yang diberikannya kepada saudara?”

Dia menjawab: “Tidak. Saya menziarahinya kerana kasihkannya kerana Allah.”

Malaikat berkata: “Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus oleh Allah untuk memberitahumu sesungguhnya Allah telah mengasihimu seperti engkau mengasihi saudaramu itu kerana-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

# Waktu yang sesuai.


Menurut Islam, rumah kediaman adalah hak seseorang yang perlu dihormati. Tuannya mempunyai kebebasan untuk menerima kunjungan tetamu atau sebaliknya mengikut kesesuaian waktu serta keadaan dalam rumah mereka.

Hal ini diterangkan dalam firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya (ahlinya); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan).” (Surah an-Nur, ayat 27).

Oleh itu, sebelum berkunjung, eloklah menghubungi tuan rumah terlebih dulu bertanyakan waktu yang sesuai untuk dikunjungi.

# Mulakan dengan salam.


Salam adalah doa daripada pengunjung kepada sahabat yang dikunjungi. Kemudian doa itu dibalas dengan cara yang lebih baik.

Lantaran itu Allah menyatakan apabila kita memasuki rumah hendaklah memberi salam kepada diri sendiri. Ertinya dengan memberi salam kepada tuan rumah kita akan memperoleh salam daripadanya.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada kamu dengan cara memohon kepada Allah hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat yang menjelaskan hukum-Nya, supaya kamu memahaminya.” (Surah an-Nur, ayat 61)

Rasulullah SAW mengajar cara memberi salam iaitu dengan berkata: “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?” sebanyak tiga kali.

Jika tiada jawapan, atau tidak mendapat keizinan pengunjung hendaklah beredar dengan dada yang lapang tanpa menaruh prasangka terhadap tuan rumah.

Ketika memberi salam pengunjung tidak harus berdiri menghadap pintu, sebaliknya berdiri dengan memandang ke arah kanan atau kiri. Sekiranya tuan rumah bertanyakan siapa yang datang, pengunjung hendaklah menyatakan nama atau gelarannya. Tidak memadai menjawab “saya”.

# Bersalaman.


Apabila bertemu Muslim lain disunatkan bersalaman atau berjabat tangan. Daripada Al-Barra’, Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila dua Muslim bertemu dan berjabat tangan, diampunkan dosa kedua-duanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Harus juga berpeluk-pelukan sekiranya sahabat atau saudara datang dari jauh. Saidatina Aisyah berkata, ketika Zaid bin Harithah tiba di Madinah, Rasulullah berada di rumahku.

Beliau datang dan mengetuk pintu rumahku. Lalu Rasulullah bangun dan berjalan ke arahnya lantas memeluk dan menciumnya.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa bersalaman dan berpeluk-pelukan hanya boleh dilakukan di antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.

Bersalaman dan berpeluk-pelukan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah haram.

# Bawa hadiah.


Adalah baik sekiranya pengunjung membawa sedikit hadiah atau buah tangan kerana diriwayatkan Rasulullah bersabda maksudnya: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan menyayangi antara satu sama lain.”

Sesungguhnya kelebihan serta adab ziarah tidak tertumpu kepada pengunjung saja. Pihak yang menerima dan memuliakan tetamu juga ada kelebihan serta adabnya


rujukan: http://jendelahikmah05.blogspot.com/2005/11/kunjung-mengunjungi-ibadat-digalak.html



Isnin, 25 Julai 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN BERSAMA PENGARAH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Dari semua bahagian JHEAIPP berkumpul bersama. Ada yang muka baru dan lama saling merapatkan silaturahim.





Tn HJ Sazali b Hussein bersama isteri dan juga Tn Hj Yusoff b Ahmad Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang


Pengerusi Majlis Us Abd Rashid b Abd Jalil dari Bahagian PMS





Us Muaz membacakan doa pada hari ini untuk keberkatan majlis





Orang kuat Masjid Negeri Pulau Pinang



Ucapan aluan selaku tuan rumah perjumpaan kali ini dari Imam Besar




Amanat Pengarah JHEAIPP tentang KSA ( Knowledge, Scills dan Attitude)




Us Abd Rashid mendapat sijil kehadiran cemerlang daru Tuan Pengarah JHEAIPP




Cik Asmaa Pembantu Takmir juga mendapat pengiktirafan atas kehadiran cemerlang. Tahniah.




Diperkenalkan staff baru lantik dan bertukar ke JHEAIPP






Staff perempuan yang baru dilantik



KPP Penyelidikan menyampaikan cederahati kepada Pengarah




Majlis pertemuan ini dapat mengeratkan silaturahim dan kenal mengenal dengan lebih rapat antara satu sama lain




Pembaharuan ikrar




Pegawai Tadbir Agama dan KPP semua memperbaharui ikrar mereka




Kakitangan wanita




Jumaat, 22 Julai 2011

CERAMAH ISRA' DAN MI'RAJ DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH BALIK PULAU


Bertempat di IPD Balik Pulau, Pulau Pinang, BAKA Polis IPD Barat Daya telah mengadakan satu sesi ceramah Isra dan Mi'raj yang telah disampaikan oleh Us Muhammad Imran b Ibrahim, Penolong Pengarah Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.


Peserta memenuhi dewan kuliah yang terdiri dari anggota polis dan kakitangan pentadbiran





Ceramah diselangi dengan ujikaji ringkas. 7 perkara penting dalam hidup anda.



Peserta khusyuk mencatat ceramah yang disampaikan

Cerdera kenangan dari IPD Polis Barat Daya

Khamis, 21 Julai 2011

MESYUARAT TAKMIR BIL 3/2011 DI PEJABAT AGAMA DAERAH BARAT DAYA, BALIK PULAU





Yg Bhg Us Ayob B Yaacob KPP Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP mempengerusikan mesyuarat Unit Takmir




Berbagai masalah daerah dilaporkan dengan laporan setiap daerah dan cuba diselesaikan secara bermuafakat




Pesanan dan amanat KPP kepada semua tentang hala tuju program Takmir di Pulau Pinang




Us Fauzi b Ibrahim Pegawai Tadbir Agama Daerah Balik Pulau




Selepas mesyuarat PPMD Barat Daya, Us Mahyuddin membuat jamuan durian bersama pulut santan dan ikan masin goreng


Alhamdulillah, semoga mesyurat ini dapat merapatkan ukhuwah sesama Unit Takmir

Rabu, 20 Julai 2011

ADUAN MENGENAI MEMBACA AL-QURAN SEBELUM WAKTU SUBUH DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA

Menjawab permasalahan ini, berikut adalah Cabutan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang kali ke 2/2011.

TARIKH: 03 JAMADILAWWAL 1432 H / 07 APRIL 2011 M
MASA: 9.40 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT, MASJID NEGERI PULAU PINANG.

yang telah dipengerusikan oleh S.S. Datuk Seri Haji Hassan b Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang:







Tindakan : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIPP

Selasa, 19 Julai 2011

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011

Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhammad Imran b Ibrahim (P.J.K)

12 Julai 2011 (Selasa), Dewan Sri Pinang, George Town Pulau Pinang. Dengan hormat dan takzimnya, sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke-73 pada  9 Julai 2011, Tuan YangTerutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang telah bersetuju mengurniakan kepada Penyelaras Takmir Negeri Pulau Pinang Tn. Hj Muhammad Imran Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K).

Alhamdulillah, anugerah ini untuk semua.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kurniaan ini dan semoga beliau akan terus menyumbangkan khidmat bakti yang cemerlang terhadap agama, bangsa, negara dan Negeri Pulau Pinang.

Bergambar bersama isteri beliau Pn Fazira Bt Abd Wahab yang turut hadir

Istiadat Pengurniaan ini telah disempurnakan olehTuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

Tarikh: 12 Julai 2011 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang.
Pakaian: Pakaian rasmi istiadat menerima pengurniaan.



Pingat dan Sijil anugerah yang telah diterima oleh Penyelaras Takmir Pulau Pinang

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) ini telah dizahirkan pada tahun 1959 dan dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.

Bergambar kenangan di Dewan Sri Pinang, tempat berlangsungnya majlis penganugerahan itu.



Semoga Allah memberkati usaha murni ini dan Takmir terus diperkasakan di bumi Pulau Pinang, InsyaAllah.

Isnin, 18 Julai 2011

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA HARIJADI TYT NEGERI PULAU PINANG

 Ketibaan Tuan Yang Terutama bersama Toh  Puan disambut oleh tetamu VVIP

 

 Kelihatan Dato' SUK, YB Dato' Speaker DUN Timbalan Ketua Menteri (1) dan Exco Agama mengiringi Tuan Yang Terutama

 Tuan Yang Terutama menaiki tangga Masjid Negeri Pulau Pinang

  Us Khairul Aman b Bistaman mempengerusikan majlis pada malam itu

Sukacita dimaklumkan bahawa besempena dengan Harijadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Yang Ke 73, maka Masjid Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil seperti butiran berikut:-

Hari         :    07 Julai 2011 (Khamis) 
Jam         :    7.00 malam
Tempat   :    Dewan Solat Utama Masjid Negeri Pulau Pinang

Bacaan Yaasin dan Doa Selamat dipimpin oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Hj Hassan b Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang




VVIP berada di barisan hadapan



Hadirin membaca Yaasin dengan khusyuk

Kelihatan jemaah yang ramai(dianggarkan seribu lebih jemaah) yang hadir dalam majlis yang sungguh bermakna itu.


Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai.


 Antara yang hadir



 Ustaz Mohd Isa b Abd Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah menyampaikan tazkirah ringkas yang padat.