Khamis, 18 November 2010

Berkorban Apa Saja -Allahyarham Tan Sri P.Ramlee




P. Ramlee



Berkorban Apa Saja



Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia



Kepentingan sendiri

Tidak diingini

Bahagia kekasih

Saja yang diharapi



Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia

hmm... hmm... hmm...



Untuk menjadi bukti

Kasih yang sejati

Itulah tandanya

Jika mahu diuji



Berkorban apa saja

Harta atau pun nyawa

Itulah kasih mesra

Sejati dan mulia



Rabu, 17 November 2010

Kelebihan Zulhijjah



Oleh Zaharuddin Abd Rahman


BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.



Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani)





Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)



Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)



Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)








Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:



1. Berzikir.



Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)



Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.



2. Berpuasa.



Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.



Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)



Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.



3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.



Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.



4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.



Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.



Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.



5. Bertakbir.



Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.



6. Melakukan sembelihan korban.



Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)



Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”



Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.



Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)



Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.



Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.



Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.



Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.



Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.



Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.



Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)



Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.



Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.



Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”



Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).



Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.



Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.



Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.



Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.



Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)



Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.



Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.



Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.



Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).



Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

http://www.hmetro.com.my/articles/KelebihanZulhijjah/Article

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 2010 M / 1431 H


SEMOGA PENGORBANAN NABI-NABI DAN RASUL DAPAT KITA SERAPKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MUSLIM.
SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MULAI SAIDINA MUHAMMAD S.A.W, AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI WARGA TAKMIR JHEAIPP

HARI PENYAMPAIAN HADIAH TADIKA ISLAM MASJID NEGERI PULAU PINANG DAN KAFA 2010

HARI PENYAMPAIAN HADIAH TADIKA ISLAM MASJID NEGERI PULAU PINANG DAN KAFA 14  November 2010

Us Fairus selaku pengacara majlis pada hari itu

Antara ibubapa yang hadir memnuhi ruang legar Masjid Negeri Pulau Pinang

Ustaz Talhah, Pengetua Tadika Islam Masjid Negeri Pulau Pinang menyampaikan kata-kata aluannya. Pendidikan Agama menjadi teras kepada pembentukan generasi muda Islam

Pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat sampingan, tetapi ia merupakan pendidikan teras kepada kehidupan seorang yang bergelar muslim. Begitulah kata-kata Ustaz Zulkhairy, Timbalan Imam Besar semasa ucapan perasmian

Pendidikan agama menjamin kecemerlangan di dunia dan lebih penting lagi di akhirat. Jadikan Agama keutamaan dalam kehidupan.


Wajah-wajah pelapis generasi Islam yang unggul.
Anak-anak TADIS usia 6 tahun mempersembahkan nasyid Nabi Yusuf

Tidak ketinggalan nyanyian Dikir Barat dengan penuh semangat menghayati tradisi bangsa. Bermacam gaya

Nyanyian anak-anak TADIS 4 tahun "Padi-padiku"

Nasyid di dalam bahasa arab tentang anggota badan manusia. Mereka menyanyikan dengan fasih.

Timbalan Imam Besar menyampaikan hadiah kepada pelajara KAFA

GUNUNG MERAPI (INDONESIA) VS GUNUNG VESUVIUS(POMPEII ITALI)

Gunung merapi yang meledakkan abu dan batuan adalah yang terkuat di abad ini

Rumah-rumah diliputi abu Gunung Merapi saling tak tumpah seperti apa yang telah berlaku di Pompeii
Untuk mengelakkan abu dan asap beracun

Haiwan mati bergelimpangan

Bandar dan kediaman habis tertimbus oleh debu dan batu seolah-olah tiada siapa yang pernah mendiami tempat itu. Pohon-pohon habis mati kelayuan. Tanda kekuasaan Allah SWT


                                                                           VS

Alqur'an mengisahkan kepada kita bahwa tidak ada perubahan dalam hukum Allah (sunnatullah):
“Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah mereka kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran), karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (QS. Al-Faathir, 35:42-43).

                                      
                                          Gunung berapi yang dikatakan tidur telah meletus dengan kehendak Allah        
                                          SWT hingga dikatakan bahawa seluruh Itali dapat
                                          melihat api tersebut tambahan pula gegarannya
 
 
Azab Allah selalunya datang pada waktu malam ketika manusia semua nyenyak tidur


Runtuhan Pompeii yang telah digali semula berlatar belakang Gunung VEsuvius

Manusia yang sudah bertukar batu menjadi bukti akan ketakutan yang tidak terperi ketika saat mereka di azab oleh Allah

Manusia yang sudah bertukar menjadi batu kekal sebagai pengajaran bagi mereka yang berakal

Adakah Gunung Merapi menjadi peringatan kembali kepada manusia akibat perbuatan mereka sendiri? 

PENCERAIAN PASANGAN ISLAM YANG MEMBIMBANGKAN. KENAPA INI TERJADI?

ARKIB : 15/11/2010 UTUSAN ONLINE





10 tahun pertama terdedah perceraian



Oleh NORILA DAUD

pengarangutusan@utusan.com.my



BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.



Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.



Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.



Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.



"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Keluarga Sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan musim kedua di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.



Turut hadir pada majlis itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Halid Sintol, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya serta 200 peserta yang bakal mendirikan rumah tangga.



Othman juga memberitahu, sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian pula direkodkan pada tahun berkenaan.



Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.



Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, perbelanjaan membayar hutang, kenderaan, persekolahan anak, pengasuh dan bantuan kepada ibu bapa yang sudah tua.



Katanya, perlu diingat perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak, justeru isu-isu gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kini adalah mereka dari keluarga kucar kacir dan tidak stabil.



Menurut Othman, rumah tangga yang kucar kacir juga mewujudkan anak-anak atau keluarga yang rendah jati diri dan lemah harga diri.

MENZIARAHI BALU ALLAHYARHAM TN HJ OTHMAN BIN SALLEH GURU TAKMIR SEBERANG PERAI TENGAH YANG TELAH KEMALANGAN

Di hadapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Pintu masuk utama ke Bahagian Pentadbiran

Dihadapan rumah Allahyarham di Kg Pertama Seberang Perai Tengah

Ustaz Ku Anuar PPMD SPT bertanya khabar kepada balu Allahyarham

KPP PMS Us Ayob dan PP Takimr Us Imran juga turut hadir

Cik Asma Pembantu Takmir menyampaikan sedikit sumbangan dari Unit Takmir JHEAIPP