Selasa, 24 Januari 2023

Rabu, 2 Mac 2022



                                                      Allahyarham Tuan Guru Hj. Mad Dali 

Allahyarham Tuan Guru Hj. Mad Dali merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Beliau juga merupakan guru takmir negeri Perak semenjak sekian lama di daerah Pengkalan Hulu terutama di kawasan Kroh Hulu. Merupakan pakar rujuk kepada permasalahan agama di negeri Perak khasnya. 

Seorang tuan guru yang tawadhuk juga merendah diri namun ilmu yang luas dan menjadi murabbi dalam Tafaqquh Fiddin bagi guru-guru takmir untuk daerah Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.

Beliau merupakan antara murid terawal Tuan Guru Hj. Abdul Latiff atau lebih dikenali Pak Teh Kroh.
Pak Teh Kroh membina pondok tersebut yang diberi nama Madrasah ad Diniah al Latifiah sejak 1967 dan diwarisi oleh Tg. Hj. Mad Dali sejak pemergian beliau.


 

Ahad, 9 Januari 2022

INFO FATWA NEGERI PERAK: FATWA MENGENAI PENGHARAMAN UPACARA PERBOMOHAN IBRAHIM BIN MAT ZIN Masyarakat dinasihatkan ag

 INFO FATWA NEGERI PERAK: FATWA MENGENAI PENGHARAMAN UPACARA PERBOMOHAN IBRAHIM BIN MAT ZIN

Masyarakat dinasihatkan agar tidak terpengaruh dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat.

Sumber: https://www.facebook.com/jabatanagamaislamperak/posts/237698835175904











 SELAMAT TINGGAL 2021 SELAMAT DATANG 2022

Hari ini
Adalah masa silam setelah berpuluh tahun
Engkau mahu buat untuk mu masa lalu yang indah
Kau Jadikanlah keharuman situasi, memori dan cerita
Gantungkannya di muzium kenangan
Keadaan yang membuat engkau beberapa ketika
Berasa teringat dan merindui kesunyian
Engkau melihat masa lalu yang indah
padanya kehangatan dan di dalamnya kita terlupa
Janganlah pula lupa merancang masa hadapan penuh pancaroba
Dari mengenali manusia yang hartanya dahulu,
wangnya dahulu atau seterusnya
Bangunkan diri dan masyarakat mencintai ilmu
Serta hidup mulia bersyariat

Yang Ikhlas
Hj Muhammad Imran Hj Ibrahim
Ipoh

Khamis, 15 Julai 2021

Sarapan bersama Emak di Medan Dato Sagor Ipoh-Ya Allah Rahmati Ibuku

Sebelum PKP 3.0 bersarapan bersama bonda kami di Medan Dato Sagor berhadapan Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak. Medan selera ini meriah dengan pelbagai makanan dan minuman dari semua bangsa. Peniaga Melayu, Cina dan India disini bersama menyediakan beraneka juadah untuk dinikmati. 

Medan Dato Sagor mula sebuk dari pagi dan tengahari dengan kakitangan kerajaan dan orang ramai yang menjamu selera. Ia ditutup pada sebelah malam.

Terletak berhampiran stesen keretapi Ipoh dan juga tidak jauh dari stesen bas lama Ipoh. 

Di sini juga ada jam besar yang dibina oleh anak Residen pertama Inggeris JWW Birch bagi mengingati bapanya. 

Sabtu, 1 Mei 2021

Doa Khatam Al-Quran (Terjemahan Bahasa Melayu) Sempena Nuzul Al-Quran


*DOA KHATAM ALQURAN-TERJEMAHAN*
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)

SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM, PUJIAN ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR DAN KESUDAHAN YANG BAIK ADALAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA,  DAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W DAN JUGA KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABAT-SAHABATNYA.

YA ALLAH TUHAN KAMI, TERIMALAH DOA DAN AMALAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI YANG MAHA MENGETAHUI. DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT, LAGI MENGASIHANI. TUNJUKKAN DAN BIMBINGLAH KAMI KEPADA KEBENARAN DAN KEPADA JALAN YANG LURUS DENGAN BERKAT ALQURAN. 

YA ALLAH, KASIHANILAH KAMI DENGAN BERKAT ALQURAN, DAN JADIKANNYA SEBAGAI PIMPINAN, CAHAYA, PERTUNJUK DAN RAHMAT UNTUK KAMI. YA ALLAH, INGATKANLAH KAMI APA YANG  TELAH KAMI LUPA DARI ALQURAN, DAN AJARLAH KAMI APA YANG KAMI TIDAK TAHU TENTANG ISI ALQURAN,  DAN KURNIAKANLAH KAMI KEUPAYAAN UNTUK MEMBACANYA PADA WAKTU2  MALAM DAN SIANG, DAN JADIKANLAH ALQURAN ITU SEBAGAI HUJJAH UNTUK KAMI. WAHAI TUHAN PEMELIHARA SEKALIAN ALAM.

YA ALLAH, HIASKANLAH DIRI KAMI DENGAN KEINDAHAN ALQURAN, MULIAKAN KAMI DENGAN KEMULIAN ALQURAN, DAN SERIKAN KAMI DENGAN KETINGGIAN MARTABAT ALQURAN, DAN PAKAIKAN KAMI DENGAN PAKAIAN PERMATA ALQURAN , MASUKKAN KAMI KE DALAM SYURGA DENGAN SYAFAAT ALQURAN, SELAMATKAN KAMI DARIPADA SEGALA BENCANA DUNIA DAN AZAB HARI AKHIRAT DENGAN BERKAT KEHORMATAN ALQURAN.

YA ALLAH, JADIKANLAH ALQURAN SEMASA HIDUP KAMI DI DUNIA SEBAGAI RAKAN DAN DI DALAM KUBUR SEBAGAI KAWAN YANG MESRA, PADA HARI QIAMAT SEBAGAI PEMBANTU, SEBAGAI CAHAYA PENYULUH, SEMASA MENUJU KE SYURGA SEBAGAI TEMAN, DAN SEBAGAI PENGHADANG DAN PENDINDING DARI API NERAKA, DAN JADIKANLAH ALQURAN UNTUK KAMI SEBAGAI PANDUAN DAN IKUTAN KEPADA SEGALA KEBAIKAN, DENGAN LIMPAH KURNIA, KEMURAHAN DAN KEMULIAAN MU JUA YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH.

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI DENGAN PERTUNJUK ALQURAN, SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA API NERAKA DENGAN SEBAB KEMULIAAN ALQURAN, TINGGIKANLAH DARJAT MARTABAT KAMI DENGAN SEBAB KELEBIHAN ALQURAN, DAN HAPUSKANLAH DOSA KEJAHATAN KAMI DENGAN SEBAB MEMBACA ALQURAN, YA ALLAH, TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA MACAM KELEBIHAN DAN IHSAN, WAHAI TUHAN KAMI BERILAH KAMI KEBAIKAN  DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA.

ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SALAM SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W  SERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT  BAGINDA SEKALIAN. MAHA SUCI TUHANMU, TUHAN YANG MEMPUNYAI KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN DARI APA YANG MEREKA KATAKAN DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEKALIAN RASUL DAN SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SELURUH ALAM.

Rabu, 14 April 2021

Ramadhan menjelma lagi - Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem dari kami sekeluarga. Ampun maaf dari kami atas segala kekhilafan baik yang disedari atau pun tidak. Semoga Allah menerima ibadah kita semua, dikurniakan keampunan daripada dosa-dosa terdahulu serta dikurniakan syurga-NYA. Amin.