Jumaat, 23 Disember 2011

Jangan perkecil kemampuan institusi Islam - Sultan Selangor




SULTAN Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid Ibrahim, Dr. Hasan Mohamed Ali (depan, kanan) dan Mohammed Khusrin Munawi (depan, tiga dari kiri) bersama Ahli MAIS 2012-2014 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, semalam.



--------------------------------------------------------------------------------





SHAH ALAM 8 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu ada pihak yang memperkecilkan kemampuan institusi Islam di negeri ini terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mentadbir dan memajukan ekonomi masyarakat Islam.



Baginda juga tidak memperkenankan mana-mana pihak yang tidak sepatutnya campur tangan dan terlibat dalam urusan agama Islam bagi tujuan kepentingan politik atau peribadi mereka.



''Ini secara tidak langsung akan mengeliru dan meresahkan umat Islam serta menjadikan kepercayaan umat Islam di negeri Selangor terhadap institusi agama Islam di sini berkurangan.



''Beta selaku Ketua Agama Islam di negeri ini tidak rela melihat agama Islam dipermain-mainkan oleh orang lain yang cuba menjatuhkan imej dan nama baik agama Islam," titah baginda pada majlis pelantikan Ahli-ahli MAIS bagi penggal 2012-2014 di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.



Baginda bertitah, pelantikan ahli-ahli MAIS yang dibuat setiap tiga tahun sekali itu dilakukan secara telus, berhemah dan penuh teliti agar ia terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mempunyai peranan penting dalam membangun serta memajukan agama Islam di negeri ini.



''Oleh yang demikian, beta berharap ahli-ahli MAIS yang baru dilantik dapat mengekalkan aspek kualiti tersebut agar kemajuan dan pembangunan agama Islam di Selangor bergerak selari dengan kemajuan semasa. Sesungguhnya masyarakat akan memandang mulia dan menjadikan ahli-ahli MAIS sebagai contoh tauladan kepada masyarakat Islam di negeri ini," titah baginda.



Sultan Selangor bertitah, ahli-ahli MAIS adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai dan mereka yang mempunyai pengalaman serta kebijaksanaan dalam bidang masing-masing.



''Justeru, beta menyeru ahli-ahli MAIS agar sentiasa memberikan cadangan, pandangan dan idea-idea yang bernas untuk dimanfaatkan dan direalisasikan di Selangor. Setiap idea yang diutarakan hendaklah dianalisis dan diperhalusi agar tidak memberikan kesan negatif kepada masyarakat negeri Selangor yang berbilang kaum," titah baginda.



Terdahulu, baginda berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada lima muka baru ahli MAIS berkuat kuasa 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014 selain 15 ahli MAIS sedia ada.



Pengerusi MAIS, Datuk Mohammad Adzib Mohd. Isa mendahului barisan Ahli MAIS sedia ada menerima pelantikan tersebut diikuti Timbalannya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datin Zauyah T. Loth Khan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman; Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.



Turut dilantik ialah Ahli Dewan Diraja, Tengku Setia Wangsa Diraja Tengku Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Ahli Dewan Diraja, Datuk Abdul Halim Abdul Rauf; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin; Pensyarah Institut Pendidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba; Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali; peguam, Datuk Salehuddin Saidin; Pengerusi Sarmid Holdings (M) Sdn. Bhd., Datuk Sarip Hamid dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri.



Sementara itu, muka baru yang dilantik adalah Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir; Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor, Datuk Ramli Mahmud; Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Madya Datuk Mohd. Mohktar Shafii; Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Mujaini Tarimin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.



Selasa, 20 Disember 2011

FB dan blog ustaz, ustazah diminati ramai

FB dan blog ustaz, ustazah diminati ramai




Oleh SITI AINIZA KAMSARI



TERKINI dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook (FB) di seluruh Malaysia. Melihatkan angka yang cukup memberangsang ini maka pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk menangguk apa sahaja yang boleh membawa untung.



Sama ada keuntungan di dunia dan kepada golongan pendakwah tentunya untuk menangguk untung di akhirat.



Bukan untuk mereka, tetapi tentunya untuk golongan yang menjadi sasaran dakwah.



Sehinggakan ada pihak yang sanggup berbelanja besar mengupah perunding teknologi maklumat (IT) untuk membangunkan laman web dan pengendali kepada laman FB.



Sedangkan semua itu boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berbelanja besar, malah selaku hos atau tuan punya kepada mana-mana blog dan laman FB secara individu mereka mampu mempunyai ramai pengikut.



Lebih menarik, ia mampu mewujudkan satu komuniti kecil yang saling berinteraksi antara satu sama lain.



Maka timbullah satu istilah yang dinamakan cybertrooper yang peranan mereka sangat penting terutamanya dalam mengembangkan fahaman dan gerakan politik terutama politik berparti.



Pada makna yang mudah, seorang cybertrooper bertindak melalui dunia maya untuk mempertahankan mana-mana ahli politik dan parti politik yang mereka wakili sehingga ketitisan 'darah' terakhir. Ini menjadikan kerjaya seorang ahli politik semakin mencabar, jika beliau tidak disokong dan didokong oleh mana-mana cybertrooper.



Tetapi seorang pendakwah wanita popular negara, Datuk Siti Norbahyah Mahmud tentulah dilihat sebagai satu pencapaian yang tersendiri.



Ini apabila laman FB beliau menduduki tangga teratas daripada hampir 16 nama pendakwah yang mempunyai pengikut dan original page masing-masing di laman FB.



Siti Norbahyah mempunyai 727,669 pengikut diikuti Dr. Zahazan Mohamed (452,578), Ustaz Zamri Zainudin (426,443), Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh (348,473), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (291,462 pengikut).



Kedudukan paling bawah dengan 17,463 pengikut di laman Fb adalah milik bekas johan qariah tilawah antarabangsa, Sharifah Khasif Fadzillah Badiuzzaman.



Ini bererti golongan pendakwah dan agama di negara ini mempunyai pengaruh yang cukup besar melalui hubungan yang terjalin di alam maya. Keadaan ini cukup berbeza berbanding dulu dengan apabila para pendakwah mendekati sasaran mereka melalui rakaman kaset yang boleh dibeli dan diulang dengar berkali-kali.



Akan tetapi dipercayai muka baru dalam dunia dakwah hari ini dengan pendekatannya yang tersendiri, iaitu Ustaz Azhar Idrus menggunakan kelebihan bercakap dalam loghat pantai timur menarik begitu ramai perhatian peminat dan pendengar terutamanya dalam laman You tube.



Setiap hari ada sahaja, mereka yang menghantar atau posting rakaman You tube beliau ke laman Fb untuk tujuan penyebaran dan ia begitu mendapat sambutan orang ramai.



Pada masa yang sama ceramah atau tazkirah oleh Azhar bergema dan berkumandang melalui rakaman kaset di premis-premis perniagaan seperti kedai buku, kedai menjual baju dan sebagainya sebagai satu daya tarikan kepada para pembeli untuk berada lama dalam premis perniagaan mereka.



Beliau juga boleh ditemui melalui buku terbitan terbaru Syarikat PTS; Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Beliau menjawab lebih 100 soalan dalam buku tersebut.



Begitulah pelbagai cara dan pendekatan digunakan untuk para pendakwah hari ini untuk menyebarkan Islam.



Dikatakan dengan cara ini menyebabkan gerakan dakwah semakin berkurangan terutamanya di peringkat institut pengajian tinggi tempatan (IPT) apabila semudah berada di hadapan skrin komputer kita beroleh apa sahaja ilmu mengenai Islam yang sekali gus boleh menimbulkan keinsafan dan kesedaran.



Dakwah secara maya ini juga dikatakan menyebabkan semangat ukhuwah dan berjemaah itu turut terjejas. Ini cukup berbeza apabila dakwah disampaikan secara bersua muka dalam jumlah jemaah yang ramai.



RUJUKAN............

Dosa buat hati jadi keras, degil


MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.




Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusah�kan orang lain.



Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melang�gar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.



Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:



Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.


Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.



Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak meng�inginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.


Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.


Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.


Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hati�nya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.


Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.


Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.


Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.
 
RUJUKAN..........
 
 

Rabu, 14 Disember 2011

Azabnya seksaan neraka

Azabnya seksaan neraka




Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI



Setelah Allah SWT menyebut perihal orang yang berbahagia memperoleh kegembiraan setelah menerima lembaran amalan perbuatan mereka, kemudian Dia menjelaskan pula keadaan mereka yang baik dalam kehidupan dan tempat tinggal.



Kemudian Allah SWT menambahkan lagi dengan menyebut kedukaan dan kesedihan orang yang celaka dan kafir dengan diletakkannya belenggu dan ikatan pada leher serta tangan mereka dan diberinya kepada mereka ghislin sebagai makanan.



Kemudian Allah SWT pun menyebut faktor berlakunya semua itu kerana pada ketika dahulu tidak beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Mereka juga tidak mahu memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan dan orang yang ditimpa nasib malang.



Firman Allah SWT: Adapun orang yang diberi kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini). (al-Haqqah: 25)



Muqatil berkata: Ayat ini diturunkan kepada al-Aswad bin Abd al-Asad yang telah dibunuh oleh Hamzah dalam peperangan Badar. Beliau adalah saudara kepada Abi Salamah. Sedangkan pendapat yang lain pula ia diturunkan kepada Abu Jahal.



Ibn Kathir berkata: Ia merupakan perkhabaran yang tegas daripada Allah berkenaan golongan yang mendapat kecelakaan. Apabila diberi catatan amalannya pada hari kiamat dengan tangan kirinya, maka mereka amat menyesal.



Firman Allah SWT: Dan Aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku. Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu. Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku daripadaku. (al-Haaqah: 26-28)



Al-Sobuni berkata: Seolah-olah dia berkata bahawa dia tidak mengetahui betapa dahsyatnya perhitungan dan persoalan yang ditanya.



Ini untuk menggambarkan kehebatan dan gerun yang amat sangat sehingga mereka bercita-cita harapan supaya kematian yang telah berlaku di dunia dulu bersifat kekal dan tidak ada lagi kebangkitan untuk dikenakan azab.



Qatadah berkata: Dia bercita-cita mati sedangkan tiada suatu pun perkara yang dibenci lebih dari kematian. Ini kerana dia telah melihat keadaan yang menakutkan, pahit dan memedihkan melebihi daripada kematian yang pernah dirasainya.



Syed Qutub berkata: Dia berdiri lama. Dia menyesal dan merintih panjang dan mengeluarkan keluhan putus asa yang tidak habis. Itulah keindahan gaya penerangan al-Quran.



Ia memanjang atau memendekkan cerita sesuatu peristiwa mengikut saranan yang mahu diterapkan ke dalam jiwa manusia.



Di sini ia mahu menerapkan sikap menyesal dan sedih di sebalik pemandangan yang sayu itu kerana itulah ceritanya dipanjangkan. Si malang itu bercita-cita agar dia tidak berdepan dengan keadaan ini tidak diserahkan buku amalannya dan tidak tahu hisabnya.



Seterusnya dia berangan-angan agar kiamat menamatkan riwayat hidupnya buat selama-lamanya tidak dibangkitkan kembali.



Kemudian dia merintih kerana kini tiada apa pun dari harta kekayaan yang disayangi dan dikumpulkannya di dunia itu berguna kepadanya.



Firman Allah SWT: (Allah berfirman): "Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh. (al-Haaqah: 29-32)



Ibn Kathir berkata: Allah perintahkan malaikat Zabaniah supaya mengambil dan mengganyang mereka dengan keras dibawa ke mahsyar dalam keadaan dirantai pada lehernya kemudian diseret ke neraka jahanam seterusnya dibakar di dalamnya.



Berkenaan dengan rantaian sebanyak 70 rantai dikatakan bahawa ia mengikut hasta para malaikat seperti kata Ibn Abbas: Seorang ulama bernama Nauf al-Syami berkata: Setiap hasta jaraknya seperti 70 depa yang jumlahnya cukup jauh. Dikatakan semua ahli neraka dirantaikan.



Firman Allah SWT: Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah yang Maha besar. Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin. (al-Haaqah: 33-34)



Ibn Jauzi berkata: Mereka tidak pernah benarkan dengan ke-Esaan dan keagungan Allah. Tambahan lagi tidak pernah menjamu dan memberi makan orang miskin bahkan lebih parah dari itu tidak menyuruh supaya diberi makan kepada orang miskin.



Syed Qutub berkata: Kerana hatinya kosong dengan keimanan kepada Allah dan kosong dari rahmat kasihan belas kepada manusia. Oleh itu, hati ini tidak layak melainkan api neraka.



Hatinya kosong daripada iman kerana ia laksana bumi gersang, tanah runtuhan dan tanah kesang. Dia tidak mempunyai nur.



Dia adalah makhluk ganjil yang tidak menyerupai makhluk yang hidup dan tidak pula menyerupai kejadian yang tidak bernyawa.



Ini kerana seluruh makhluk beriman dan bertasbih memuji Tuhannya serta menjalinkan hubungan dengan sumber kewujudannya tetapi dia putus hubungannya dengan Allah dan putus hubungannya dengan makhluk yang beriman kepada Allah.


Selasa, 13 Disember 2011

Kaabah musnah tanda kiamat?

Kaabah musnah tanda kiamat?




Oleh SITI AINIZA KAMSARI



AGAK tertarik apabila dicatatkan bahawa buku yang ditulis oleh pendakwah muda dari Indonesia ini diulang cetak sebanyak tiga kali walaupun baru diterbitkan pada tahun ini.



Buku ini telah dicetak 10,000 naskhah bagi memenuhi permintaan dan minat pembaca di negara ini.



Persoalannya, mengapa minat pembaca yang agak luar biasa ke arah untuk mengetahui mengenai Bencana Akhir Zaman yang bermakna akan berlakunya kiamat itu?



Tidak dinafikan sedikit sebanyak kerana terdapatnya ramalan demi ramalan oleh pelbagai pihak yang menyatakan pendapat mereka bahawa kiamat pasti akan berlaku pada tahun 2012, iaitu hanya beberapa hari sahaja lagi mulai sekarang.



Ini termasuk kesan dari propaganda yang ditinggalkan oleh filem 2012, kisah dunia dilanda kiamat dengan dahsyatnya yang digarap atau diadaptasi pembikinan filem tersebut daripada buku terlaris, Fingerprints of God oleh Graham Hancock.



Sehinggakan Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam turut hanyut dan hilang dilanda bah besar dalam filem tersebut.



Walaupun ia merupakan peristiwa kiamat mengikut propaganda Yahudi, namun bukan sedikit kesan yang ditinggalkan oleh filem tersebut kepada kita semua.



Maka kehadiran tahun 2012 dinanti dengan penuh debaran.



Namun sebagai umat Islam, mengapa perlu bimbang bahawa kiamat itu pasti akan berlaku pada tahun hadapan? Ini kerana berlakunya kiamat itu adalah rahsia Allah.



Malah junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga tidak mengetahui dengan pasti akan bila akan berlakunya bencana akhir zaman itu.



Bagaimanapun, Rasulullah SAW meninggalkan kepada kita satu ajaran dari Allah yang cukup besar dan wajib diketahui dan dihayati oleh umat Islam, iaitu tanda-tanda kiamat, sama ada tanda-tanda kecil mahupun besar.



Jika kita percaya dan mengimani kepada apa yang ditinggalkan Rasulullah itu, wajarkah kita bimbang bahawa kiamat akan berlaku pada 2012?



Jika melalui filem 2012 digambarkan Kaabah juga akhirnya hancur ditelan kiamat tetapi jika dilihat daripada perspektif Islam sendiri, bagaimana 'nasib' Kaabah itu sendiri?



Menurut penulis yang juga Pengarah di Madrasah Diniyah Islamiah di Surakarta, Indonesia, memang berlakunya kehancuran kaabah sebagai salah satu yang termasuk dalam tanda-tanda besar berlakunya kiamat.



Diceritakan saat itu kaabah sudah tidak mempunyai apa-apa makna. Tiada yang menjaga dan menjadikannya sebagai rumah ibadat utama umat Islam dari seluruh dunia.



Sehingga datang seorang lelaki berkulit hitam yang botak kepalanya dari Habsyah (Ethopia) bernama Dzu Suwaiqatain yang terus menghancurkan Kaabah. Dia merosakkan segala yang ada pada Kaabah. Mengoyak dan menjatuhkan kelambu (kiswah) dan mengambil batu-batu dinding dengan pencedok dan cangkul.



Ini sebagaimana yang diambil dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, iaitu bererti sebuah hadis sahih.



Melihatkan pada keadaan cuaca panas, sejuk, hujan, ribut dan banjir yang kebelakangan ini yang tidak diduga dan menentu berlakunya di seluruh dunia, maka dikatakan juga termasuk sebagai tanda-tanda akhir zaman.



Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak berlaku kiamat selagi hujan tidak mencurah-curah di atas manusia sehingga rumah-rumah dan tembok tidak lagi dapat bertahan. Tiada yang dapat berlindung daripadanya kecuali khemah-khemah yang berada di padang pasir."



Mengandungi lima bab, buku ini sebenarnya tidak sekadar menghuraikan mengenai rukun iman yang kelima, iaitu percaya kepada hari kiamat. Tetapi kehadiran buku ini sangat tepat pada masa manusia yang ramai mendabik dada bahawa tidak takut mati. Namun, buku ini meminta kita agar sekurang-kurangnya takut pada kehadiran hari kiamat.



Jika kita meletakkan iman dan kepercayaan yang cukup tinggi kepada hari kiamat maka tentulah tiap manusia akan sedar akan janji Allah bahawa setiap kita akan tetap mati.



Maka kita akan melakukan persediaan untuk menghadapi detik-detik kematian dan kiamat itu sendiri.



Agak menarik apabila penulis dapat menyenaraikan hampir 16 tanda-tanda walaupun disifatkan sebagai kecil tetapi semua ini memberi peringatan kepada kita semua.



Ini termasuklah riba yang bermaharajalela, meluasnya perbuatan seks luar nikah, minum arak dianggap perkara biasa, berlumba-lumba meninggikan bangunan, manusia bermegah-megah membangunkan masjid, pasar-pasar semakin dekat jaraknya, meniru tingkah laku mereka yang bukan Islam, muncul-munculnya wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, orang tua menyerupai orang muda, banyaknya pembohongan dan kesaksian palsu.



Malah tersebarnya buku dan hasil karya juga dikatakan termasuk dalam tanda-tanda ke arah berlakunya hari kiamat yang Allah sahaja mengetahui bila akan berlaku.



Mungkin kita sudah biasa mendengarkan semua ini dan kita menyedari perkara tersebut telah banyak pun berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Tetapi sudah begitupun adakah kita menyedari akan natijah yang menanti?



Jawapannya, tidak! Manusia tidak pernah mengambil pengajaran dari apa yang terjadi. Tetapi masih percayakan hari kiamat hanya jika ditunjukkan bukti-bukti atau tanda-tanda yang besar?



Sehingga di saat itu, adakah manusia itu sendiri mempunyai umur yang panjang yang penuh diberkati?



Maka percayakan sahaja pada buku ini kerana ia berdasarkan dalil-dalil sahih yang diambil daripada al-Quran dan hadis.



Jangan percaya kepada propaganda Yahudi dan Nasrani sama ada melalui filem mahupun buku-buku mereka walaupun mereka juga mempunyai mempercayai akan berlakunya Kiamat itu mengikut dogma dan perspektif mereka sendiri.



Bagi mereka, kiamat itu bererti musnahnya semua agama di muka bumi ini (maka ia menjadi sedutan dalam filem pemimpin spiritual Buddha, Dalai Lama turut hanyut dalam ombak besar yang menghampiri pergunungan Tibet dalam filem 2012) dan anda tahu siapa sebenarnya yang terselamat ketika kiamat itu berlaku, bukan Islam tetapi mereka!

RUJUKAN..........

Isnin, 12 Disember 2011

Mendidik anak berdoa dalam hidup

Mendidik anak berdoa dalam hidup




Oleh DR. AMINUDIN MANSOR



UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik kepada Tuhan.



Doa yang dipinta adalah kebaikan yang dipinta dengan restu daripada Tuhan. Mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan sangat penting.



Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Tuhan.



Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan mengharap Allah mengampunkan semuanya.



Oleh itu hanya melalui doa, iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat.



Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah menimpa. Doa adalah senjata seorang mukmin.



Dalam hal itu, al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".



Selain itu, dalam usaha mengatasi bala atau mara bahaya, doa memiliki tiga keadaan, iaitu:



Pertama, doa lebih kuat daripada bala sehingga mampu mengalahkannya.



Kedua, doa lebih lemah daripada bala sehingga doa dikalahkan dan akibatnya seorang hamba ditimpa musibah atau penyakit, akan tetapi isi kandung doa dalam hal ini meringankan penyakit, meskipun kadarnya lemah.



Ketiga, doa dan bala sama-sama kuat sehingga terjadi saling mengalahkan.



Doa yang bermanfaat mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meminta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dalam berdoa jangan sedikit sesekali berputus asa dan lemah dalam berdoa, kerana seseorang itu tidak akan binasa selagi ia mampu berdoa.



Salah satu penghalang termakbulnya doa adalah sifat tergesa-gesa dalam berdoa, hingga jika keinginannya tidak dikabulkan ia mengeluh dan meninggalkan doa dan tidak yakin akan termakbulnya doanya.



Telah diajarkan doa memohon keampunan antaranya: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka. (ali-'Imran: 16).



Keterangan ayat di atas "kami telah beriman" bermaksud kami telah membenarkan seruan Islam, "memohon keampunan" pula ertinya memohon agar ditutup semua keburukan dan dilepaskan daripada kiraan dosa-dosa. (Tafsir al-Khazin).



Dalam ayat berikutnya, Allah SWT menyenaraikan golongan yang sentiasa berdoa kepada Allah tergolong dalam golongan yang sabar, golongan yang membenarkan (al-Sidiqqin), golongan yang taat kepada Allah (al-Qanitin), golongan yang bersedekah pada jalan Allah (al-Munfiqin) serta yang sering beristighfar dan bangkit berqiamullail pada sebelah malamnya (al- Murstaghfirin bil ashar).



Khasiat dan kaifiat beramal dengan doa ini mudah-mudahan iman kita akan meningkat kepada iman golongan yang mulia.



Waktu yang



mustajab berdoa



Antara waktu-waktu doa mustajab dilakukan secara khusyuk dan konsentrasi sepenuh hati terhadap apa yang diinginkan adalah enam pilihan waktu iaitu sepertinya malam terakhir, ketika azan, waktu antara azan dan iqamat, sesudah solat wajib, ketika imam naik mimbar di hari Jumaat hingga selesai solat jemaah Jumaat, serta waktu-waktu terakhir sesudah solat asar di hari Jumaat.



Antara lafaz doa yang ampuh telah diriwayatkan dalam kitab-kitab al-Sunan dalam sahihnya daripada Abdullah bin Yazid daripada ayahnya, Rasulullah SAW pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-Mu, aku bersaksi bahawa Engkau adlah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung, yang tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan, yang tidak ada sesuatu pun yang menyamai".



Rasulullah SAW kemudiannya bersabda, "Sesungguhnya dia telah meminta kepada Allah dengan Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung". (riwayat at-Tirmizi).



Ada juga diriwayatkan oleh Abu Hatim dan Ibnu Hibban daripada Anas bin Malik, bahawa ia bersama Rasulullah SAW sedang duduk-duduk, sementara ada seorang lelaki sedang melakukan solat, kemudian berdoa, yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-MU, segala puji bagi-Mu, tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi, wahai Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan, wahai yang Maha Hidup dan Maha Penegak".



Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung, yang apabila dia berdoa dengannya maka Allah kabulkan dan jika doa meminta dengan-Nya, maka Dia akan memberi". (riwayat Imam Ahmad).



Antara sebab doa dikabulkan Allah adalah kerana direstui dengan keadaan terdesak daripada orang yang berdoa, kekhusyukan kepada Allah dan kerana kebajikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah membalasnya sebagai tanda terima kasih atas amal kebajikan.



Di samping itu juga, kerana doa tersebut dilakukan pada waktu-waktu mustajab, selain lafaz dan keyakinan yang penuh kepada Allah.



Oleh itu, sesiapa yang diberikan kekuatan berdoa, ini bererti bahawa doanya akan dikabulkan. Allah SWT berfirman, yang maksudnya; Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu… (al-Mukmin: 60).



Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. (al-Baqarah: 186).



Dalam Sunan Ibn Majah, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, ia marah kepada-Ku". (riwayat at-Tirmizi).



Hadis ini menunjukkan bahawa keredaan Allah bergantung pada apabila seseorang meminta kepada-Nya dan taat kepada-Nya. Jika Allah meredai, semua kebaikan terletak pada keredaan-Nya. Sebaliknya semua bala dan bencana terdapat pada kemurkaan-Nya.



Sesungguhnya doa sebagai ibadah amat penting di amalkan dalam kehidupan. Kesibukan dan kelalaian kita menyebabkan kita lupa berdoa dan sentiasa tergesa-gesa semasa berdoa. Hal ini menyebabkan kita tidak dimakbulkan oleh Allah.



Semangat untuk berdoa juga amat penting dilakukan pada waktu-waktu mustajab yang disebutkan bagi mendapatkan kejayaan dan termakbulnya sesuatu doa.



RUJUKAN..........

Sabtu, 10 Disember 2011

Manfaat cuti dengan aktiviti berfaedah



APAKAH perkara yang terpanjang, yang terpendek, tersangat pantas, dan sangat perlahan? Apabila tidak mempedulikannya selepas itu pasti kita akan menyesalinya.




Tiada apa yang dapat dilakukan tanpanya. Ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar. Apakah perkara itu? Jawapannya adalah masa.



Begitulah hebatnya masa; apabila kita berada dalam keseronokan ia pasti bergerak dengan cepat sekali begitu juga apabila kita dalam keadaan terlalu dukacita, sedih dan derita pasti masa bergerak sangat perlahan.


Segala urusan dan kehidupan kita mesti mengambil masa kerana segala-galanya akan tercatat dan dirakam sama ada perkara itu kecil atau besar.



Cuti sekolah kini sudah bermula selepas berpenat lelah dengan rutin harian dengan pelajaran. Maka, tiba musim cuti ini untuk merehatkan minda jasmani.




Namun, bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya bercuti.

Jangan biarkan masa berlalu percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita.



Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di dalamnya. Jika ia air kosong harganya murah berbanding jika ia diisi dengan emas maka ia berharga.



Begitu juga, jika di dalamnya racun maka ia sangat berbahaya, merosak serta memusnahkan. Oleh itu, sempena musim cuti sekolah ini, pelajar dan ibu bapa perlu memenuhi masa cuti dengan aktiviti berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak.



Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat pada musim cuti persekolahan kerana aktiviti pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.



Sekarang terdapat banyak penganjur menjalankan kursus buat anak-anak jadi terpulang kepada ibu bapa memilih yang mana satu yang berkenan di hati.



Berilah peluang kepada mereka menambahkan bilangan kawan secara sihat. Mereka boleh terus bermain dalam program atau kursus yang memberi manfaat.



Sekiranya membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian mungkin terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada diri dan keluarga.



Ibu bapa yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti lain asalkan tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan perancangan.



Rugi sangat masa berlalu begitu saja jika asyik menghadap permainan video sepanjang waktu atau menonton televisyen. Hassan Al-Banna pernah mengatakan, “Waktu adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan.”



Begitu pentingnya waktu sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” kata Allah dalam surat al-Ashr. Selain itu, dalam surah lain seperti Walfajri, demi waktu fajar (al-Fajr:1), Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1), Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi waktu siang (asy-Syams: 4).



Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin.



Hantarlah anak mengikuti kelas atau tuisyen atau bawalah mereka ke pesta buku yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari.



Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkan masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak.



Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar.



Akhir kata, manfaatkanlah cuti anda sebaik mungkin. Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar dengan harapan apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.



RUJUKAN.............

Jumaat, 9 Disember 2011

KHUTBAH GERHANA BULAN-"GERHANA BULAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT"



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
"GERHANA BULAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT"
(10 DISEMBER 2011 / 14 MUHARRAM 1433H)

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat Islam kita mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT maha berkuasa, pentadbir seluruh alam. Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah dibawah kekuasaan Allah SWT yang maha berkuasa menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah SWT dan ianya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri.
Pada hari ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang maha agung iaitu kejadian gerhana bulan. Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari, ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah al-Fussilat ayat 37:
Maksudnya:Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Setiap perubahan yang berlaku terhadap cakerawala mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada matahari dan bulan, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan agar hamba-Nya tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah. Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:  Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu”. (Riwayat al-Bukhari).
Gerhana bulan merupakan amaran Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan akan berlaku sepanjang zaman sebagai peringatan Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya. kejadian ini akan berterusan sehingga matahari dan bulan  dihimpunkan dan ketika itu berlakunya kiamat. Firman Allah SWT  dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9:
Maksud: “ Maka apabila mata terbelalak(ketakutan), dan apabila bulan telah hilang cahayanya dan matahari dan bulan dikumpulkan.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berlaku gerhana  supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Ummul mukminin Saidatina Aishah  R.HA berkata dalam riwayat al-Nasai yang mafhumnya: Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: "Wahai umat Muhammad, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.
Mimbar  mengharapkan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:
Maksudnya:“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-oang yang berakal Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Mengakhiri khutbah, marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga gerhana yang berlaku ketika ini tidak mengakibatkan berlakunya malapetaka alam seperti perubahan angin dan cuaca yang akan memungkinkan kesan kepada alam sekitar dan memberi kesan kepada perubahan tabii  alam, tumbuh-tumbuhan serta kehidupan di dunia. Sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan dan mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman antaranya: Pertama: Berfikir dan bertafakkur setiap kejadian fenomena alam; Kedua:  Memperingati tentang nikmat syurga dan azab neraka; Ketiga: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah SWT; Keempat: Menghitung,mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa; dan Kelima : Bersegera memohon taubat kepada Allah SWT di atas kealpaa  dan keingkaran mentaati perintah.




(KHUTBAH KEDUA)

Maksud: Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan dengan diri saya dan juga sekalian yang hadir supaya kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi akan segala larangan-Nya semoga dengan itu hidup kita di bawah lindungan Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran ayat 46 surah ar-Rum bahawa disediakan kepada umat manusia di bumi Allah ini akan cuaca yang cukup selesa, aliran angin yang membawa berita dengan limpahan rezeki, kapal-kapal dengan muatan barang dagangan bergerak merentasi lautan menyuburkan lagi rezeki kurniaan Allah SWT untuk dinikmati bersama. Semoga dengan pelbagai habuan yang diperolehi itu, melahirkan rasa syukur kita kehadrat Allah SWT.
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Pada hari ini kita berhimpun dan berkumpul dengan penuh harapan agar doa, rayuan dan taubat kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memulihkan cuaca gerhana bulan yang kita saksikan sekarang ini, supaya kita terus sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah hendaknya. Berdoalah wahai jemaah sekalian, semoga selepas perhimpunan ini bermulanya aliran angin yang membawa hujan dan aliran air yang mencukupi keperluan, cuaca dan peralihan musim yang lebih baik untuk dinikmati bersama. Firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 36:
Maksudnya: Maka Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya.
Mafhumnya: “Ya Allah ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.



UNTUK KHUTBAH YANG LENGKAP SILA BUKA WEB INI..................

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI



HUKUM SOLAT GERHANA


Sunat Muakkad ( ( مؤكدة

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang

masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat

ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi

gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat

malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua

rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan

dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu

rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap

qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas

takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana

surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam

kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud

kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang

kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua

akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama

hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang

sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi

qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua

qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam

yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.

Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan

kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga

70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

1

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana

sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa

dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.

2. Bilal Menyeru :

ة " ع ام ج ة صل " ال

3. Berdiri lurus mengadap kiblat.

4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

ه ل ا ل وم م مأ ن ي ت ع ك ر ر م لق ا ف و س خ ة ن س ى&ل ص ا

ى ال ع ت

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah

Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

ن ي ت ع ك ر س م الش ف و س ك ة ن س ى&ل ص ا

ى ال ع ت له ا ل وم م مأ

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah

Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.

6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.

7. Baca al-Fatihah dan Surah.

2

8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.

10. Baca al-Fatihah dan Surah.

11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.

12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.

13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti

khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau

rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah

menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin

Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara

perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya

dilakukan dengan suara yang nyaring ( .(جهر

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

HMS/sj…SolatGerhanaBulan-C2000

3

Maal Hijrah: Ramai berazam tapi...


SALAM Maal Hijrah 1433. Setiap permulaan tahun baru hijrah, dunia Islam biasanya menyambut perayaan maal hijrah dengan mengambil sempena hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.




Hijrah nabi bukan semata-mata proses perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, atau satu keadaan ke satu keadaan yang lain.



Sebagaimana difahami kebanyakan orang, bahkan ia adalah satu manifestasi perubahan sesebuah masyarakat untuk mencapai dan menggapai kemuliaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.



Sempena Maal Hijrah ini ramai yang berazam untuk berubah. Tetapi perubahan masih tidak kunjung tiba kerana perangai masih berada di tahap lama.



Yang tinggal hanya azam dan keinginan. Lebih pelik lagi, kita minta orang lain berubah, minta anak-anak berubah, marah pada pasangan kenapa tidak berubah.




Memang tanggungjawab kita perlu nasihat-menasihati, cuma janganlah asyik kita menyuruh orang lain saja berubah. Bagaimana dengan diri sendiri?



Kita semua hendak berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan dari mana hendak mula kerana bimbang jika salah ikut kaedah pasti perubahan itu tidak kekal lama kerana kembali semula kepada perangai dulu.



Hangat-hangat tahi ayam saja. Maka di sini mari kita berkongsi cara-cara memulakan perubahan dan berhijrah.



1) Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda. Ini kerana tidak mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedang�kan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama orang akan cakap anda seorang yang cakap tidak serupa bikin.



2) Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata saja.



Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah s.w.t anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri anda.



3) Lakukan perubahan pada masa sekarang juga dan jangan bertangguh untuk tempoh lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama bertangguh ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.



Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.



4) Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati.



Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan ia mengawal diri anda.



5) Apabila berjaya melakukan perubahan diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika sahaja.


Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang dilakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya. Kesimpulannya, kita perlu berubah menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam.



Jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain. Setiap yang diamalkan perlu dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t demi kebaikan diri sendiri.



Selepas itu, barulah bolehlah kita mengajak orang lain berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, Insya-Allah orang lain juga akan berubah seperti yang diharapkan.



Pastinya, kita mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah ke arah kebaikan.


RUJUKAN...........

Rabu, 30 November 2011

Jasa Salman Al-Farisi mempertahankan Madinah

asa Salman Al-Farisi mempertahankan Madinah


Masjid Nabawi kini dikelilingi pembangunan yang pesat di Madinah.


APABILA diberitahu akan kemaraan seramai 10,000 hingga 11,000 anggota tentera musuh untuk menyerang Kota Madinah dan seterusnya menghancurkan umat Islam Rasulullah sangat terkejut.
Sudahlah jumlah anggota tentera musuh itu sangat besar dan masa pula sangat suntuk untuk baginda membuat persediaan dan menyusun kekuatan ketenteraan Islam.
Namun yang lebih penting sekarang, baginda perlu segera mengadakan satu perbincangan dengan para sahabat bagi mengatur strategi menghadapi kemaraan tentera musuh itu.
Mungkin lebih mudah jika baginda menyerah diri atau menawarkan perdamaian kerana mustahil menentang musuh yang sebegitu ramai.
Ditambah pula dengan khabar angin bahawa tentera musuh bukan sahaja didalangi oleh puak-puak Yahudi yang turut disertai kafir Quraisy di Mekah dan lain-lain puak Arab yang memusuhi Islam tetapi disertai tentera dari dua kuasa besar, iaitu Rom dan Parsi.
Namun, tentulah menyerah diri itu tidak pernah ada dalam kamus perjuangan Rasulullah dan para pengikut baginda.
Mengembara
Lalu mereka berbincang dari segala aspek bagi mencari jalan yang terbaik untuk mematahkan serangan musuh itu.
Ini terutamanya sama ada hendak bertahan di luar atau di dalam kota Madinah. Akhirnya mereka mencapai persetujuan untuk bertahan di dalam kota Madinah.
Mereka bersetuju untuk bertahan di dalam kota sahaja kerana terdapat satu strategi yang sangat baik bagi membolehkan kota Madinah tidak dapat dicerobohi musuh-musuh yang semakin mara itu.
Ini apabila secara tiba-tiba seorang sahabat yang diketahui umum, Salman Al Farisi, bangun dalam perbincangan itu mengemukakan cadangan bagaimana segenap penjuru kota Madinah dapat dipertahankan daripada diceroboh oleh pihak musuh.
Namun sebelum itu marilah kita mengenali serba sedikit mengenai sahabat Rasulullah ini yang pernah mendapat pujian baginda: "Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi".
Lelaki berbangsa Parsi yang dimaksudkan itu tentulah Salman Al Farisi yang berasal dari Parsi.
Beliau merupakan salah seorang sahabat besar yang tentulah juga sangat disayangi oleh Rasulullah.
Ini disebabkan sifat keberanian, keikhlasan serta sifat zuhud Salman yang bersesuaian dengan dirinya yang merupakan seorang mukmin yang kuat beribadat.
Salman Al-Farisi dilahirkan dengan nama Parsi, iaitu Rouzbeh di Bandar Kazerun di Wilayah Fars atau Isfahan, Iran. Asalnya adalah seorang yang beragama penyembah api atau Majusi yang kemudian memeluk agama Nasrani.
Beliau kemudiannya mengembara seorang diri ke negeri Syam dan kemudiannya ke Yathrib atau Madinah untuk mencari kebenaran.
Ketika mula-mula memeluk Islam, Salman menjadi seorang hamba. Kemudian Rasulullah telah menganjurkan kepada para sahabat agar membebaskan atau memerdekakan Salman.
Beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya yang dikatakan kesan tinggal serumah dengan Abu Darda' yang terkenal sebagai seorang ahli sufi.
Salman Al-Farisi juga terkenal sebagai sahabat yang banyak meriwayatkan hadis-hadis dari Rasulullah kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dan berjumpa dengan baginda.
Beliau telah hidup di zaman Rasulullah sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan apabila beliau meninggal dunia dalam usia 78 tahun.
Beliau terkenal dengan kata-kata yang sering diungkapkan iaitu: "Saya Salman, anak lelaki kepada Islam dari keturunan anak-anak Adam."
Salman juga harus dikenang dalam sejarah sebagai orang pertama yang menterjemahkan al-Quran ke bahasa asing, iaitu bahasa Parsi.
Makamnya dikatakan terletak di Kota Madain (Iraq) dengan namanya diabadikan sebagai nama sebuah bandar yang berdekatan dengan makamnya itu, iaitu Salman Pak.
Dikatakan juga Salman sebenarnya dikebumikan di Lod atau Lydda yang terletak di Palestin yang kini merupakan sebuah penempatan haram Yahudi yang dikenali sebagai Ramat Eshkol.
Salman berkata: "Wahai Rasulullah, kami orang Parsi pernah diserang angkatan perang musuh yang besar dan ramai jumlahnya.
"Lalu kami membina atau menggali parit yang besar lagi dalam bagi menghalang serangan dari musuh itu. Hasilnya, kami beroleh kemenangan".
Menurut Salman lagi, dengan adanya parit itu tentera musuh terutamanya pasukan berkuda tidak akan dapat menyeberang walaupun kuda-kuda tersebut cuba untuk melompat tinggi melepasi parit tersebut.
"Bagi tentera berjalan kaki yang cuba juga untuk menyeberang parit tersebut, akan kita serang mereka dengan panah dan dilontar lembing dan tombak," kata Salman.
Sebenarnya strategi menggali parit besar itu tidak bermaksud seluruh keliling Kota Madinah akan digali.
Kawasan yang hendak digali hanya meliputi dari sebelah barat, utara dan timur Kota Madinah sahaja.
Ini kerana kawasan-kawasan tersebut begitu terbuka dan mudah untuk diserang musuh.
Sementara di bahagian selatan dikira masih selamat kerana dikatakan terdapat rumah-rumah kediaman penduduk yang padat tetapi dalam kawasan ladang-ladang kurma yang menyukarkan pihak musuh untuk menyerang.
Namun kerja-kerja menggali parit juga akan melibatkan tanah-tanah dan rumah-rumah milik penduduk Madinah.
Lalu Rasulullah meminta mereka agar segera berpindah ke tempat yang lebih selamat di dalam kota tersebut.
Bagi kalangan umat Islam mereka segera mematuhi saranan baginda itu tetapi tidak bagi sesetengah golongan yang munafik dan musuh dalam selimut.
Mereka membantah dan enggan berpindah.
"Rumah dan tanah ini adalah kepunyaan dan hak milik kami, bukannya Muhammad.
"Muhammad tidak berhak dan tidak boleh memaksa kami untuk berpindah. Kami juga tidak benarkan parit digali melalui tanah kami," kata Jarir, sahabat baik 'bapa munafik', Abdullah bin Ubai.
Malah mereka juga mengugut agar baginda membayar ganti rugi jika tanah mereka digali.
Tetapi apabila sudah diberi amaran keras oleh Umar Al Khattab dengan mengingatkan akan Perjanjian Madinah akhirnya golongan ini terpaksa akur.
Muslihat Abdullah Ubai
Namun dalam diam-diam Abdullah bin Ubai tetap dengan peranannya sebagai penentang dan cuba mempengaruhi yang buruk-buruk mengenai Islam kepada orang lain.
Dia mendakwa bahawa struktur bumi atau tanah Madinah keras dan berbatu-batu dan tidak mungkin parit dengan ukuran sembilan hasta lebar dan 10 hasta dalam yang bermula dari Harrah Waqim hingga ke Harrah Al Wabarah itu dapat digali.
"Kita memerlukan masa berbulan-bulan lamanya bagi menggali parit itu. Sedangkan tentera musuh akan sampai bila-bila masa sahaja lagi mulai dari sekarang.
"Maka sekalipun cadangan dan strategi menggali parit ini adalah bagus tetapi semua ini bakal sia-sia sahaja, kita pasti akan kalah dan hancur juga nanti," kata Abdullah bin Ubai.
Walaupun kata-kata Abdullah itu ada kebenarannya ditambah lagi peralatan untuk menggali adalah tidak mencukupi, namun Rasulullah dan para sahabat tetap meneruskan usaha menggali parit sebagaimana yang disarankan oleh Salman Al Farisi.
Salman sendiri bagaikan sudah tidak sabar lagi untuk menggali.
Malah tahukah anda, pemuda ini akhirnya dikatakan jatuh pengsan akibat terlalu penat menggali parit tidak berhenti-henti!
Namun selepas disiramkan dengan setimba air dan berkat doa dari Rasulullah, Salman bingkas bangun dari pengsannya itu dan terus menyambung menggali parit tersebut.
Kali ini beliau seorang diri sahaja dapat menggali parit sepanjang 40 hasta panjang berbanding empat hasta sahaja oleh orang lain!

sumber...........

Selasa, 29 November 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433 H DARI WARGA TAKMIR JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG


At Taubah ayat 100: Maksudnya-
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar."

MARILAH KITA BERSAMA DENGAN SEMANGAT HIJRAH INI! 
1433 H
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DAN UMAT KEMBALI SEDAR AKAN PERANAN MASING-MASING.