Jumaat, 3 Disember 2010

HIJRAH 1432 DENGAN TV AL HIJRAH


PENONTON DISARAN MENETAPKAN FREKUENSI SIARAN TV ALHIJRAH UNTUK MENIKMATI PENGALAMAN BARU DALAM DUNIA PENYIARAN






--------------------------------------------------------------------------------

TV Alhijrah menemui penonton buat julung kalinya di kaca televisyen mulai hari ini melalui siaran ujian. TV Alhijrah telah berjaya dipancarkan menerusi lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) hadir di konti Pusat Penyiaran TV Alhijrah untuk melancarkan siaran ujian hari pertama TV Alhijrah sebagai sebuah TV siaran percuma terbaru negara ini.

Untuk menikmati rancangan menarik yang disusun oleh TV Alhijrah, penonton hanya perlu menekan alat kawalan jauh set televisyen bagi mendapat siaran seperti berikut;

Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.


Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.

TV Alhijrah turut mengetengahkan terbitan secara penuh di dalam siaran percubaan ini. Rancangan Kapsul Khas “Laporan Haji” merupakan siaran pertama di Malaysia yang membawa laporan dari Tanah Suci di dalam rangkuman khas setiap hari. Siaran ini menyediakan liputan mengenai ibadah Haji musim ini yang meliputi berita terkini jemaah Haji Malaysia, jadual penerbangan perkembangan semasa sempena musim haji

Kapsul Khas “Laporan Haji” turut menjadi pemangkin kepada program pertama yang seumpamanya di Malaysia yang membawa lintas lansung dari Makkah. Siaran lintas lansung ini akan member peluang kepada jemaah haji Malaysia untuk menyampaikan ucapan kepada keluarga di tanahair selain turut membantu penonton dalam usaha memahami konsep dan makna perkataan Haji itu sendiri.

Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai ini terletak pada pilihan topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa.



TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif.





--------------------------------------------------------------------------------

Pautan Lain

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TVAlhijrahutamakanprinsipIslam/Article/


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TVAlhijrahdilancarhariini/Article/


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TVAlHijrahmulabersiaransemalam/Article/index_html
 
http://www.tvalhijrah.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan