Isnin, 27 Ogos 2012

SYAWAL : KEMENANGAN UNTUK SIAPA ?

KHUTBAH EID AL FITRI

(DI SAMPAIKAN DI MASJID UBUDIYYAH BUKIT CHANDAN KUALA KANGSAR PADA 1 SYAWAL 1433 / 19 OGOS 2012)

SYAWAL : KEMENANGAN UNTUK SIAPA ?

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

PARA TETAMU ALLAH YANG DIHORMATI,

Di pagi 1 Syawal yang mulia ini, marilah kita mulai perjalanan hidup ini dengan mengungkap syukur kepada Allah SWT. Di sebalik kecuaian kita, kelalaian kita , kedegilan kita menunaikan hak-hak pengabdian kita kepada Nya, kita masih menerima terus-terusan nikmat-nikmat Allah tanpa henti. Hamba yang bersyukur akan membalas nikmat itu dalam bentuk terus mengabdikan diri kepada Allah manakala sebaliknya hamba yang tiada maruah diri akan menggunakan nikmat Allah untuk terus menyongsang arahan-arahan Allah SWT. Bagi kita umat Islam di Malaysia amnya dilimpahi nikmat berganda pada tahun ini iaitu nikmat hari kemenangan memerdekakan diri mengalahkan hawa nafsu di dalam bulan Ramadhan dan memerdekan Negara dari cengkaman penjajah.

SIDANG HADIRIN SEKELIAN,

Hari ini disytihar sebagai hari kegembiraan umat Islam bahkan diharamkan berpuasa pada hari ini kerana sambutan hari kemenangan. Antara ungkapan yang masyhur dianugerahkan kepada kita di pagi syawal ini ialah

من العائدين و الفائزين

Bermaksud : semoga tuan termasuk orang yang kembali kepada fitrah dan semoga tuan termasuk dalam golongan orang yang menang dan berjaya.

Persoalannya siapakah yang yang menang.

Ramadhan tidak pernah gagal menemui umat Islam dan Syawal diisytiharkan sebagai hari kemenangan namun umat Islam masih belum menang membebaskan masjid al aqsa.

Ramadhan tidak pernah gagal menemui umat Islam dan Syawal diisytiharkan sebagai hari kemenangan namun saudara-saudara Islam kita di Syiria dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.

Ramadhan tidak pernah gagal menemui umat Islam dan Syawal diisytiharkan sebagai hari kemenangan namun kalau beberapa tahun dulu saudara-saudara Islam kita di Tak Bai dibunuh sekarang tiba giliran saudara-saudara kita dari etnik Ronghinya disembelih saban hari.

Bayang bandingkan sebentar tadi mungkin anak-anak kita mengucup tangan dan dahi ibu dan bapa. Terasa kehangatan tangan-tangan mereka namun anak-anak saudara kita di Mynmar hanya merasa dingin kucupan tangan dan ibu ayah yang kaku sudah tidak bernyawa.

حسبنا الله و نعم الوكيل و لا حول ولا قوة الا بالله

Sekali lagi mari kita bertanya syawal kali ini siapakah yang menang?

SIDANG JEMAAH SEKELIAN

Saya harap tuan-tuan bersetuju dengan saya bahawa kemenangan itu hanya terhad kepada kemenangan individu bukan bersifat kemenangan umat.
Kemenangan kita umat Islam di negara ini masih belum cukup kuat untuk menutup mulut mulut yang celupar mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mempersoalkan institusi institusi yang beramanah menjaga agama samada institusi Raja , mahupun Majlis Agama Islam Negari, mahupun agensi agensi berkaitan. Walaupun ia dijamin oleh perlembagaan utama umat Islam menerusi firman ALLAHdi dalam al Quran

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿آل عمران: ١٩﴾

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿آل عمران: ٨٥﴾

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


Islam telah termaktub di dalam perlembagaan negara sebagai agama bagi Persekutuan menerusi perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan; namun agama-agam lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan dengan erti kata boleh diamalkan selagi ia tidak menghakis keamanan dan kedamaian agama Persekutuan iaitu Islam.Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kemenangan umat Islam negara ini pada Ramadhan kali ini belum cukup mengusik kepedulian umat mengenai kandungan surat bertarikh 18 Julai 2012 dari The Christian Federation of Malaysia telah diedarkan kepada gereja – gereja dan umat kristian berkaitan pilihanraya umum akan datang. Antara intipati surat berkenaan adalah menyeru agar penganut kristian menggunakan hak mengundi untuk memilih kerajaan akan datang yang lebih maju di mana pemimpin yang bakal dipilih mestilah mendokong gagasan

“Sebuah Negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan”

Sedangkan perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Sebagai rakyat muslim negeri ini saya sangat berharap dan merayu agar Kerajaan Negeri Perak dapat menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 (En. 10/88

Apa yang kita harapkan ialah kemenangan yang kita raih hari ini adalah kemenangan umat yang hanya tahu bahasa harga mati dalam urusan mepertahankan aqidah,syariah dan akhlak islami. Sejarah Ramadhan menyenaraikan senarai penjang kejayaan gemilang umat bukan sekadar individu seperti Badr al Kubra, Pembukaan kota mekah dan sebagainya.

Mari kita gabungkan kemenangan - kemenangan individu ini menjadi batu-bata yang akan memberi kemenangan kepada umat dan dalam masa yang sama kita tidak terlibat dalam perkara yang boleh menyebabkan Islam tidak boleh menang seperti menjadi pemecah belah, perasuah, pemburu kepentingan diri, Pecah amanah, penyalahguna kuasa dan sebagainya.

Buah duku kuning mencelah,
Pilih yang masak penuhkan raga;
Menjual diri kerana Allah,
Dibeli Allah dengan syurga.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah kedua


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،

اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،

اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.

فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Syawal bukanlah satu pengisytiharan bebasnya kita dari masjid dan surau , juga bukanlah satu pengisytiharan untuk kita kembali menjadi pak turut kepada nafsu dan perut, juga bukanlah pengisytiharan kita menyimpan semula al Quran ke tempatnya yang asal , namun Syawal adalah satu anugerah Allah kepada kita kerana berjaya menjadi tentera tentera Allah yang memenangkan Nya ke atas hawa nafsu. Perbuatan jahat dan kemungkaran adalah jelmaan hawa nafsu yang menguasai diri manakala ketaatan adalah jelmaan kepada penguasaan diri terhadap godaan hawa nafsu.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿يوسف: ٥٣﴾


"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Umumnya Ramadhan yang lalu penuh sarat dengan jelmaan jelmaan ketaatan dan ibadah.

Percayalah bahawa anugerah berganda kurniaan Allah kepada kita pada bulan ini iaitu pertama nikmat menyambut Syawal sebagai merayakan kemerdekaan diri dari penjajahan hawa nafsu dan yang kedua nikmat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dari penjajah untuk kali ke 55 akan tercemar dan jauh lebih bahaya akan menggugat kualiti kemerdekaan berkenaan apabila kita kembali kalah kepada mentaati hawa nafsu.

Al Quran dalam beberapa ayatnya menegaskan bahawa kufur, engkar, maksiat dan dosa yang menjadi terjemahan penguasaan nafsu ke atas diri, jika dibiarkan berleluasa dan bermaharalela akhirnya akan menyebabkan kejatuhan dan keruntuhan sesebuah negara. Mari kita geruni ayat ayat ini

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

وَضَرَبَ اللَّـهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّـهِ فَأَذَاقَهَا اللَّـهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ ﴿النحل: ١١٢﴾


Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَآخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّا، وَلاَ تَحْرِمْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا فَضْلَكَ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.

اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان أزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غَفَرَ اللهُ لَهُ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah limpahi rahmat dan kasih sayang Mu dan anugerahilah hidayah, taufiq kesihatan dan kehidupan yang berkat kepada hamba Mu itu serta seluruh anggota keluarga baginda.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.


Hj Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti
 
sumber........... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan