Isnin, 17 Mei 2010

KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS DI INSTITUT LATIHAN ISLAM BANGI


Peta ILIM


Ini pula masa yang Tuhan beri kepada manusia


17-21 MEI kursus di ILIM. Persediaan nak ke London. Tengah tunggu urusetia yang setia nak mendaftar tak datang-datang lagi. Wal Asri...betulla...

Jumaat, 14 Mei 2010

TAZKIRAH JUMAAT

DARI BUKU AL-QURAN MUKJIZAT (NIRAINE ABU) : FIRMAN ALLAH SWT
SURAH AL MAIIDAH AYAT 49:


49. Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang Telah diturunkan Allah), Maka Ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan mushibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

Khamis, 13 Mei 2010

MUSLIM COLLEGE, LONDON

      

        Semalam 12 Mei 2010 jam 4.45 petang. Dapat satu masej pesanan ringkas SMS daripada Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tn Hj Sazali b Hussien. Bunyinya: "Kpda : Us Imran, pp takmir n us zulkhairi, masjid negeri. Tahniah tuan dipilih kursus muslim college, london. Sila hadir kursus BI di ILIM 17-21 Mei. Bawa laptop, pasport dan buku akaun."

      Alhamdulillah. Macam tak percaya. To be or not to be. Tahun lepas mohon tidak dapat. Tahun ini Allah SWT pilih untuk ke sana mencari ilmu dan menambah pengalaman hidup.

      Apa pun kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pergi ke terlebih dahulu untuk mendapat serba sedikit pendedahan dan maklumat di sana. Kepada semua pembaca blog yang di kasihi, mohon doa semua agar saya selamat pergi dan selamat kembali dan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

Banyak juga yang berlegar-legar dalam kotak pemikiran ini. Rabbi yassir wa la tua'assir.

Terima kasih.

Penolong Pengarah Takmir
JHEAIPP

Rabu, 12 Mei 2010

DALIL PENGHARAMAN ARAK DAN JUDI DALAM SURAH AL BAQARAH (1 AYAT) DAN SURAH AL MAIIDAH (3 AYAT)

         Hakikatnya judi sudah memasuki segenap ruang manusia. Di T.V, akhbar,  sms telefon bimbit, internet, komputer, pelbagai jenis sukan, forex, iklan yang ditayangkan, surat flyers serta kehidupan dan mati manusia turut diperjudikan. Akhirnya ada yang menyatakan bahawa "hidup ini satu perjudian".

         Namun Pencipta manusia telah mengharamkan judi. Undang-undang pengharaman judi adalah kerana "Sayang" Allah SWT kepada manusia. Namun yang terlarang itu godaan. Manusia terus menerus melakukan aktiviti perjudian ini semenjak zaman berzaman yang akhirnya menelurkan masalah dalaman insani itu sendiri. Tanpa mempedulikan bahaya dan keburukannya terhadapat institusi kemanusiaan.

        Judi telah dimodenkan selari dengan modennya zaman. Jika dahulu dalam hutan kini di pekan besar. Dari dam ular, mesin slot kepada aktiviti pertaruhan hujan turun atau tidak, semua diperjudikan bukti kroniknya aktiviti tersebut dalam hidup manusia sama ada disedari atau tidak.

Apa itu judi?

1.2. Pengertian Judi




Dalam Ensiklopedia Indonesia[1] Judi diartikan sebagai suatu kegiatan

pertaruhan untuk memperoleh keuntungan dari hasil suatu pertandingan,

permainan atau kejadian yang hasilnya tidak dapat diduga sebelumnya.



Sedangkan Dra. Kartini Kartono[2] mengartikan judi adalah pertaruhan

dengan sengaja, yaitu mempertaruhkan satu nilai atau sesuatu yang

dianggap bernilai, dengan menyadari adanya risiko dan harapan-harapan

tertentu pada peristiwa-peristiwa permainan, pertandingan, perlombaan

dan kejadian-kejadian yang tidak / belum pasti hasilnya.

http://arhiefstyle87.wordpress.com/2008/04/10/judi-pengertian-dan-jenis2nya/



Menurut Wikipedia : Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang
Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:
Nombor Ekor

Sabung Ayam

Judi Bola

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Judi





 

(a) Al Baqarah ayat 219:



219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,


[136] segala minuman yang memabukkan.


3 perkara yang Allah SWT menyuruh kita berfikir:
1-Arak
2-Judi
3-Nafkah (infaq)


Ummu al khobais-Ibu segala kejahatan. Arak akan menyuburkan semua gejala sosial dalam masyarakat.

Segala bentuk perjudian sebenarnya ia merugikan diri moral dan fizikal

Arak dan judi mempunyai manafaat kepada manusia TETAPI Allah SWT menambah bahawa dosa dan kesan buruk dari 2 perkara itu lebih dahsyat dan besar dari  manafaatnya. Jesteru Allah meminta manusia berfikir dan membuat perbandingan atau nisbah kebaikan dan keburukan dari kedua perkara itu. Maka akan tampaklah dari senarai keburukan yang melebihi kebaikan. Cuba kita senaraikan...

                                               Nasib pada dadu             Judi & arak ibarat irama&lagu 
Tension...sebab beribu kali dah cuba tapi tak kena...


(b) Al Maiidah ayat 3:



3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari ini[397] orang-orang kafir Telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] Karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Antara tenung nasib. Manusia bergantung kepada sebiji bola untuk menetukan untung baiknya kehidupan diri sendiri

Sad But True...

Gejala merempit=perempuan+dadah+arak+judi+nyawa(diri dan orang lain)+akhlak rosak

Berikut adalah senarai yang diharamkan oleh Allah SWT:
1-Memakan bangkai
2-Memakan darah
3-Daging babi
4-Haiwan yang disembelih atas nama selain Allah (bukan dengan nama Allah)
5-Haiwan yang tercekik
6-Haiwan yang terpukul
7-Haiwan yang jatuh
8-Haiwan yang ditanduk
9-Haiwan diterkam binatang buas (5-9 :syaratnya tidak mengapa jika sempat disembelihnya)
10-Haiwan yang disembelih untuk berhala
11-Mengundi nasib dengan anak panah




[394] ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.

[395] maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati.

[396] Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

[397] yang dimaksud dengan hari ialah: masa, yaitu: masa haji wada', haji terakhir yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w.

[398] Maksudnya: dibolehkan memakan makanan yang diharamkan oleh ayat Ini jika terpaksa.

 

Sukan kuda adalah suatu yang baik. Nabi suruh belajar menunggang kuda. Bukan judi kuda.  Namun manusia tetap mahu menyelitkan dengan unsur perjudian.

            Sabung ayam=menzalimi makhluk lain. Kalaulah mereka tahu ayam itu akan mematuk kembali mereka di akhirat nanti? Bayangkan..


(c)Al Maiidah ayat 90


90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

4 perkara perbuatan syaitan:
1-Minum arak
2-Berjudi
3-Berkorban untuk berhala
4-Mengundi nasib dengan panah


Hujan turun atau tak turun pun turut dijadikan judi. Memang dasar "taik judi"
Samakah taraf mereka?


(d) Al Maiidah ayat 91:
 
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Objektif syaitan menggoda manusia melakukan perkara judi dan minum arak:
1-Mahu menimbulkan permusuhan sesama manusia
2-Mahu menimbulkan kebencian sesama manusia
3-Supaya manusia terhalang dari mengingati Allah SWT
4-Supaya manusia terhalang dari solat

Ingatlah syaitan penggoda nombor 1 manusia

Maka supaya tidak diperkudakan oleh syaitan hendaklah jauhi dan berhentilah dari mengerjakan pekerjaan itu.
Tidak kira bangsa perjudian sebenarnya meruntuhkan ketamadunan manusia.





Sumber: Ayat-ayat Larangan JAKIM

HIKMAH JUDI DI HARAMKAN



GILA JUDI- M.DAUD KILAU

Banyak orang gila judi


banyak orang gila judi

hai judi merosak diri

merosak diri

banyak yang setengah mati

akibat judi



Kalau sedang main pakau

banyak orang naik angau

mereka selalu risau

selalu risau

sama-sama jadi sasau

hai jadi sasau



Satu ringgit

dua ringgit

tiga ringgit

empat ringgit

limaaaaaaa ringgit



Satu ringgit

dua ringgit

tiga ringgit

empat ringgit

lima ringgit

haaaaaangusssss....



Kalau sudah gila judi

kalau sudah gila judi

dia lupa anak isteri

hai anak isteri

dia lupa anak isteri

hai anak isteri



Kalau kecanduan judi

kalau kecanduan judi

akhirnya setengah mati

setengah mati

akibat judi



Tolak habuk

jalan kaki

gigit jari

kalah judi..


Pernah berlaku untuk mendapatkan mimpi nombor ekor kena pegang khinzir. Taik judi sanggup melakukan apa sahaja walau melanggar akidah


       Bermain judi adalah antara perbuatan yang dipandang hina dan dikeji oleh Islam. Perbuatan tersebut diharamkan oleh Islam kerana ia adalah daripada perbuatan syaitan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada diri individu, keluarga, bangsa dan negara. Judi boleh mencetuskan ketegangan, pergaduhan, sikap bermusuh antara satu sama laindan seterusnya lali serta mengabaikan segala perintah-perintah Allah SWT.

Manusia tidak mahu menghiraukan larangan Allah SWT padahal larangan itu sebenarnya adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri. Tidak peduli akan kerugian yang di alami dan bahaya yang ditimbulkan kesan aktiviti perjudian. Berikut adalah kesan hikmah judi itu diharamkan oleh Allah SWT. Walaupun sedikit mudah-mudahan akan membuka minda kita agar menyeru kepada diri sendiri, kawan-kawan dan masyarakat agar mengelakkan JUDI.


Faktor Terbesar Kepada Masalah Stres Dan Ketegangan.




Seluruh ilmuwan dan psikologi sepakat bahwa ketegangan mental merupakan faktor utama berbagai penyakit, seperti kurangnya beragam vitamin, luka lambung (magh), gila, penyakit-penyakit ringan saraf dan mental, dan lain sebagainya. Penyakit-penyakit tersebut dalam banyak keadaan adalah disebabkan oleh ketegangan. Dan judi merupakan faktor utama yang dikenal pasti penyebab kepada ketegangan dalam diri seseorang, sehingga salah seorang ilmuwan berbangsa Amerika menegaskan, “Pada setiap tahun, di negara ini terdapat dua ribu orang yang meninggal dunia hanya karena ketegangan yang ditimbulkan oleh judi, karena dalam keadaan yang sedang saja, jantung seorang pokker (pejudi) akan berdetak lebih dari seratus kali dalam satu menit. Judi kadang-kadang menimbulkan serangan jantung dan stroke pula, dan yang pasti, ia akan menyebabkan penuaan diri.”


Judi menyebabkan masalah jiwa yang teruk.

Selain itu, berdasarkan pendapat para ilmuwan, seseorang yang sibuk dengan bermain judi, bukan saja jiwanya yang menjadi kejang, bahkan seluruh sistem tubuhnya berada dalam satu keadaan yang luar biasa. Detakan jantungnya akan bertambah kencang, bahan-bahan gula yang terdapat di dalam darahnya hilang, kelenjar sekresi dalam akan mengalami kekacauan, wajah menjadi pucat, dan tidak mempunyai selera makan. Setelah permainan judi selesai, hal itu akan dilanjutkan dengan sebuah perang urat saraf yang selanjutnya akan mengantarkannya ke tempat tidur dalam keadaan kritis. Biasanya untuk meredakan ketegangan saraf dan mendapatkan ketenangan badan, ia bergantung pada alkohol, dadah dan obat-obatan yang membahayakan. Dalam kondisi ini, bahaya-bahaya semacam ini harus ditambahkan pula sebagai bahaya langsung yang ditimbulkan dari permainan judi.

Otak tidak dapat berfikir dengan waras. Akhirnya menjadi masalah mental.


Dari pendapat para ilmuwan yang lain, kita temukan bahwa “Pemain judi sebenarnya adalah orang sakit yang senantiasa memerlukan pengawasan mental. Yang harus diusahakan adalah memberikan pemahaman kepadanya bahawa kekosongan mentallah yang telah mendorongnya ke arah perilaku busuk ini, supaya ia berminat untuk melakukan penyembuhan terhadap dirinya.”




Hubungan Judi dan Tindak Jenayah


Salah satu data statistik dari yayasan terbesar di dunia membuktikan bahawa 30 % dari tindakan kejahatan atau jenayah berkaitan langsung dengan judi, dan ia merupakan faktor pemicu terjadinya  70 % kejahatan yang lain. Selain itu berjudi juga boleh memporak-perandakan kebahagian rumahtangga lantas menimbulkan suasana yang tegang di dalam sesebuah masyarakat:
http://berita-harian-online.com/disimbah-asid-kerana-nafsu-suami/comment-page-1/

Jenayah berleluasa akibat nafsu berjudi yang teruk



Kerugian Ekonomi Penjudi (Masalah Kewangan)


Di sepanjang tahun, jutaan dan bahkan berjuta kekayaan masyarakat dunia habis dalam permainan judi. Di samping itu, berjam-jam tenaga manusia di dalam permainan ini musnah begitu saja. Bahkan pada jam-jam yang lain, semangat untuk melakukan kerja rutin akan menjadi hilang. Misalnya, dalam sebuah laporan dikatakan bahwa di kota Mounte Carlo sebagai salah satu pusat perjudian terkenal dunia, terdapat seorang pemain judi yang telah menghabiskan wang sebanyak lebih kurang RM 40 ribu dalam permainan judinya hanya dalam waktu 19 jam. Dan ketika pintu gedung perjudian ditutup, ia kemudiannya menuju ke hutan untuk menghancurkan otaknya dengan sebuah senapang dan mengakhiri hidupnya dengan cara yang mengerikan ini. Laporan itu menambahkan bahwa hutan-hutan di Mounte Carlo telah berkali-kali menyaksikan peristiwa bunuh diri yang dilakukan oleh penjudi-penjudi. Dahsyat bukan!


Sebenarnya duit itu tidak dapat dipegang. Hanya berlegegar-legar di depan mata sahaja.


Bahaya Sosial Judi

Sesama ahli keluarga, kawan-kawan atau lain-lain tetap dikira sebagai judi yang diharamkan oleh Allah SWT


Terkadang, banyak para penjudi lantaran menang dalam permainan dan dalam satu jam mungkin boleh mengaut ribuan dan jutaan ringgit, mereka tidak bersedia lagi untuk menyalurkan modalnya ke berbagai pekerjaan yang bermanafaat atau perekonomian. Akhirnya, produksi dan perekonomian akan tetap pincang sebagaimana awalnya. Jika diamati lebih cermat lagi, akan tampak bahwa semua pemain judi dan keluarga mereka menjadi beban bagi masyarakat. Apa yang diharapkan ialah memberikan manfaat kepada masyarakat, rupanya mereka menyumbangkan manfaat jerih payah masyarakat. Terkadang juga, kalah dalam perjudian menyebabkan mereka terpaksa mencuri, meragut, menipu dan berhutang untuk menebus kekalahannya tersebut.

Dengan along, ceti, bank, kawan-kawan, keluarga dan lain-lain. Kaki judi sanggup untuk berlutut demi mendapatkan wang


Ringkasnya, bahaya yang ditimbulkan oleh judi telah mencapai batas yang bahkan sebagian dari negara-negara barat telah memutuskan pelarangan judi ini, meskipun pada praktiknya mereka tetap melakukan dan menyebarluaskan permainan tersebut. Misal, British telah menetapkan pelarangan judi pada tahun 1753, Amerika pada tahun 1855, Rusia pada tahun 1854, dan Jerman pada tahun 1873.



Di akhir pembahasan ini, menarik kiranya apabila kita melihat sedikit data kajian sebahagian peneliti yang menemukan bahwa 90 %  kes rompakan,  10 % kebejatan moral yang lain, 4 % pertikaian dan kerusuhan, 15 %  penyelewengan seksual, 30 %  perceraian, dan 5 % bunuh diri merupakan musibah dan gejala buruk perjudian.




Apabila kita merumuskan definisi global mengenai judi, kita harus katakan bahwa judi adalah mengorbankan harta dan harga diri untuk mendapatkan harta orang lain dengan penipuan, kelicikan, kebohongan dan kadangkala sekedar kesenangan tanpa tujuan apapun.





Rujukan :
1- Buku Ayat-ayat Larangan JAKIM
2-Blog Bentara Budaya Hujjatiyah

Selasa, 11 Mei 2010

RILEKS KEJAP BRO...TAHUKAH ANDA???

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.




2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10.Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11.Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12.Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13.Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



14.Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku !!

Isnin, 10 Mei 2010

MALAM PENUTUP RAKAN SETIA MASJID JAKIM-JHEAIPP-AADK PULAU PINANG

Antara yang hadir pada malam itu


Ucapan terima kasih oleh Ustaz Zakuan Sawai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sosial KESUMA JAKIM kepada semua pihak yang terlibat


Ucapan balas oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIPP Us Hj Ayob B Yacob yang turut merakamkan terima kasih kepada JAKIM kerana memilih Pulau Pinang untuk program kali ini.


Marhaban oleh Kumpulan Taman Guar Perahu


Keasyikan marhaban yang semakin dilupakan oleh masyarakat


Rangkap-rangkap yang memuji dan menghayati kehidupan Rasululullah SAW khairul bariyyah moga menjadi ikutan kepada pendengarnya


Jemaah yang memenuhi dewan Masjid Taman Guar Perahu


Dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil pada malam itu


Dokumentasi oleh unit rakaman Masjid Taman Guar Perahu yang merakamkan setiap program yang berjalan


Sesiapa yang berhajat dengan berkat bacaan Surah Yasin


Para hadirin memohon kepada Allah SWT semoga hidup diberkati dan dikurniakan keluarga yang bahagia disamping rezeki yang melimpah ruah kehidupan berjaya di dunia dan akhirat