Isnin, 3 Mei 2010

SESI 1, 2 dan 3 YANG BERJALAN DENGAN PENUH JAYANYA DI IJTIMAK 2010

Ada nampak gambar saya dak?


Saudara Lim Joi Soon sedang menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat dan rata-rata peserta begitu berpuas hati dengan penyampaian beliau mengenai cara-cara menangkis dakyah kristianisasi


Peserta tidak berganjak mendengar penerangan beliau


Prof Dr Aziz Hanafi menerangkan mengani Salaf dan Khalaf: Di mana titik pertemuan.


Peserta amat tersentuh dengan ceramah Dr Aziz untuk meredakan suasana masyarakat yang saling bercakaran dek kerana perkara khilafiah


Guru Takmir Pewaris Nabi: Moderator: Hj Yusuf Ahmad Imam Besar Masjid Negeri, KPP PMS Tn Hj Ayob Yaacob, Penolong Pengarah Qaryah Tn Hj Norzli b Mat dan Penyelaras Pendidikan SPS Tn Hj Roslan Che Ros sedang menyuarakan pendapat: Guru Takmir Pewaris Nabi


Antara Guru takmir yang memenuhi Cengal Ballroom


Skrin juga dipasang namun ada peserta yang memberikan komen bahawa sound sistem tidak begitu memberangsangkan



SELEPAS MAJLIS PERASMIAN IJTIMAK TAKMIR 2010

Y.B Salleh Man menjamu selera bersama Pengarah JHEAIPP. Turut kelihatan Pegawai Penyelaras Takmir Perak dan Imam Besar Masjid Negeri


Saudara Lim Joi Soon sedang memperkatakan sesuatu kepada Penyelaras Takmir Negeri Perlis yang turut hadir.


KPP Pengrusuan Masjid dan Surau, Tn Hj Ayob dan KPP Dakwah Tn Hj Ghazali sedang menjamu selera roti jala bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut


Guru-guru takmir turut menjamu selera sebelum sesi pertama dimulakan


Ustaz Mat Jamaluddin Pegawai Tadbir Agama Seberang Perai Tengah bersama Ustaz Fauzi Pegawai Tadbir Agama Barat Daya (bersongkok dibelakang)


Apa yang sedang diperkatakan tu? Ada berita baguih ka bang?


Pegawai Tadbir Agama Butterworth, Seberang Perai Utara juga merupakan guru Takmir Pulau Pinang


Y.B Salleh Man sedang menerima cendera kenangan dari Pengarah JHEAIPP

Rujukan Ijtimak 2009 yang keluar dalam berita KOSMO:


ANUGERAH GURU TAKMIR CEMERLANG DAN PPMD CEMERLANG 2010 M / 1431 H


Us Hashim Guru Takmir Daerah Timur Laut


Ustazah Daerah Timur Laut Mahamod Nachiya Sutanbi


Daerah Barat Daya  Ustaz Hj Yaakob


Daerah Seberang Perai Selatan Ustaz Hj Hassan Abrar


Ustaz Abu Bakar dari Daerah Seberang Perai Tengah


Daerah SPU Butterworht Ustazah Hajah Radhiah Hj Abbas


Guru Takmir Cemerlang Daerah SPU dan Peringkat Negeri Us Wahab sedang menerima anugerah

Us Ku Anuar PPMD Daerah Seberang Perai Tengah PPMD terbaik negeri Pulau Pinang


Penghargaan kepada Pembantu Takmir yang banyak membantu kerja-kerja Takmir dan melicinkan pembayaran elaun guru Takmir


Cendera Kenang kepada wakil JAKIM(maaf photo agak kabur)

SURAH HUD AYAT 61-68 ( DI BACA OLEH USTAZ AHMAD ISMAIL SEMASA PERASMIAN IJTIMAK)

Qari bersama Tn Hj Yusuff Ahmad, Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang

 Ustaz Ahmad sedang memperdengarkan bacaannya

Ayat dan terjemahan telah dihasilkan oleh Cik Asma,Pembantu Takmir Pulau Pinang


Antara guru Takmir wanita yang hadir

Hayatilah kisah nabi Shaleh a.s dan kaumnya Thamud




SURAH HUD AYAT 61-68


1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].



[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.


61. Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. dia Telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya[726], Karena itu mohonlah ampunan-Nya, Kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)."

[726] Maksudnya: manusia dijadikan penghuni dunia untuk menguasai dan memakmurkan dunia.

62. Kaum Tsamud berkata: "Hai Shaleh, Sesungguhnya kamu sebelum Ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami ? dan Sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami."
63. Shaleh berkata: "Hai kaumku, bagaimana pikiranmu jika Aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan diberi-Nya Aku rahmat (kenabian) dari-Nya, Maka siapakah yang akan menolong Aku dari (azab) Allah jika Aku mendurhakai-Nya. sebab itu kamu tidak menambah apapun kepadaku selain daripada kerugian.


64. Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah, sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun yang akan menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."

65. Mereka membunuh unta itu, Maka Berkata Shaleh: "Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari[727], itu adalah janji yang tidak dapat didustakan."


[727] perbuatan mereka menusuk unta itu adalah suatu pelanggaran terhadap larangan nabi Shaleh a.s. oleh sebab itu Allah menjatuhkan kepada mereka hukuman yaitu membatasi hidup mereka Hanya dalam tempo tiga hari, Maka sebagai ejekan mereka disuruh bersuka ria selama tiga hari itu.


66. Maka tatkala datang azab kami, kami selamatkan Shaleh beserta orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat dari kami dan dari kehinaan di hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
67. Dan satu suara keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di rumahnya,
68. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam[728] di tempat itu. Ingatlah, Sesungguhnya kaum Tsamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Tsamud.
[728] demikian cepatnya mereka dihancurkan oleh guntur itu, sehingga mereka hancur lebur oleh guntur itu, tanpa bekas, seakan-akan mereka tidak pernah ada.










SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2010 M / 1431 H

Assalamualaikum wbt

Kepada semua warga Takmir Pulau Pinang khasnya Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau amnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2010 M. Walau agak terlambat di sini dihidangkan dengan sebuah sajak dari sasterwan negara Tongkat Warrant @ Allahyarham Usman Awang yang cukup menyentuh jiwa siapa yang membacanya dengan mata hati:


Satu Mei
Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja

Merekalah membina batu-bata

Membancuhnya dengan titik peluh

- bangunan tinggi itu masih jua meminta

lalu diberikanlah nyawanya.



Merekalah yang menyedut udara kotor

Racun gas itu berbaur di rongga

menjalari saraf pernafasannya

menghentikan detak jantungnya

-segalanya untuk upah beberapa sen cuma.



Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang

debu dan serbuk logam berterbangan

hari demi hari berkumpul bersarang

di jantung dan paru-parunya

-jentera kilang itu masih lagi meminta

lalu kudunglah jarinya

lalu kudunglah tangannya

lalu kudunglah nyawanya

segalanya untuk upah beberapa sen cuma.



Merekalah menggali perut bumi yang sakit

lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga

tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati

menimbusi membungkus tubuh para pekerja

melindunginya dari pemerasan kejam

-upah yang diterimanya sekadar beras segenggam.



Merekalah mewarisi pusaka zaman

seluar sehelai baju bertampal

tikar buruk di sudut bangsal

tulang selangka dapat dibilang.



Mereka kini menyedari kekuatan diri

Mengubah wajah sebuah negeri

Menukar nama seorang menteri

Di matanya api di tangannya besi.
 

Ahad, 2 Mei 2010

JOM KONVOI BERMOTOSIKAL MASJID KE MASJID


Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Timur laut dengan kerjasama daripada Masjid Bandar Baru Air Itam, Polis DirajaMalaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia, Pertahanan Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pemadam dan Persatuan Anak Qaryah.

Program ini berlangsung pada 2 Mei 2010 dengan disertai seramai 60 buah motosikal pelbagai jenama. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendekatkan pemuda dan peserta konvoi dengan masjid.

Pedaftaran dan perlepasan konvoi yang diiringi dan dikawal oleh Polis Trafik dimulakan di Masjid Bandar Baru Air Itam sebagai tuan rumah. Kemudian konvoi bermotosikal menuju ke Masjid Terapung, di sini sedikit tazkirah pagi disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama Timur Laut (Ustaz Anuar Hakim).

Peserta konvoi meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Batu Feringghi. Konvoi bermotosikal disambut dengan paluan kompang oleh anak qaryah di masjid ini.

Penghulu Amir dan PTA Daerah Timur Laut

Selepas selesai sesi taklimat, konvoi diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Teluk Bahang. Di sini peserta konvoi disambut oleh AJK Qaryah dan Penghulu Kawasan Teluk Bahang (Penghulu Amir) dan dihidangkan minum pagi.

Setelah selesai minum pagi di Masjid Teluk Bahang, masjid seterusnya ialah Masjid Bagan Air Hitam. Di sini, peserta konvoi dihidangkan makan tengah hari dan sedikit motivasi. Setelah selesai solat Zohor berjemaah, peserta konvoi diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan jalanraya oleh ketua bahagian trafik daerah Barat Daya sebagai peringatan untuk meneruskan konvoi semoga selamat sampai ke destinasi seterusnya.

Akhir sekali peserta konvoi diberikan petrol percuma yang ditaja oleh Petronas Sungai Tiram Pulau Pinang. Setelah semua peserta mengisi petrol secara percuma, konvoi diteruskan ke tempat dilepaskan iaitu Masjid Bandar Baru Air Itam untuk upacara penutup.

sila link untuk berita: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26319:konvoi-bermotor-jom-pi-masjid&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100

Sabtu, 1 Mei 2010

KATA-KATA ULAMAK PILIHAN

"Jadilah kamu seorang faqih dan seorang sufi, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya...Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqh tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqh, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?" - Imam al-Shafie r.a.