Khamis, 29 April 2010

GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DI AMBIL SEMASA PENDAFTARAN IJTIMAK TAKMIR

Penolong Pengarah Qarya JHEAIPP Tn Hj Norzli b Mat turut hadir dan membantu dalam urusan pendaftaran peserta ijtimak kali ini.


Antara guru Takmir yang komited dan berdedikasi

Suasana sebuk di meja pendaftaran. Dapat buku JAKIM lagi 2 buah. Ayat Suruhan dan Ayat Larangan. Buat jangan tak buat.


Selepas mendaftar terus menjamu selera dengan sarapan yang disediakan

Us Hanif orang kuat Jabatan Mufti Pulau Pinang juga merupakan guru Takmir bersama Us Hasnan LO hari ini.

Ustazah-ustazah juga tidak kurang sebuk mendaftar di Sunway Hotel Seberang Jaya

SEKITAR IJTIMAK TAKMIR PULAU PINANG 2010

JAIPP SEDIA BAHAN TERKINI PERKASA GURU TAKMIR

SUMBER HARAKAH DAILY:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26293:jaipp-sedia-bahan-terkini-perkasa-guru-takmir&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100


Menaiki feri. Lautan sanggup ku renangi dengan feri untuk menghadiri Ijtimak Takmir


Mahukan pengalam syahdu? Naiklah feri di Pulau Pinang. Anda akan tertidur di  belai angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.


Urusetia En Hisham dari ICT JHEAIPP dan Cik Asmaa Pembantu Takmir bertungkus lumus membuat persiapan terakhir di dewan seminar.

Guru-guru Takmir Pulau Pinang bersarapan nasi lemak kopi O terlebih dahulu sebelum majlis perasmian. Sedap...sedap.Sekurang-kurangnya sebagai pelapik perut.

  
 Baru nak mula ke atau baru nak tambah lagi?

KPP Pengurusan Masjid dan Surau Ustaz Hj Ayob b Yaacob beramah mesra dengan Tn Hj Mohd Zaki b Hj Abd Halim Imam Utama Daerah Seberang Perai Selatan

POYO...BETUL KE? MAIN-MAIN LA KAU...



BETULKAH ORANG KITA SUKA MAIN-MAIN?
MEREKA KATA HIDUP SATU PERJUDIAN DAN PERMAINAN
MAIN-MAIN DALAM HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT
MAIN-MAIN DALAM IBADAH
MAIN-MAIN BACA AL QURAN DAN INGAT RASULULLAH
MAIN-MAIN DALAM BERTAUBAT
MAIN-MAIN DALAM BERJIHAD

APATAH LAGI HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PUN MAIN
BILA KERJA MAIN
KETIKA BELAJAR BOLEH MAIN
HENDAK DAN KETIKA MAKAN PUN BOLEH MAIN
YANG SADIS BAWAK KERETA PUN MAIN
ADA RASA WAKTU MUDA MASA UNTUK MAIN
HABIS GELONG MASUK PARIT
ADA YANG SAKIT MAIN

JALANKAN KERJA NABI PUN BERMAIN-MAIN
KONON DA'IE YANG MEMEGANG PANJI TUHAN PUN MAIN-MAIN
BILA DA'IE MAIN MAD'U AKAN LEBIH MAIN, MAIN, MAIN DAN MAIN
APA NAK JADI DENGAN UMMAH YANG SUKA BERMAIN?

SUNGGUH PARAH APABILA KETIKA BERMAIN PUN BOLEH MAIN-MAIN LAGI

HAKIKATNYA HIDUP KITA SUKA MAIN
MAIN LAWANYA SERIUS
SERIUS LAWANNYA CINCAI
SERIUS SAMA DENGAN KESUNGGUHAN
KESUNGGUHAN SAMA DENGAN ITQAN

JADILAH ORANG YANG ADIL DENGAN DIRI SENDIRI


ADAKAH MUSUH PERNAH MAIN-MAIN UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM?....HUH!

Selasa, 27 April 2010

GAMBAR SEKITAR MALAM PERTAMA PROGRAM RAKAN SETIA MASJID-UNTUK PENAGIH DADAH PRA BEBAS

Berwirid selepas solat fardhu Isya'


Di imamkan oleh imam masjid Taman Guar Perahu


Penolong Pengarah Takmir Pulau Pinang, penceramah dan Penyelaras Program Us zaki dari JAKIM


Di antara peserta yang sedang bersiap sedia mengikuti program Muhasabah Diri


Urusetia JAKIM bertungkus lumus menyiapkan LCD dan projektor serta laptop untuk digunakan dalam program malam ini

Dibahagian belakang adalah ahli jawatankuasa Masjid Taman Guar Perahu yang turut berminat untuk mengikuti program Muhasabah diri


Ustaz Salahuddin Sulaiman Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Utara Butterworth sedang menyampaikan cerita Singa, manusia, telaga, tikus dan ular anaconda


Program berkahir 10.30 malam dan peserta tidak bosan mendengar ceramah yang disampaikan

26 April 2010. Bermulalah program Rakan Setia Masjid anjuran Bahagian KESUMA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang selama 5 hari 5 malam. Peserta terdiri daripada mereka yang sedang menjalani pemulihan dadah di PUSPEN Kg Selamat dan PUSPEN Bukit Mertajam. Muhasabah pada malam ini menekankan pentingnya berubah kepada kebaikan dan mengingati mati adalah jalan yang terbaik sebagai perisai kepada kejahatan yang hendak dilakukan. Kata-kata yang masyhur daripada Saidina Umar r.a " Hisablah(hitunglah) diri kamu sebelum kamu dihisab dihadapan Allah. Dan timbanglah amalan kamu sebelum ianya ditimbang dihadapan Allah" .

Ahad, 25 April 2010

CERAMAH ANJURAN KOPERASI SG GELUGOR DAN JABATAN HAL EHWAL KHAS PULAU PINANG

Tajuk Penyatuan Ummah. Tapi ada orang yang tergelak sinis apa bila tajuk ini disampaikan. Ada yang tidak suka apabila ummah  nak bersatu. Ada yang ambil sikap tidak peduli. Ada yang menyatakan buang masa. Ada yang tidak mahu ambil berat. Ada yang sudah alegik. Ada yang saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Ada yang mengatakan : Cobaan.!..Cobaan! (baca dalam lenggok filem Bujang Lapok)...dan lain-lain.
Jika beginilah sikap kita sampai kiamat pun ummah tidak akan bersatu.
Tempat penyatuan ummah adalah di masjid. Kerana itu Rasulullah begitu sayang akan rumah Allah ini. Namun sebahagian masjid kini menjadi gelanggang silat antara pentadbirnya, imam, bilal, siak dan jemaahnya sendiri.
Ummah perlu muhasabah diri dan melihat kepada cermin sejarah Islam hanya dengan penyatuan ummah ini Islam akan gemilang.
3 perkara yang menjadi sebab perpecahan ummah di negara kita: politik, bid'ah tak bid'ah dan ajaran sesat. Renung-renungkanlah wahai ummah.
Aktiviti-aktiviti yang boleh membantu proses penyatuan ummah yang dituntut dalam Islam:
1-SENTIASA SOLAT BERJEMAAH DI SURAU, MASJID DAN DI RUMAH BERSAMA KELUARGA.
2-MENGHADIRI MAJLIS WALIMATUL 'URUS TERUTAMA YANG BERDEKATAN
3-MENZIARAHI ORANG SAKIT TERUTAMA BERHAMPIRAN
4-MENGHADIRI MAJLIS BACAAN TAHLIL, YASIN YANG DI BUAT DALAM QARYAH
5-BERSAMA AHLI MASYARAKAT DALAM MAJLIS GOTONG ROYONG
6-HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN, ULAMAK, UMARA' DAN MASYARAKAT
7-SENTIASA HADIR DALAM MAJLIS ILMU DALAM KAWASAN QARYAH
8- SENTIASA BERPERASAAN MERENDAH DIRI DALAM APA JUA KEADAAN

Perkara yang kena dijauhi :
1-TIDAK MENGHAYATI AJARAN ISLAM YANG TERDAPAT DALAM AL QURAN
2-MEMBENTUK PUAK-PUAK DALAM MASYARAKAT
3-MENYISIHKAN DIRI DARI AKTIVITI KEMASYARAKATAN
4-IBU BAPA YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT KEGIATAN ANAK-ANAK DI DALAM ATAU LUAR KAWASAN TEMPAT TINGGAL
5-PERGAULAN BEBAS DAN MENCERITAKAN HAL-HAL KEBURUKAN ORANG LAIN
6-TIADA SIKAP DAN SIFAT TOLONG MENOLONG ANTARA AHLI MASYARAKAT
7-MELAKUKAN PERKARA YANG MENYALAHI SIFAT DAN PERLAKUAN SEORANG MANUSIA
8-SELALU MELAKUKAN MAKSIAT DAN TIADA SEBARANG USAHA PENCEGAHAN
9-TIDAK MENGHIRAUKAN TEGURAN KHUSUSNYA ORANG TUA DAN IBU BAPA
10-MENJAUHKAN DIRI DARI MASYARAKAT DAN BERSIKAP "AKU TIDAK SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG"

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW DI SURAU KG ASAM, JELUTONG PULAU PINANG

Kaum wanita mendengar santapan rohani selepas santapan telinga (marhaban)

24 April 2010 jam 11.15 pagi bertempat di Surau Kg Asam Jelutong satu aktiviti marhaban telah diadakan oleh Pergerakan Wanita Jelutong yang di ketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Sharifah Aminah. Selepas marhaban satu ceramah berkaitan Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Takmir diadakan. Dalam ceramah ini turut disentuh petua bagi meningkatkan ukhuwah seperti yang Rasulullah SAW buat iaitu 3 S:
1-Senyum 2 inci
2-Salam Semut
3-Sahabat Sejati


Ucapan aluan daripada Dato' Sharifah kepada seluruh kaum wanita yang memenuhi ruang surau sebelum menjemput Penolong pengarah Takmir untuk memberikan ceramah berkaitan maulidur rasul

Dato' Sharifah Aminah dalam satu wawancara di TV

Majlis berkahir dengan jamuan makan tengah hari

Sabtu, 24 April 2010

KHEMAH IBADAH SAUDARA KITA 2010

Merdeka Beach Resort, Kedah


Bertempat di Merdeka Beach Resort satu perkhemahan ibadah untuk saudara kita telah di adakan dari 23 -25 April oleh Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Seramai hampir 70 orang peserta telah menghadiri kem ini. Peserta bertolak dari Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam dan ada yang datang sendiri dari Pulau Pinang.


Peserta lelaki  Saudara Kita sedang meregangkan otot sebelum sesi pertama dijalankan


Peserta wanita Saudara Kita pun sama-sama untuk menghilangkan rasa penat perjalanan siang tadi


Antara slot yang diisi:
1. Keindahan Islam: Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim-penolong pengarah Takmir JHEAIPP
2.Cergas Iman Islam: Tn Hj Norzli b Mat: Penolong pengarah Qaryah JHEAIPP
3.Langkah Gagah Menuju Keredhaan Allah:Hj Muhammad Fathurrahman b Hj Haron SK Bumbung 5
4. Penutupan: Hj Ghazali b Hj Saad: KPP Dakwah JHEAIPP


Semua peserta sedang mendengar arahan seterusnya dengan penuh minat


Penolong Pengarah Takmir sedang menyampaikan ceramah "Keindahan Islam" kepada peserta