Rabu, 16 Mac 2011

ZIKRULLAH

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud: Allah s.w.t berfirman : Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kepadaKu. jika dia berzikir (mengingatiKu) dalam dirinya maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam sebuah perhimpunan maka Aku mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik daripada perhimpunannya.

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Buat seluruh manusia dan khasnya kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun, marilah kita kembali mengingati Allah dan kembali kepadaNya. Setakat mana jualah usaha kita untuk mengatasi musibah ini yang berlaku untuk iktibar umat sekalian.


Namun rasanya tidak terlambat untuk Unit Takmir JHEAIPP mengucapkan takziah kepada mereka yang terkorban dan yang masih hidup insafilah setiap hikmah kejadian peristiwa yang berlaku untuk kembali mengingati Allah tika senang apatah lagi susah.

Unit Takmir juga menyeru kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin agar menghulurkan bantuan sokongan moral dan material (wang dan apa yang difikirkan  bersesuaian ) ke atas mangsa gempa yang dahsyat .

Terima Kasih.


Hayatilah surah  Zalzalah ayat 1-8


1.  Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),

2.  Dan bumi Telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,
 
3.  Dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?",
 
4.  Pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

5.  Karena Sesungguhnya Tuhanmu Telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

6.  Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka[1596],

[1596]  maksudnya ada di antara mereka yang putih mukanya dan ada pula yang hitam dan sebagainya.

7.  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
 
8.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.


Selasa, 15 Mac 2011

Botol susu polikarbonat diharam

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

pengarang@utusan.com.my







Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.



--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.



Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.



“Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.



“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.



Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.



Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.



Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.



“Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.



“Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.



Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).



“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.



Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.



Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.



Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.



Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.



Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.



Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W


Dalam sohih Bukhari daripada Ibn Umar r.a katanya : " Pada hari kiamat nanti, seluruh manusia berlutut. setiap umat datang kepada nabinya dan berkata : " Wahai Tuan, berikanlah syafaat". Mereka terus mendatangi satu persatu nabi hingga berakhir pada nabi Muhammad s.a.w. Maka pada hari itulah Allah menempatkan Baginda s.a.w di maqam yang terpuju ( al maqam al mahmud) ".

(dipetik dari majalah solusi isu #26, muka surat 103)

Perbanyakkanlah selawat kepada baginda s.a.w! Sollu 'alan nabiy!

BERIKTIDAL DALAM BERAMAL


Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Hai manusia, hendaklah kamu bersederhana, hendaklah kamu bersederhana, sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu". hadith riwayat oleh Ibnu Majah, Abu Ya'ala dan Ibn Hibban.

Pengenalan Jabir bin Abdillah : Beliau merupakan salah seorang mujahid (telah menyertai 19 siri peperangan bersama Rasulullah s.a.w) juga sahabat yang banyak meriwayatkan hadith iaitu sebanyak 1540 hadith.

Semoga bermanafaat.



Isnin, 14 Mac 2011

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA-KETIKA KHATAM AL QURAN 30 JUZUK



Allah swt berfirman dalam surah Faatir ayat 29 maksudnya :

Sesungguhnya orang-orangyang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian, supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurniaNya.

JIHAD DAN IBU BAPA



Abdullah bin Umar r.a berkata :"Ada seorang datang kepada Nabi s.a.w, dan meminta izin untuk pergi berjihad. Kemudian baginda bertanya: "Apakah kedua-dua orang tua mu  masih hidup?" Dia menjawab ;"Ya"
Baginda kemudian bersabda : "Pada mereka berdua sajalah kamu berjihad ".
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Besarnya pahala berbuat baik kepada kedua ibu bapa sehingga Rasulullah s.a.w meletakkan kedudukannya lebih tinggi dari jihad di jalan Allah!

PETIKAN KATA-KATA BUYA HAMKA DALAM BUKUNYA PERIBADI


Kita harus bercita-cita, berkemahuan, berfikir dan berusaha memadukan kedua-dua kepentingan itu (berfikir dan bekerja). Tujuan kita ialah bahagia bagi bangsa dan tanahair kita, dan sesudah itu b agi seluruh dunia, lahir dan batin, benda dan jiwa, jasmani dan rohani, kuat dan berpengaruh, berilmu dan berusaha, berpengetahuan dan beragama, berpendirian danberperikemanusiaan.

Kita harus menang! Tetapi di manakah letak kemenangan itu? ialah disebalik perjuangan dan kepayahan. Dibalik keringat, darah dan air mata. Dibalik kepayahan otak berfikir dan badan bekerja.

Sebagai bangsa, kita akan menang sesudah melalui berbagai-bagai peristiwa; dan sebagai putera bangsa, yakni masing-masing kita pun akan menang. Baik pengarang dengan pena dan kertasnya, atau pekerja dengan palu dan cangkulnya, atau ahli negara dengan perhitungan politiknya, atau saudagar dalam urusan jual belinya. Atau yang mana juapun, yang kita kerjakan di dalam persada tanahair ini.