Rabu, 8 Ogos 2012

Malaikat Pencatat Selawat

 
 
 
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." 
 
Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."
 
 
Huraian Hadith: 
 
Pengajaran hadith:

i) Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang mukmin akan dibalas oleh Allah S.W.T dengan ganjaran yang setimpal sekalipun amalan itu Cuma sekecil zarah.

Ii) Di hari akhirat kelak, bagi orang yang membanyakkan ˜jenis' amal kebajikannya, para malaikat syurga akan memberikan kemuliaan dan penghormatan yang tinggi kepada mereka sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk melalui pintu yang dijaganya.

Iii) Sebaik-baik amal adalah yang disertai dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (riya') dan sebagainya kerana hal ini amat dibenci oleh Allah.

iv) Di samping melakukan ibadah wajib kita juga digalakkan mempelbagaikan amalan sunat kerana yang demikian itu boleh menguatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.
 
 
 

Selasa, 7 Ogos 2012

Keistimewaan Ramadan

Keistimewaan Ramadan

Umat Islam berpeluang memperoleh pahala orang yang berpuasa apabila menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa. - Gambar hiasan 
 
RASULULLAH SAW telah ditaklifkan oleh Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Taklifan dan bebanan tanggungjawab yang perlu dibawa oleh baginda ini tentunya lebih berat kerana menjadi penyempurna dan pelengkap kepada ajaran syariat-syariat terdahulu.

Sebagai umat kepada Nabi akhir zaman, kita perlu menerima hakikat bahawa umur yang diperuntukkan oleh Allah SWT terlalu singkat berbanding umat-umat terdahulu. Rata-rata umur umat Rasulullah SAW ialah 60 hingga 70 tahun sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud; "Umur umatku di antara 60 sehingga 70 tahun. Dan sedikit sahaja di kalangan mereka yang melebihi tempoh tersebut." (riwayat al-Hakim Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Peruntukan umur ini jelas terlalu singkat berbanding umur umat-umat terdahulu. Sebagai contoh, tempoh Nabi Nuh a.s berdakwah mencecah 950 tahun sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran. (rujuk al-Ankabut: 15)

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, Allah SWT menurunkan ayat ini sebagai motivasi kepada Rasulullah SAW agar tidak berdukacita dan berputus asa dengan penentangan kafir Quraisy kerana Nabi Nuh a.s sendiri terpaksa berhadapan dengan penentangan kaumnya walaupun telah melakukan dakwah selama 950 tahun. Namun, hanya segelintir sahaja yang beriman kepada Baginda. Tempoh tersebut hanyalah jangka masa berdakwah, tidak termasuk jangkauan umur baginda yang sebenar, mungkin melebihi 1,000 tahun. Wallahu a'lam.

Jelas di sini bahawa jika dibandingkan dari sudut masa dan tempoh hidup, tentunya umat Nabi SAW mempunyai ruang yang terlalu sedikit. Bukan itu sahaja, apabila berada di penghujung zaman, masa seakan-akan cepat serta pantas berlalu.

Lihat sahaja kepada hadis Nabi SAW yang menggambarkan fenomena ini pasti berlaku di akhir zaman. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." (riwayat Tirmidzi)

Dalam kerangka untuk berhadapan dengan kondisi umur pendek dan masa singkat ini, Nabi SAW telah berpesan kepada Ibn Umar r.a: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. (riwayat al-Bukhari)

Apabila seseorang itu seimbas berfikir, seiring dengan kedangkalan ilmu, dia akan merasakan kerugian menjadi umat Nabi akhir zaman. Umur yang pendek hanya memberikan ruang yang sedikit kepada umat Nabi SAW untuk melakukan ibadah. Begitu juga masa yang pantas berlalu akan menyebabkan umat Islam tergesa-gesa dalam melakukan ibadah serta kerja-kerja sehariannya.
Namun, sekiranya diamati dengan sebenar-benarnya, rupa-rupanya di sana terdapat hikmah yang terlalu tinggi di sebalik kondisi umat akhir zaman ini. Umur yang singkat dan masa yang pantas sebenarnya akan menjadikan manusia yang benar-benar beriman tidak mempunyai waktu untuk melakukan maksiat dan dosa.

Ini kerana waktu yang ada semuanya dimanfaatkan untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT. Tidak pernah amal ibadah yang dilakukannya diselangi dengan maksiat kepada Allah SWT. Umur yang singkat juga dimanfaatkan benar-benar untuk memastikan kehidupannya menuju ke syurga Allah SWT.

Orang yang mempunyai kesedaran sebegini, tidak akan mempersia-siakan masa sebagaimana kebanyakan manusia yang lain. Sabda Rasulullah SAW: Terdapat dua kenikmatan yang kebanyakan manusia mensia-siakannya (terhalang daripada mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang. (riwayat Al-Bukhari)

sumber.........

Jumaat, 3 Ogos 2012

MENJAGA AGAMA : TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN RAKYAT

MENJAGA AGAMA : TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN RAKYAT

Ramadhan adalah bulan kita memperkukuhkan aqidah kita secara individu dan secara kolektif. Puasa pada siang hari dan melakukan segala macam ibadat pada malam hari tanpa menghiraukan rintangan yang ada , adalah biasan kepada sikap umat Islam yang sanggup berbuat apa sahaja demi memenuhi tuntutan agama. Alangkah baiknya jika semangat yang sama kita padukan dalam menghadapi cabaran-cabaran kepada Islam dan umatnya.

Baru – baru ini satu surat bertarikh 18 Julai 2012 dari The Christian Federation of Malaysia telah diedarkan kepada gereja – gereja dan umat kristian berkaitan pilihanraya umum akan datang. Antara intipati surat berkenaan adalah menyeru agar kristian menggunakan hak mengundi untuk memilih kerajaan akan datang yang lebih maju.

Antara petikannya ialah “In term of our vision for a better Malaysia, CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priorities” (dari segi visi kita supaya Malaysia semakin maju , CFM menggalakkan agar setiap umat kristian di Malaysia memikirkan perkara-perkara terpenting berikut)

Di antara senarai terpenting berkenaan ialah seperti yang diungkapkan “A nation where religious freedom to profess, practice and propagate one’s religion is allowed to flourish without undue curtailment from the law, restrictions or even prohibition” (Sebuah Negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan)

Umat Islam di Malaysia perlu kembali sedar bahawa anugerah Allah yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam. Di dalam al Quran , secara tuntas mengatakan bahawa Islam hanyalah satu-satunya cara hidup yang diiktiraf (surah Ali Imran ayat 19) dan Allah tidak menerima cara hidup selain daripada Islam (surah Ali Imran ayat 85). Nabi SAW meletakkan asas Islam mesti mengatasi yang lain (hadtih hasan no: 3065 al Jami’ al Sagheer). Umat Islam patut lebih sedar bahawa kewajipan mempertahankan aqidah yang mulia ini daripada segala gangguan dari dalam dan dari luar. Pastikan bahawa hak memilih kerajaan akan datang kita gunakan sepenuhnya untuk memilih pemimpin yang tiada kompromi di dalam mempertahankan aqidah.

Apa yang sepatutnya kita perjuangkan ini berasaskan kewajipan agama dan tindakan kita selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan penjagaan Islam. Selama ini pun terbukti tidak penindasan terhadap pengamalan agama-agama lain.

Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama lain hanya disebut secara umum sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara sahaja. Perlembagaan menjamin bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Islam telah termaktub di dalam perlembagaan negara sebagai agama bagi Persekutuan menerusi perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan; namun agama-agam lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan dengan erti kata boleh diamalkan selagi ia tidak menghakis keamanan dan kedamaian agama Persekutuan iaitu Islam.

Menurut Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama Persekutuan selain Perkara 3(1) seperti Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Sebagai rakyat muslim negeri ini saya sangat berharap dan merayu agar Kerajaan Negeri Perak dapat menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 (En. 10/88).

Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembangunan syiar Islam. Manakala Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam.

Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mendengar kes-kes dan isu agama Islam dalam keadaan Mahkamah Sivil tidak boleh campurtangan , membatalkan ataupun tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah menerusi peruntukan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Semua rakyat segenap peringkat perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan aqidah masing-masing serta keluarga terpelihara dan mesti menggunakan hak memilih pemimpin ketika pilihanraya nanti tokoh-tokoh yang meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan lain samada kepentingan peribadi, kelompok mahupun mengamalkan siasah “mengambil muka’ orang lain sehingga prinsip menjaga aqidah dijadikan barang tawar menawar. Bagi rakan-rakan yang buka beragama Islam kita kekalkan suasana harmoni yang terjalin untuk sekian lama dengan menghormati undang-undang Negara kerana Islam mengajar umatnya agar tidak menzalimi orang lain walaupun berlainan kepercayaan.

Umat Islam di Negara ini perlu memahami dan mempertahankan saki-baki peruntukkan-peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Islam di samping tidak berhenti berusaha memperbaikinya dari masa ke semasa. Janganlah kuasa yang diburu atau dikekalkan sehingga melepaskan sedikit demi sedikit asset yang sedia ada. Bak kata pepatah “Yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat”.

Dalam konteks Malaysia, saya berpendapat aqidah umat Islam masih memerlukan benteng undang-undang untuk dipelihara di samping usaha dakwah dijalankan disebab gambaran yang Nabi SAW utarakan dalam hadith baginda, memang benar-benar berlaku “...bersegeralah kamu berbuat amal soleh sebelum fitnah datang seperti datangnya kegelapan malam. Sehingga seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi tetapi kafir pada sebelah petangnya. Atau beriman pada petang hari tetapi kafir pada waktu subuh, menjual agamanya dengan kepentingan dunia.” (Sahih Muslim :118)

Hj Zamri Hashim
Timbalan Mufti Perak.
 
sumber.............. 

Khamis, 2 Ogos 2012

Keindahan Ramadan

Keindahan Ramadan

Pemandangan biasa bulan Ramadan dan menjelang Syawal. - Gambar hiasan
 
REJAB seperti angin yang mula bertiup, Syaaban seperti sekumpulan awan hitam bergumpalan dan Ramadan adalah seperti titisan air hujan yang menurunkan seribu rahmat. Begitulah alunan puisi indah daripada Abu Bakar Al-Warraq.

Kita sentiasa berdoa dan merasa amat bertuah, kerana diizinkan Allah untuk bertemu semula Ramadan. Umat manusia seringkali berharap agar dapat bersamanya sehingga ke akhirnya dan bertemu lagi dengan Ramadan di tahun-tahun yang mendatang.

Kita mahu menjadi golongan mukmin yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan Ramadan, mereka pasti mengharapkan biarlah Ramadan itu sepanjang tahun. (riwayat At-Tabrani).

Ramadan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu-batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Islam yang berada di antara Syaaban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam supaya berpuasa selama sebulan.
Manakala dari segi bahasa pula ditakrifkan sebagai menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti; makan, minum dan bercakap. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT melalui surah Maryam, ayat 26 yang bermaksud: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al-Rahman.

Adapun dari segi istilah syarak pula, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang membatalkannya di malam hari bermula daripada terbit fajar hingga matahari terbenam beserta dengan niat berpuasa di malam hari.

Namun apakah umat Islam hanya bersedia melakukan ibadah puasa sekadar menahan diri daripada makan dan minum mengikut waktu yang ditetapkan sahaja, tetapi pada masa yang sama segala perbuatan-perbuatan yang keji masih diteruskan sekalipun ketika berpuasa?

"Bukanlah puasa namanya, hanya sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi puasa yang sebenar ialah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan bercakap kotor (keji), sekiranya ada orang yang memaki hamun kamu atau memperbodohkan kamu, maka katakanlah padanya sesungguhnya aku ini berpuasa." (riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

Pensyariatan berpuasa pada bulan Ramadan telah difardukan pada bulan Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan baginda SAW. (rujuk al-Baqarah: 183)

Yang dikatakan Ramadan adalah bulan Islam yang hebat ialah di dalamnya terdapat 1001 kenikmatan, kerahmatan dan keampunan daripada Allah SWT melalui salasilah pensyariatannya kepada umat Islam.

Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran dan disebut (syahru ramadana) yang mana terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. Ramadan juga merupakan bulan di mana Nabi Muhammad mengambil alih Mekah daripada Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
Di dalamnya juga terdapat malam al-qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bulan ini juga dipilih sebagai bulan untuk melakukan ibadat puasa dan ibadat-ibadah lain seperti bertadarus al-Quran, qiamullail, berzikir dan berselawat serta ibadah-ibadah sunat yang lain.

Kesimpulannya, Ramadan merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang mempunyai kehebatannya tersendiri. Jika kata-kata “Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad dan Ramadan adalah bulan umat" adalah tepat sama sekali.

sumber..............

Rabu, 1 Ogos 2012

Aleppo: Syria's key battleground?


    
 Aleppo: Syria's key battleground?
As the Free Syrian Army makes gains in Aleppo, we analyse the government's strategy to retake the 
Aleppo, Syria's second and largest city, has become a key battleground in the 17-month uprising against Bashar al-Assad's government.
"The battle of Aleppo is a senior battle, the mother of the battles .... Insurgents and opposition took advantage that the Syrian army was really busy in fighting inside Damascus and they succeeded to establish a surge inside Aleppo .... The Syrian army is planning to surround Aleppo, ... they will ask the population to leave and they will cut any support to the insurgents inside Aleppo."
- Hisham Jaber, a retired Lebanese army general
It is the country's commercial capital and its biggest urban area near the border with Turkey where rebels have taken control of a number of border crossings.
The Free Syrian Army (FSA) launched a major offensive in Aleppo a week ago but Bashar al-Assad's army is launching a major push to drive out rebels fighters, taking two days to manouevre heavy weapons into positions around the city.
And in the surrounding countryside, the FSA appears to be making gains.
Activists say helicopter gunships are firing into the Salaheddine and al-Sukkari neighbourhoods. Explosions have also been heard in the al-Firdous neighbourhood.
And there have been reports of an exchange of gunfire near the Mahatet Baghdad railway station, as well as government army tanks in a number of other neighbourhoods.
In the town of al-Bab, just half an hour's drive from Aleppo, al-Assad's army has retreated to a base on the outskirts, from where it has been shelling the town and shooting at civilians.




"This regime is using 500kg bombs in Aleppo ... in a way of a collective punishment, it itself showed us and proved that the regime is out of control .... If the ... Free Syrian Army somehow gets Aleppo, it naturally will create ... a no-fly zone because between Aleppo and Turkey there is almost nothing and everything is almost under control of [the] Free Syrian Army and [the] Assad regime will be forced out of Aleppo."
- Taha Ozan, the director general of the Foundation for Political, Economic and Social Research
The fighters are surprised at how much they have achieved in a matter of a few days. The catalyst, they say, was the killing of the military and security chiefs in Damascus. That blow against the regime gave them new confidence.
The FSA in al-Bab believes it is only a matter of days before the remnants of the regime's army surrender.
The opposition fighters are much closer now to realising their objective and they are achieving it with home-made bombs hidden in trees, kalashnikovs, hand grenades and rocket-propelled grenades.
There is a lot at stake for both sides in this battle, so what are the government tactics to retake Aleppo?
Inside Syria, with presenter Laura Kyle, discusses with guests: Taha Ozan, director general of the Foundation for Political, Economic and Social Research; Hisham Jaber, a retired Lebanese army general; and Monzer Eid al-Zamalkani, a research fellow at the Centre for Syrian Studies at Saint Andrews University.

" ... the people of Aleppo must be free - and they will be victorious, because their cause is a just cause and the cause of Syria is a just cause."
Yusuf Ahmed al-Chader, a FSA commander




sumber............ 

Selasa, 31 Julai 2012

Niat betul sahaja tidak cukup. Cara yang betul, juga suatu tuntutan.

مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ، مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ، فَقَالُوا: لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا، وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا، فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعاً، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا

Maksudnya:
Perumpamaan orang-orang yang menegakkan hukum-hukum Allah dan orang-orang yang melanggarnya bagaikan suatu kaum yang mencabut undi untuk berbagi-bagi tempat di sebuah kapal, sebahagian dari mereka ada yang mendapatkan bahagian atas kapal, dan sebahagian lainnya mendapatkan bahagian bawahnya. Orang-orang yang berada di bahagian bawah kapal, jika hendak mengambil air, melewati orang-orang yang berada di atas mereka. Mereka berkata, “Seandainya kita melubangi bahagian kita dari kapal ini, niscaya kita tidak akan mengganggu orang-orang yang berada di atas kita.” Apabila mereka semua membiarkan orang-orang tersebut melaksanakan keinginannya, nescaya mereka semua akan binasa; jika mereka mencegah orang-orang tersebut, nescaya mereka selamat dan menyelatkan semuanya.
 (HR al-Bukhari)

Kapal itu tenggelam bukan kerana sabotaj musuh. Bukan kerana ia dilayari pengintip atau munafiq. Tetapi kapal itu tenggelam akibat sebahagian penumpang, berniat betul lalu menzahirkannya melalui perbuatan yang tidak betul.

Niat betul sahaja tidak cukup.


Cara yang betul, juga suatu tuntutan.
 
 

Isnin, 30 Julai 2012

Pengabdian Syeikh Soleh Al Ja'fari

Pengabdian Syeikh Soleh




AL-'Allamah al-Imam Syeikh Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin al Rifa'i adalah seorang ulama unggul yang bersambungan nasabnya dengan Sayyiduna Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain bin Ali dan Fatimah al-Zahra' binti Sayyiduna Muhammad SAW. Dilahirkan pada hari Khamis 10 Jamadilakhir tahun 1328 Hijrah di Dunqula, Sudan.

Ramai yang menyangka dan tersalah faham mengenai perkataan al Ja'fari pada penisbahan dirinya dan namanya sehingga menyangka bahawa beliau adalah pengikut mazhab Syiah al Ja'fariah sedangkan beliau berakidah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Maliki dalam ilmu Feqah. Manakala penisbahan kepada al Ja'fari hanyalah kepada keturunan dan datuk moyangnya sahaja.

Bapanya adalah seorang petani yang bersungguh-sungguh dalam menguruskan kerja perladangan demi menyara keluarganya. Manakala pada waktu malam beliau bangun dan beribadat kepada Tuhannya sehingga hampir waktu solat Subuh. Beliau pergi awal ke masjid, sama ada pada musim panas atau sejuk lalu membuka pintu masjid dan menyalakan lampu-lampu, menunggu para jemaah, menjadi bilal dan mengimamkan solat. Beliau beristiqamah dalam ibadahnya, sentiasa solat berjemaah dan duduk di dalam saf yang awal sepanjang umurnya yang melebihi 90 tahun.

Semenjak kecil lagi Syeikh Soleh memiliki perasaan belas ihsan dan kasih sayang kepada masyarakat sekitarnya. Apabila datang fakir. Beliau akan memberi barangan tanpa mengambil sebarang bayaran daripada mereka. Semenjak kecil lagi, beliau sibuk menuntut ilmu, berdamping dengan mushaf al-Quran serta menghafaznya ketika berusia 14 tahun di Masjid Dunqula, Sudan.
Beliau sentiasa pergi ke masjid dan sekiranya ditanya, ibunya sering menjawab: "Soleh berada di masjid menghafaz al Quran."

Ketika tidur, beliau meletakkan mushaf di sisinya dan apabila terjaga pada bila-bila masa pada waktu malam, beliau akan membacanya.
Di antara guru yang bertanggungjawab dalam pentarbiahan rohaninya ialah Sayyid Muhammad al-Syarif iaitu cucu kepada ulama dan wali Allah yang masyhur iaitu Sayyid Ahmad bin Idris. Syeikh Soleh duduk di bawah pentarbiahannya semenjak berusia 19 tahun.
Belajar di al-Azhar Syeikh Soleh pergi ke al-Azhar ketika berumur 16 tahun untuk menuntut ilmu daripada para ulama di sana.

Beliau pernah bermimpi melihat Sayyid Ahmad bin Idris berkata kepadanya: "Allah bersamamu, bacalah Feqah mazhab yang empat."
Salah seorang syeikhnya berkata, "Sekiranya mimpi ini benar, bermakna engkau akan pergi ke Universiti al Azhar."

Pemergiannya ke Mesir mengalami banyak kesulitan kerana jarak perjalanan dari Sudan amat jauh dan merumitkan dengan terpaksa menempuh padang pasir dan bukit-bukau.
Di al-Azhar beliau belajar dengan penuh kesungguhan dalam keadaan meninggalkan tanah air, keluarga dan anak-anak. Beliau tidak pernah mensia-siakan waktu dengan perkara yang tidak berfaedah walaupun seketika.

Syeikh Soleh juga tidak pernah meninggalkan syeikh-syeikhnya walau sekali melainkan sering bersama dan duduk dalam majlis pengajian mereka. Beliau berjaga malam untuk menuntut ilmu, berzikir, membaca al-Quran dan beribadat.
Beliau berkata: "Tidak ada suatu kelazatan yang setanding dengan kelazatan beribadat."
Beliau juga menggunakan tasbih dengan seribu biji sering duduk di al-Azhar dengan bertasbih kepada Allah sehingga solat Subuh. Ketika usia mudanya, beliau mampu mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga kali sehari dengan taufik daripada Allah.

Ketika menuntut di al-Azhar, bapanya mengirim sebanyak 10 Pound Mesir setiap bulan. Pada era tahun 30-an, nilai tersebut adalah besar.
Akan tetapi Syeikh Soleh membelanjakan wang tersebut dengan bersedekah kepada pelajar miskin di al-Azhar.

Beliau hidup dan makan makanan yang ringan bersama mereka, bahkan seringkali tidak makan beberapa hari dan tidur dalam kelaparan.

Semasa pengajian, Syeikh Soleh amat bersungguh-sungguh dan banyak bertanya untuk mengambil segala manfaat dan ilmu tambahan daripada syeikh-syeikh yang mengajarnya. Pengajianya tidak hanya terhenti di al-Azhar, bahkan beliau berusaha untuk mencari ilmu di tempat lain seperti, pengajian Syeikh al-Syubrawi di Masjid al-Nur Mesir.

Di sana terdapat ramai syeikh yang telah mencurahkan faedah ilmiah, ijazah dan barakah kepada Syeikh Soleh sehingga menjadikan beliau bintang yang bersinar gemilang di kalangan jaguh-jaguh ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Antara mereka ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al Samaluti, Syeikh Muhammad Bakhit al Muti'i, Syeikh Habibullah al Syanqiti , Syeikh Ali al Sya'ib, Syeikh Yusuf al Dijwi, Sayyid Ahmad al Ghumari, Sayyid Abdullah al Ghumari, Syeikh Hasan al Masysyat, Sayyid Abdul Khaliq al Syubrawi, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf dan ramai lagi.

Setelah menghabiskan seluruh usia dan kehidupan pada jalan ilmu, amal dan dakwah, beliau kembali menemui Ilahi pada petang Isnin 18 Jamadilawal 1399 Hijrah dan disemadikan Hadiqah al-Khalidin, al Dirasah Kaherah.

sumber.........