Jumaat, 15 Februari 2013

Jakim perjelas sambutan hari Valentine




 
Jakim perjelas sambutan hari Valentine
5:42PM Feb 12 2011       
 
"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.      

"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

- Bernama




Khamis, 14 Februari 2013

TEMUDUGA GURU TAKMIR NEGERI PULAU PINANG 2013 DI MASJID NEGERI PULAU PINANG

TEMUDUGA GURU TAKMIR NEGERI PULAU PINANG 2013
BERTEMPAT DI MASJID NEGERI PULAU PINANG
DIKETUAI OLEH S.S DATO SERI HJ HASSAN B HJ AHMAD
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
MERANGKAP PAKAR RUJUK TABUNG HAJI MALAYSIA DI ARAB SAUDI

MASA: 8.00 PAGI
TARIKH: 14 FEBRUARI 2013
TEMPAT: MASJID NEGERI PULAU PINANG

 Dalam konteks yang lebih luas, program takmir ini termasuk dalam bidang dakwah. Maka sudah tentulah asas-asas menjadi seorang dai’e juga mestilah ada bersama guru-guru takmir. Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan dalam bukunya Dasar-Dasar Ilmu Dakwah seseorang pendakwah itu mestilah mempersiapkan dirinya  dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Selain itu ianya hendaklah mempunyai iman yang kuat bagi menghadapi segala cabaran dan mehnah yang sentiasa menganggu dan menghalang tugas sebagai seorang dai’e.

 Urusetia dan panel bergambar kenangan bersama S.S Dato Seri Mufti

 Bacaan kitab turath amat dititik beratkan untuk disampaikan kepada masyarakat. Kitab Matla'ul Badrain di pilih oleh S.S Dato Seri untuk melihat cara calon mengajar.

 Ujian bacaan dan pemahaman hadith di uji oleh Us Salahuddin b Sulaiman Pegawai Tadbir Agama Daerah Butterworth SPU. Ujian yang akan menguatkan hujah guru takmir apabila berdepan dengan masyarakat yang sudah mahu ke masjid menuntut ilmu.

Aqidatu Naajin adalah kitab yang diuji pemahamannya oleh Tn Hj Rosli b Othman , dari jawatankuasa fatwa Negeri Pulau Pinang
KPP pengurusan masjid dan surau Us Ayob b Yaacob

 Ustaz Ahmad b Hashim dari Kolej Islam Antarabangsa atau KITAB menguji bacaan al Quran dan tajwid. Ada yang gagal.

 Tn Hj Yusuf b Ahmad Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang

 32 orang calon yang hadir hari ini mahu menyahut cabaran sebagai guru takmir negeri Pulau Pinang. Tahniah!

 Guru-guru agama dari Kementerian Pendidikan Malaysia/ Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang hari ini terpanggil untuk berbakti kepada masyarakat.

Berdebar-debar sebelum di temuduga. 

PEMBAHAGIAN TOPIK PANEL TEMUDUGA

TOPIK SOALAN
PANEL 1
PANEL 2
BACAAN AL-QURAN & TAJWID / TAFSIR
Tuan Haji Ahmad bin Hashim
(Pensyarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa-KITAB)
Tuan Haji Yusuff bin Ahmad
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang
PENGETAHUAN AM TAKMIR / ISU SEMASA
Tuan Haji Ahmad bin Hashim 
(Pensyarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa-KITAB)
Tuan Haji Yusuff bin Ahmad
Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang
AKIDAH & SAHSIAH / KEMAHIRAN MENGAJAR
Dato’ Sri Haji Hassan bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tuan Haji Rosli bin Othman
Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang
BACAAN KITAB TURATH & FATWA/     HUKUM-HUKUM SEMASA
Dato’ Sri Haji Hassan bin Haji Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tuan Haji Rosli bin Othman

Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang
HADITH & BACAAN KITAB MENGAJAR
Tuan Haji Ayob bin Yaacob
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP
Tuan Salahuddin b Sulaiman
Pegawai Tadbir Agama Butterworth JHEAIPP

Rabu, 13 Februari 2013

Abai sunnah Islam dihina

Abai sunnah Islam dihina


Pembudayaan al-Quran wajar bermula sejak kecil dalam usaha menerapkan akhlak Rasulullah SAW terhadap golongan muda.
TANGGAL 12 Rabiulawal setiap tahun, seluruh umat Islam pasti meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Matlamatnya bukan sahaja mengajak masyarakat mengingati pergorbanan baginda, tetapi juga mencontohi kejayaan Rasulullah dalam mewujudkan satu ketamadunan manusia yang membawa misi keamanan kepada seluruh alam.

Jika dilihat pada zaman sebelum Rasulullah dilahirkan, masyarakat Arab ketika itu mengamalkan perbuatan yang bertentangan norma kehidupan manusia seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan berperang sesama sendiri.

Tetapi apabila Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul, baginda telah mentransformasikan amalan jahiliah berkenaan dengan mengikut acuan al-Quran.
i pada waktu Islam menguasai tamadun, kaum hawa dimuliakan, bahkan maruah mereka dipelihara.
Ini dijelaskan seperti mana ucapan Rasulullah dalam khutbah terakhirnya yang dikenali Wida' apabila baginda menyebut: "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya hak ke atas kamu sempurna, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layan wanita dengan baik dan berlemah-lembut kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu setia. Selain itu, hak kamu ke atas wanita ialah mereka sama sekali tidak membenarkan orang yang kamu tidak suka memasuki ke dalam rumah serta dilarang melakukan zina."

Bukan sahaja maruah wanita diangkat dan dimartabatkan oleh Rasulullah, tetapi banyak lagi perubahan yang dilakukan baginda termasuk memberi kebebasan kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka.

Rasulullah SAW juga tidak sekadar membaca al-Quran, tetapi kitab suci itu dihafal, difahami dan diterangkan kepada para sahabat serta isi kandungannya dijadikan amalan.

Bukan sekadar amalan berkaitan fardu ain dan fardu kifayah tetapi juga yang membawa kepada kebangkitan umat Islam dalam semua aspek.

Tindakan tersebut menyebabkan Islam disanjung tinggi oleh masyarakat bukan Islam sehinggalah mereka terpesona dan akhirnya menganut agama Islam.

Bagaimanapun timbul persoalan mengapa pada hari ini syariat Islam dihina, dipermainkan malah diperlekehkan oleh bukan Islam. Sedangkan Islam merupakan agama syumul dan sesuai mengikut peredaran zaman.

Malangnya, kecaman itu turut didalangi oleh umat Islam sendiri sehingga terdapat dalam kalangan mereka mengarang karya menghina Rasulullah.

Berbanding zaman Rasulullah, masyarakat pada ketika itu yakin terhadap agama Islam kerana mereka melihat mukjizat dan kemuliaan daripada akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah. Namun setelah kewafatan Rasulullah hampir 1,400 lalu, terdapat generasi hari ini mula goyah dengan Islam kerana gagal menghayati hikmah dan rahsia di sebalik syariat yang diturunkan oleh Allah SWT itu.
Maka timbul slogan anti-Rasulullah yang mendakwa bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Mengapa wujud stigma seumpama itu?

Pensyarah Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo, berkata, itu disebabkan golongan tersebut tidak yakin kerana tidak melihat bukti mukjizat dan hikmah sunah Rasulullah.

Beliau yang memperkenalkan kajian dikenali sebagai Penghayatan Sunah Nabi (Pesona) berkata, jika mengetahui rahsia kandungan isi al-Quran yang diterjemahkan melalui perilaku nabi dengan mendalam, nescaya golongan anti-Rasulullah itu akan mengakui kebenaran ajaran baginda.
Mohd. Arip mengambil contoh kes pendakwaan di mahkamah, seseorang hakim tidak mensabitkan atau melepaskan tertuduh daripada sesuatu dakwaan jika tidak mempunyai bukti.

Demikian juga dalam situasi yang dihadapi oleh manusia kini yang tidak mempercayai sunnah Nabi Muhammad kerana tidak melihat bukti kebenaran berkenaan.

Mengkaji sunnah

Ujar beliau, masalah itu dapat diselesaikan jika umat Islam kini melangkah ke hadapan mengkaji sunah dan mengetengahkan hikmah di sebalik syariat tersebut serta menghebahkan kepada masyarakat.

Sebab itu beliau memperkenalkan Pesona dalam usaha menerapkan penghayatan sunnah kepada masyarakat.

Menurut Mohd. Arip, masyarakat barat pada masa kini merupakan golongan yang banyak mengkaji sunnah Rasulullah. Malah mereka mengamalkan amalan baginda dalam kehidupan seharian.
Malangnya, umat Islam pula mengabaikan amalan mulia itu sebaliknya bangga mengamalkan gaya hidup sulaman barat.

Mohd. Arip mengakui, daripada kajian yang dilakukan 100 peratus menunjukkan Islam bukan sekadar sebuah agama ritual semata-mata, tetapi merupakan cara hidup.

"Jika sebelum kedatangan Islam rakyat Sepanyol tidak mandi, apabila Islam menguasai negara itu, diwujudkan bilik mandi awam yang bertujuan mendidik rakyat menjaga kebersihan. Demikian indahnya Islam.

"Allah menurunkan al-Quran melalui perantaraan Nabi Muhammad sebagai mukjizat untuk menyakinkan keimanan manusia, tetapi masyarakat hari ini tidak yakin kerana mereka tidak melihat bukti kebenaran kitab suci itu. Kadang-kadang kita yang dilahirkan sebagai Islam turut musykil.
"Oleh demikian, para pendakwah digesa menggunakan pendekatan ilmu berbanding falsafah seperti mana digunakan oleh generasi terdahulu, apatah lagi masa kini semua menggunakan hujah ilmu untuk berhujah," jelas Mohd. Arip.

Kebenaran al-Quran

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belum lagi ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum cukup bagi mereka bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Intipati ayat 53 surah al-Fusilat di atas jelas menunjukkan bahawa isi kandungan kitab suci al-Quran adalah benar jika diyakinkan kepada manusia tentang tanda-tanda kekuasaan Allah.
Sehubungan itu, Mohd. Arip yang turut memperkenalkan kajian Pengukuhan Akidah Menerusi Mukjizat Sains Dalam al-Quran (Pasak) memberitahu sudah tiba masanya para sarjana Islam mengorak langkah menyakinkan masyarakat dengan mengupas sunnah, seterusnya dihebahkan kepada umum.

Jumaat, 8 Februari 2013

Bunuh cicak bermotif balas dendam?

 

Bunuh cicak bermotif balas dendam?

RAMAI yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Jawapan

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.

Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.
Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Sunat

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."

Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.

Meniup api Ibrahim

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.
Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.

Khamis, 7 Februari 2013

Penciptaan tujuh petala langit

Penciptaan tujuh petala langit


rahsia alam ini hanya Allah SWT yang mengetahui. - Gambar hiasan
SELEPAS dibincangkan sebahagian berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT di mana boleh melakukan apa sahaja. Maka Allah SWT mengukuhkan lagi penghujahan dan alasan bagaimana kuasa-Nya Allah SWT tanpa boleh ditolak banding dan dipertikaikan lagi.

Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)

Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."

Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."

Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.

Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."

Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."

Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."

Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.

Rabu, 6 Februari 2013

Penghafaz Al-Quran Harus Jadi Teladan Ummah

Penghafaz Al-Quran Harus Jadi Teladan Ummah

02 Februari 2013 – Kecacatan yang dialami oleh golongan kurang upaya masalah penglihatan (OKUMP) bukanlah halangan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan normal yang lain.

Demikian diluahkan oleh Saudara Ahmad Qusairi binti Mat Zizi, pelajar program Diploma Tahfiz Al-Quran yang berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzu’ pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran baru-baru ini.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Darul Quran khususnya kerana telah memberikan peluang untuk kami belajar di Darul Quran dan berjaya menghafaz al-Quran dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan” kata beliau.

Seramai 194 orang pelajar diraikan dalam majlis tersebut termasuk tujuh orang pelajar dari kalangan Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP).

Berucap merasmikan majlis tersebut, Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim berkata para pelajar yang telah berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran perlulah memelihara hafazan dan kesucian al-Quran disampingkan mengamalkan intipati dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Justeru kata beliau lagi, penghafaz al-Quran merupakan orang yang istimewa di hadapan Allah SWT dan RasulNya, kerana itu mereka harus menyandang amanah keistimewaan ini dengan selalu menunjukkan akhlak mulia sebagai ikutan dan teladan kepada masyarakat awam.

Menurut beliau lagi, JAKIM sentiasa menyokong dan komited terhadap segala program yang diatur oleh pihak Darul Quran ke arah memantapkan lagi program tahfiz al-Quran di negara ini.
Sebelum itu, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran di dalam ucapan aluan beliau, mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan para pelajar khususnya yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzu’ al-Quran.

Beliau juga berpesan supaya para pelajar dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada peperiksaan akhir diploma yang bakal dihadapi pada akhir bulan Februari.

Dato’ Haji Othman Mustapha turut menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada dua orang pelajar iaitu, Saudara Dzafarul Idham bin Mohd Fuzi dan Saudari Siti Hajar binti Zulkifli.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan qasidah daripada kumpulan Asbabul Mustofa yang terdiri daripada para pelajar Darul Quran.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Us Abdul Kodir bin Sallah, Timbalah Pengarah (Akademik), Us Che Mat bin Che Deraman, Pendaftar Darul Quran, kakitangan Darul Quran dan ibu bapa pelajar.

web-DSC_0379
Perarakan pelajar menuju ke Dewan Muktamar tempat berlangsungnya majlis ini.
web-aDSC_0465
Sebahagian pelajar yang memperdengarkan bacaan pada Majlis Khatam Hafazan Al-Quran.
web-DSC_0420
Saudara Ahmad Qusairi (pelajar OKUMP) turut memperdengarkan bacaan beliau.
web-DSC_0502
Tuan Haji Paimuzi (Pengarah Darul Quran) ketika menyampaikan ucapan aluan beliau.
web-DSC_0520
Dato' Haji Othman (Ketua Pengarah JAKIM) berucap merasmikan majlis ini.
web-DSC_0576
Suasana ketika sesi penyampaian cenderahati kepada pensyarah tasmik.
• Klik thumbnails untuk melihat album penuh majlis ini (32 foto):
AnNamir Photography
Fotografi: Muktasyaf Ibrahim AnNamir

sumber......

Selasa, 5 Februari 2013

TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA AMANAT 2013 KSN KEPADA PENJAWAT AWAM 22 JANUARI 2013 (SELASA) 3.00 PETANG DEWAN PLENARI, PICC

                                                                  
                                                                            TEKS UCAPAN
                                                     YBHG. DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA
                                                             KETUA SETIAUSAHA NEGARA
                                              AMANAT 2013 KSN KEPADA PENJAWAT AWAM
                                                              22 JANUARI 2013 (SELASA)
                                                                          3.00 PETANG
                                                                    DEWAN PLENARI, PICC
1
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Yang dihormati Ketua-ketua Setiausaha Kementerian,
Ketua-ketua Jabatan,
Penjawat-penjawat Perkhidmatan Awam Malaysia,
YBhg.Tan Sri-Tan Sri, Dato‟-Dato‟, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

2
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, telah mengizinkan kita untuk hadir dalam perhimpunan ini. Saya juga merasa amat gembira kerana dapat bertemu dengan para pegawai dan kakitangan kumpulan pelaksana yang selama ini menjadi tonggak dan nadi perkhidmatan awam yang kita cintai. Tidak terlewat juga untuk saya mengucapkan „Selamat Tahun Baru‟ 2013 kepada semua penjawat awam, sama ada yang berkhidmat di dalam, mahupun di luar negara.

PEMANTAPAN SAHSIAH PENJAWAT AWAM

Para hadirin yang dihormati,

2. Perkhidmatan awam merupakan tonggak utama kepada pentadbiran negara. Sebagai tulang belakang kepada pentadbiran Negara, kita telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi yang kini berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak. InsyaAllah. Apabila YAB Perdana Menteri kita menggariskan tujuh hala tuju penjawat awam bagi 2013 baru-baru ini,ia memberikan signal yang sangat jelas bahawa perkhidmatan awam menjadi fokus paling dasar dalam memastikan Agenda Transformasi Negara menjadi realiti. 3. Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam memacu pembangunan negara, perkara paling asas adalah untuk memantapkan sahsiah penjawat awam sehingga sampai ke satu tahap yang lebih membanggakan. Justeru, di

3
sinilah penjawat awam perlu fokus dalam mengembleng usaha bagi merealisasikan Wawasan 2020, berpaksikan Dasar Transformasi Nasional. Setiap perkara yang membuahkan manfaat dan kebaikan yang berpanjangan tidak mungkin datang bergolek tanpa melalui jalan yang berliku, bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” 4. Oleh itu, sebagai penjawat awam kita harus bersifat waja di samping memperkukuhkan perpaduan dan jati diri agar dapat meningkatkan keupayaan diri untuk terus mendokong kejayaan dasar-dasar negara. Kejayaan Dasar Transformasi Nasional termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE), dan Rancangan Malaysia Ke-10 setakat hari ini telah terbukti melahirkan impak yang berkesan serta mendatangkan kepuasan kepada rakyat, dan secara langsung ia memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

5. Namun yang demikian, penjawat awam tidak boleh lari dari berhadapan dengan ancaman-ancaman dan cabaran-cabaran sama ada dari dalam ataupun luar yang berpotensi untuk mengancam kejayaan dasar-dasar dan juga kedaulatan negara. Cabaran sebegini hanya mampu ditangani oleh penjawat awam yang bermoral dan beretika, serta teguh berpegang kepada nilai agama, mempunyai jati diri yang tinggi, berfikiran luas, berani, yakin, bijaksana dan dinamik. Sifat-sifat sebegini perlu ada pada kita semua kerana kita bukan sahaja perlu bijak dalam menganalisis sesuatu masalah sedia ada, tetapi pada masa sama dapat mengenal pasti dan menjangka pelbagai masalah yang bakal timbul lalu membina pendekatan ke arah penyelesaian masalah tersebut.

4

6. Penjawat awam juga hendaklah bijak untuk menjelas, menghurai, mengembang dan mempertahankan gagasan kepimpinan yang beradab, berakhlak, berbudaya ilmu, progresif dan dinamik agar seiring dengan maksud dan tujuan yang terkandung dalam Wawasan 2020. Bagi membolehkan gagasan ini diperkasa dan dimanifestasikan dalam amalan kepimpinan perkhidmatan awam, kita memerlukan perkembangan budaya ilmu di kalangan penjawat awam. Budaya ilmu ini mempunyai kekuatan untuk membolehkan seseorang itu bergerak dalam pengarahan yang jelas dan kental ke arah mencapai matlamat yang lebih sempurna.

7. Budaya ilmu juga dapat memberi kita kekuatan dalam menghasilkan keputusan yang bijaksana dan memahami prinsip keutamaan dalam menangani persoalan masyarakat, mempertingkatkan kepekaan terhadap isu-isu penting dan menyumbang kepada lahirnya pemikiran yang berperspektif luas. Sehubungan dengan itu, organisasi-organisasi awam perlulah memupuk budaya ilmu ini dengan berusaha ke arah membina tradisi kecemerlangan berterusan di kalangan warga organisasi serta menyemai dan merangsang perkembangan intelek di kalangan warganya dalam usaha mewujudkan organisasi yang berilmu. Saya juga akan memastikan bahawa kandungan pengisian kursus-kursus jangka pendek dan panjang yang ditawarkan oleh institusi-institusi latihan awam menepati dan bertepatan dengan arus terkini Dasar Transformasi Nasional.
BERFIKIRAN MELANGKAUI KEBIASAAN

8. Mendepani kehendak pelanggan dan rakyat yang semakin meningkat dan mencabar pada masa kini, perkhidmatan awam memerlukan penjawat awam yang boleh “berfikir” dan apabila menyebut “boleh berfikir”, ia bukanlah berfikiran biasa tetapi lebih kepada fikiran yang melangkaui kebiasaan.

5
Kadang kala kita perlu berfikir di luar kotak pemikiran biasa (think out of the box) bagi mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan atau kelemahan yang ada. Matlamatnya adalah supaya pelanggan merasa seronok berurusan dengan Kerajaan, berpuas hati dengan perkhidmatan yangdiberikan serta menyanjung tinggi sikap responsif dan keprihatinan yang kita amalkan. Sesungguhnya kepuasan pelanggan merupakan sesuatu yang perlu diutamakan selaras dengan Gagasan 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM MELALUI AMALAN TURUN PADANG
Para hadirin yang dihormati sekalian,

9. Bagi mereka yang mengepalai sesebuah organisasi, anda haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan berkisar kepada soal membuat keputusan yang adil dan tepat, yang boleh mendatangkan hasil yang sempurna. Pepatah ada menyebut, “Awal dibuat, akhir diingat,” yang bermaksud, kerja yang hendak dibuat perlulah difikirkan masak-masak supaya pelaksanaan sesuatu tugas berjalan sempurna. Dalam hubungan ini, saya percaya bahawa pendekatan „Turun Padang‟ merupakan satu kaedah terbaik dalam usaha merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat dan juga antara ketua dan anak-anak buah yang menjadi tulang belakang dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal.

10. Sehubungan itu, saya menggesa semua Ketua-ketua Jabatan supaya menghayati konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” yang saya dukung semenjak menerajui pimpinan perkhidmatan awam ini. Melalui program „Turun Padang‟ Ketua-ketua Jabatan dapat menilai serta merasai sendiri pengalaman dan permasalahan yang dilalui oleh anak buah agar pelaksanaan sesuatu

6
dasar mencapai sasaran yang ditetapkan dan impak yang terhasil memenuhi harapan rakyat. Perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam di negara ini perlulah yang terbaik kerana penjawat awam itu sendiri merupakan sebahagian daripada pelanggan kepada perkhidmatan yang diberikan.

11. Alhamdulillah, sejak saya berada di jawatan ini, saya telah turun padang ke hampir seluruh pelusuk negara dan bertemu dengan warga perkhidmatan awam di peringkat negeri. Pada tahun ini, saya berhasrat untuk mempergiatkan proses musyawarah (engagement) dengan mengadakan lawatan turun padang ke Kementerian dan Agensi yang masih belum saya lawati. Selain dari itu, saya juga berhasrat membudayakan amalan turun padang ke lokasi penduduk, pusat-pusat operasi, kaunter-kaunter perkhidmatan dan lawatan tapak bagi mendapatkan maklumat serta melihat keadaan sebenar di peringkat akar umbi di samping memantau pelaksanaan projek-projek serta program-program kerajaan.

12. Sebagaimana sedari mula dulu telah saya nyatakan bahawa saya mengamalkan dasar kepimpinan terbuka, jujur, ikhlas serta berterus terang dalam semua urusan di pelbagai peringkat penjawat awam, begitu juga saya harapkan kepada semua Ketua Jabatan, agar seiringan menggarap ciri-ciri sedemikian dan berusaha mengambil berat kebajikan penjawat awam di bawah tanggung jawab tuan-tuan dan puan-puan dengan mendasari aspek hubungan kemanusiaan dan keprihatinan.
MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

13. Dalam ledakan teknologi terkini, media sosial terbukti berkesan merapatkan jurang antara Kerajaan dengan rakyat. Melalui media sosial seperti facebook, twitter dan instagram, pelbagai pandangan dari rakyat dapat
7
terus disalurkan kepada kerajaan, tanpa melalui kerenah birokrasi yang sering menghampakan kepada si pengadu. Bagaimanapun media sosial seperti ini tidak harus digunakan untuk tujuan-tujuan negatif seperti menghamburkan kata-kata kesat kepada kerajaan tetapi harus digunakan sebaik mungkin untuk menyalurkan aduan demi kepentingan rakyat termasuk juga penjawat awam. Apa yang penting di dalam sesuatu aduan itu biarlah dijelaskan butiran pengadu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Saya ingin menggalakkan agar Ketua-ketua Jabatan mewujudkan akaun media sosial masing-masing bagi berhubung terus dengan penjawat awam, stakeholders, dan juga rakyat.
PROAKTIF DALAM MELAKSANAKAN DASAR-DASAR YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH KERAJAAN

14. Saya turut berharap agar semua penjawat awam lebih peka dan responsif atau dalam erti kata lain, pro-aktif dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Kerajaan.Ini kerana, sebaik mana pun dasar-dasar yang digubal Kerajaan dansebanyak mana pun manfaat yang dibawa oleh dasar-dasar berkenaan tidak akan bermakna, jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap. Justeru, peranan para penjawat awam sebagai pelaksana dasar amatlah penting.

15. YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2013, telah mengumumkan 111 touch-points melalui penjanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama di semua peringkat tidak mengira sama ada ketua jabatan, pegawai pengurusan mahupun kumpulan pelaksana amatlah diharapkan dalam memastikan kelangsungan serta kelancaran pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut, agar matlamatnya tercapai dengan jayanya. Sewajarnya, sebagai penjawat awam yang prihatin dengan wawasan Kerajaan ini,

8
hendaklah bertindak lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan menyusahkan (to facilitate not frustrate or irritate).
MEMANGKIN DASAR TRANSFORMASI NASIONAL KE ARAH PERKHIDMATAN AWAM YANG LEBIH JITU
Para hadirin yang dihormati sekalian,

16. Pada tahun 2009, Kerajaan telah melancarkan fasa pertama GTP melibatkan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah tamat berakhirnya tahun 2012. Kini Kerajaan melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan fasa kedua (GTP 2.0) yang bakal melonjakkan lagi pembangunan negara ke peringkat lebih tinggi. GTP 2.0 ini juga menyaksikan penglibatan Kerajaan dengan masyarakat yang lebih meluas sekaligus menyaksikan sinergi dan pembabitan yang lebih bermakna di antara sektor awam dengan Badan-badan Bukan Kerajaan dan sektor korporat.

17. Ketujuh-tujuh NKRA di bawah fasa pertama GTP menyaksikan negara mencipta kejayaan yang memberangsangkan dalam membasmi kemiskinan,mempertingkatkantaraf kehidupan rakyat, mengurangkan jenayah dan rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, dan infrastruktur luar bandar selain mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bandar. Walau bagaimanapun, sejurus melangkah masuk ke dalam fasa kedua transformasi kerajaan ini, kita perlu memastikan bahawa
momentum yangdicetuskan oleh fasa pertama GTP bukan sahaja dikekalkan, malah dipertingkatkan.

18. Pembaharuan dan transformasi yang dibuat di bawah ETP juga telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan. Tahun lepas, Malaysia berada di kedudukan ke-12 dalam Laporan Bank Dunia Mengenai „Ease of

9
Doing Business’. Baru-baru ini, majalah The Economist juga telah memberikan pengiktirafan tertinggi kemajuan Malaysia dalam kewangan Islam dan khususnya, penguasaan Malaysia di dalam sukuk.

19. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerja keras, idea-idea kreatif, dedikasi dan komitmen Kerajaan, perkhidmatan awam, dan sektor korporat. Walau bagaimanapun, kita seharusnya meneruskan momentum dan proaktif dalam menangani sebarang cabaran masa depan dan isu-isu yang boleh mengancam kesejahteraan rakyat dan negara kita secara keseluruhan.

20. Saya amat berharap agar kedudukan Negara dalam pelbagai indeks antarabangsa akan terus bertambah baik pada tahun ini. Walaupun Kerajaan sentiasa membuat penambahbaikan, namun terdapat banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan.
HALA TUJU PERKHIDMATAN AWAM 2013

21. Dikesempatan pada tahun baru 2013 ini, saya menyeru kepada saudara saudari untuk menghayati dan melaksanakan tujuh hala tuju penjawat awam bagi tahun 2013 yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Kita harus bersyukur mempunyai pemimpin-pemimpin Negara yang mempunyai misi dan berwawasan dalam merangka hala tuju perkhidmatan awam. Dengan 7 Hala Tuju Keutamaan Penjawat Awam bagi tahun 2013 yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menggalas dan merealisasikan sepenuhnya ketujuh-tujuh hala tuju tersebut.
22. Selain dari itu, YAB Perdana Menteri juga mempunyai harapan yang tinggi agar penjawat awam menunjukkan semangat dedikasi dan
10
meningkatkan produktiviti sepanjang tahun 2013, dan menjadikan tahun ini sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun yang lalu. Justeru, demi mewujudkan sebuah perkhidmatan awam bertaraf dunia yang berlandaskan ciri-ciri telus, dinamik dan progresif, saya sentiasa mengalu-alukan apa jua pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan demi kebaikan penjawat awam khususnya, dan rakyat, amnya.

23. Seperti yang kita sedia maklum, salah satu cara di mana Kerajaan mengubah sistem penyampaian awam adalah melalui kaedah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). NBOS memupuk "breaking-the-silos" bagi meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi, melancarkan program-program yang rendah dalam kos namun memberikan kesan atau impak yang tinggi, dan pelaksanaan yang cepat (rapid execution). Ini termasuk mengurangkan pertindihan fungsi antara agensi-agensi Kerajaan. Sebagai contoh, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Transformasi Bandar (UTC), pusat sehenti yang membolehkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan, di bawah satu bumbung, dan juga kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah NBOS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah.

24. Selain dari itu, usaha pemerkasaan penyampaian perkhidmatan awam terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan langsung dengan rakyat sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan. Kerajaan juga telah memperkenalkan satu lagi projek bitara (breakthrough project) dalam Perkhidmatan Awam iaitu pewujudan Pusat Panggilan 1Malaysia atau (1Malaysia One Call Centre–1MOCC). 1MOCC memudahkan komunikasi rakyat dengan agensi Kerajaan melalui penggunaan satu nombor perhubungan tunggal iaitu 03-8000 8000 bagi menyelesaikan pelbagai urusan.
11
1MOCC yang merupakan satu lagi initiatif dibawah NBOS dan selaras dengan konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” mengangkat kepentingan rakyat dan mereka tidak lagi dibebani dengan keperluan untuk mengingati pelbagai nombor telefon apabila ingin berurusan dengan agensi Kerajaan yang berlainan. Initiatif dan projek baru yang berinovasi dan kreatif seperti 1MOCC ini seharusnya perlu diteruskan pada tahun ini.
KEWIBAWAAN DALAM MEMEGANG AMANAH KERAJAAN DAN RAKYAT
Para hadirin yang saya hormati sekalian,

25. Kewibawaan penjawat awam dalam memegang amanah Kerajaan dan rakyat adalah amat penting sekali. Kita seharusnya perlu mempertingkatkan tahap keselamatan di organisasi kita bagi menjamin Kerahsiaan dan aset Kerajaan sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan terkawal. Keselamatan Perlindungan memerlukan rangkaian sistem dan jalinan kerjasama yang baik, dan juga penjawat awam yang sentiasa komited dan peka dalam memberikan keutamaan untuk mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi di setiap agensi kerajaan.Transformasi juga perlu dilakukan bagi memastikan semua aspek keselamatan dijaga dan dijadikan amalan harian, demi menjamin kerahsiaan dan aset kerajaan terpelihara.Pematuhan secara menyeluruh dan komprehensif tentunya akan dapat memberi impak positif terhadap keselamatan, imej pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam serta meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.

26. Kita semua perlu sedar bahawa sebarang undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur yang berkuat kuasa mestilah dipatuhi. Jika tidak, banyak pihak akan mengambil kesempatan yang boleh mengancam

12
keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat meliputi kegiatan memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain. Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Di sini, saya ingin menegaskan dan mengingatkan kepada semua Ketua Jabatan supaya lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran, dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan dan kelalaian terhadap aset kerajaan di agensi masing-masing.

27. Saya tegaskan sekali lagi bahawa pihak Kerajaan tidak sesekali akan berkompromi terhadap penjawat awam yang didapati membocorkan Rahsia-Rahsia Kerajaan. Kegagalan dalam pematuhan undang-undang tersebut akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 ataupun tindakan pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
MEMANTAPKAN IMEJ DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA
Para hadirin yang dihormati sekalian.

28. Selain sektor domestik, penjawat awam juga memainkan peranan penting dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di persada antarabangsa. Kedua-dua sektor ini adalah sama penting untuk memacu agenda transformasi negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan ini, Malaysia giat menjalin hubungan dan kerjasama erat dengan

13
semua negara khususnya rakan-rakan di rantau ASEAN, Asia, Eropah, dan juga Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

29. Kemajuan dan kewibawaan Malaysia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Ini terbukti dengan kejayaan Malaysia baru-baru ini dilantik menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti International Anti-Corruption Academy Board of Governors (IACA), UN Committee on the Rights of the Child (CRC), dan UN Commission on the Limits of the Continental Shelf (CLCS).

30. Dari segi pencapaian dan pengiktirafan Perkhidmatan Awam Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun lepas, kita telah mencapai tahap yang amat membanggakan. Sebagai contoh, Projek e-Kasih telah mengharumkan imej perkhidmatan awam di persada antarabangsa dengan memenangi tempat pertama Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Publis Service Awards) 2012 bagi kategori `Memajukan Pengurusan Maklumat Dalam Kerajaan”. Selain dari itu, Program Inap Desa (Homestay) telah memenangi Anugerah Ulysses untuk Inovasi dalam Sektor Awam daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UN World Tourism Organisation).

31. Di samping itu, Malaysia juga turut menyumbang ke arah keselamatan dan keamanan sejagat melalui penyertaan Malaysia di dalam beberapa Misi Pengamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan juga apabila kita berjaya menyelaraskan kerangka perjanjian damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Kejayaan-kejayaan ini adalah hasil dedikasi, komitmen dan kerjasama padu semua penjawat awam merentasi sektor perkhidmatan dalam memastikan aspirasi negara tercapai.

14

32. Justeru, semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara perlu terus bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang proaktif demi mempertahankan dan mempromosikan kepentingan Malaysia.

33. Selain dari itu, kita juga perlu sentiasa mengintai atau mencari peluang-peluang baru dalammempromosikan imej Negara, selain juga menerokai pasaran atau pelaburan baru yang boleh diterokai oleh Negara.
PENUTUP
Para hadirin yang dihormati sekalian,

34. Inilah antara saranan dan isu utama yang perlu sama-sama kita gembleng selain menggunakan segala kudrat yang ada bagi memacu dan merealisasikan Dasar Transformasi Nasional. Pada hakikatnya, semua pihak akan merasai kerukunan dan memperolehi kemakmuran hasil daripada kecekapan perkhidmatan awam yang sentiasa menghayati budaya luhur, kekuatan moral, berintegriti serta berpengetahuan tinggi. Unsur-unsur negatif seperti malas bekerja, suka berlengah, kerja sambil lewa, tidak berhemat, tidak bersemangat, jumud dan bekerja secara silo perlu ditangani setiap masa. Apabila ini dapat diatasi, ia akan dapat mengangkat martabat seluruh penjawat awam secara keseluruhan.

35. Saya juga ingin mengingatkan supaya penjawat awam terus bekerja keras demi mencapai matlamat yang disasarkan kerajaandan harus ingat bahawa Negara akan menyambut fajar tahun 2020 dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang. Selari dengan kemajuan Negara, tuntutan dan

15
kehendak rakyat sudah banyak berubah kini dan ini satu cabaran besar yang perlu didepani dan diatasi dengan sebaik mungkin menggunakan sistem dan cara yang terbaik dan berkesan. Dasar Transformasi Nasional yang digembleng oleh Kerajaan bakal mengorak langkah yang penting dalam mencipta kemajuan dan pembangunan negara yang seterusnya. Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang ini, marilah kita bersama-sama merealisasikan kejayaan Dasar Transformasi Nasional ini dan seterusnya mencipta masa hadapan Perkhidmatan Awam yang lebih gemilang.

36. Akhir sekali saya ingin berpesan kepada semua penjawat awam supaya marilah kita bersama-sama merapatkan saf, menanam azam sempena tahun baru ini untuk menjayakan dan melaksanakan agenda Negara yang tercinta serta menempa kejayaan yang lebih besar. Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan Perkhidmatan Awam dan membangunkan Negara diberkati dan mencapai matlamatnya.

Sekian
Wabillahhittaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

sumber.....................

Isnin, 4 Februari 2013

Liku hidup penceramah

Liku hidup penceramah

KECELARUAN dalam sesuatu perkara akan timbul apabila kita meninggalkan al-Quran dan hadis nabi. Ketenangan dan kebenaran akan muncul apabila al-Quran dan Hadis Nabi menjadi pegangan."
Demikian antara intipati tulisan tokoh agama terkenal, Mohammad Kazim Elias dalam sebuah karya terbarunya berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita' yang menceritakan kisah peribadinya melalui liku-likunya kehidupan sebagai penceramah dan pendakwah agama selama 22 tahun.

Buku setebal 352 halaman itu telah berada di pasaran sejak Mei lalu turut mengisahkan pengalaman tokoh agama itu yang juga dikenali sebagai Ustaz Kazim berhubung pelbagai dugaan ditempuhi antaranya seperti cabaran sebagai penceramah agama, masalah keluarga, sakit dan lain-lain lagi.

Yang menariknya dalam buku berkenaan, Ustaz Kazim turut menceritakan kisahnya yang berpeluang bertemu dan mengajar seorang banduan di penjara selama 10 tahun sehingga individu tersebut berjaya menghabiskan bacaan beratus-ratus kitab agama di sebalik tirai besi tersebut.

Selain itu, terdapat banyak tip yang berguna dikongsi penulis dalam karya tersebut dan salah satunya ialah petua untuk menghafaz al-Quran.

Menurut penulis, beliau yang juga merupakan seorang hafiz mengamalkan membaca sebanyak 40 kali satu halaman al-Quran.

Walaupun telah menghafalnya sejak zaman remaja, tokoh agama itu tetap mengamalkan teknik membaca 40 kali untuk mengukuhkan ingatan di samping memberi fokus kepada bacaan tajwid. Beliau akan memastikan hafalan berkenaan dipraktikkan ketika dalam bacaan solat sama ada solat sunat atau ketika menjadi imam solat fardu secara berjemaah.

Pengisian motivasi diselami didikan kerohanian itu wajar dibaca oleh seluruh segenap masyarakat dalam mencari erti sebenar hidup memandangkan terdapat lapan bab yang antaranya seperti lupa ketika senang, manisnya ujian Allah, salah berkahwin muda dan pelbagai lagi.

Penerbitan buku ini juga dilihat secara tidak langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan dan panduan.

Orang ramai boleh mendapat buku tulisan terbitan Karangkraf Sdn. Bhd. berharga RM19.90 itu dipasaran bagi mengetahui lebih lanjut pengalaman pengasas Sekolah Tahfiz dan pondok moden yang dinamakan Pusat Pendidikan al-Barakah dalam dunia dakwah.

Jumaat, 1 Februari 2013

Malaysia Negara Pertama Menganugerah Pensijilan Halal Berdasarkan Standard Farmaseutikal Halal Terulung Di Dunia

Malaysia Negara Pertama Menganugerah Pensijilan Halal Berdasarkan Standard Farmaseutikal Halal Terulung Di Dunia

Putrajaya, 30 Januari 2013 – Bahagian Hab Halal JAKIM telah mencipta sejarah pada hari ini dalam Industri Halal Global dengan menjadi badan persijilan pertama di dunia yang mengguna dan mengesahkan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard farmaseutikal Halal pertama dunia, MS2424:2012.
 
Sijil Halal di bawah skim pensijilan MS2424 buat julung kalinya ini telah dianugerahkan kepada tiga buah anak syarikat Chemical Company Malaysia Berhad (CCM). Majlis penganugerahan telah diadakan di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Hj. Othman Bin Mustapha dan Y. Bhg.Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othman, Pengerusi CCM.
 
Sebelum terdapatnya Standard Halal Farmaseutikal ini, Standard Makanan Halal telah dirujuk sebagai panduan serta kaedah yang digunapakai oleh semua pengeluar. Walau bagaimanapun, kaedah tersebut adalah tidak ideal kerana Standard Makanan Halal tidak diolah untuk menangani kompleksiti dan pengkhususan yang wujud di dalam sektor farmaseutikal.
 
Dalam membangunkan standard MS2424 Jakim merasa bangga kerana turut terlibat sebagai ahli dalam working group dan jawatankuasa teknikal yang berpadu tenaga membangunkan satu standard yang bertaraf antarabangsa ini.   Pakar – pakar yang memberi sumbangan yang penuh bermakna ini diketuai oleh Prof Dr Zhari Ismail, dari Universiti Sains Malaysia, yang kini turut merupakan salah seorang ahli dilantik oleh Majlis Raja-Raja untuk Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI),Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia, Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Hab Halal Jakim.
 
Lanjutan dari standard ini, Jakim juga telah membangunkan satu sistem pensijilan berdasarkan MS2424. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama strategik berkonsepkan “Lautan Biru”  atau “Blue Ocean” bersama Working Group dan agensi-agensi lain seperti Bahagian BPFK, Bahagian Farmasi MINDEF dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
 
Ini telah mewujudkan satu era baru dalam pengeluaran produk farmaseutikal di pasaran di mana elemen Halal untuk produk farmaseutikal dapat dikenalpasti dan disahkan melalui logo “Halal Malaysia” yang kini boleh dipamerkan pada barangan ‘Over the Counter’ (OTC) seperti supplemen kesihatan dan ubat-ubatan / produk terapeutik yang tidak memerlukan sebarang  preskripsi daripada doktor atau farmasi. Pengguna sekarang mempunyai lebih kuasa untuk membuat pilihan bijak dengan adanya alternatif Halal di pasaran.
 
 
 
 
YB Menteri di JPM menyampaikan ucapannya.
 
YB Menteri menyampaikan sijil penganugerahan MS 2424: 2012.
 
Sidang media.