BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Khamis, 15 Julai 2021
Sarapan bersama Emak di Medan Dato Sagor Ipoh-Ya Allah Rahmati Ibuku
Sebelum PKP 3.0 bersarapan bersama bonda kami di Medan Dato Sagor berhadapan Masjid Sultan Idris Shah II iaitu Masjid Negeri Perak. Medan selera ini meriah dengan pelbagai makanan dan minuman dari semua bangsa. Peniaga Melayu, Cina dan India disini bersama menyediakan beraneka juadah untuk dinikmati.
Medan Dato Sagor mula sebuk dari pagi dan tengahari dengan kakitangan kerajaan dan orang ramai yang menjamu selera. Ia ditutup pada sebelah malam.
Terletak berhampiran stesen keretapi Ipoh dan juga tidak jauh dari stesen bas lama Ipoh.
Di sini juga ada jam besar yang dibina oleh anak Residen pertama Inggeris JWW Birch bagi mengingati bapanya.
Sabtu, 1 Mei 2021
Doa Khatam Al-Quran (Terjemahan Bahasa Melayu) Sempena Nuzul Al-Quran
*DOA KHATAM ALQURAN-TERJEMAHAN*
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)
SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM, PUJIAN ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR DAN KESUDAHAN YANG BAIK ADALAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA, DAN SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL KITA MUHAMMAD S.A.W DAN JUGA KE ATAS KELUARGANYA DAN SAHABAT-SAHABATNYA.
YA ALLAH TUHAN KAMI, TERIMALAH DOA DAN AMALAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI YANG MAHA MENGETAHUI. DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT, LAGI MENGASIHANI. TUNJUKKAN DAN BIMBINGLAH KAMI KEPADA KEBENARAN DAN KEPADA JALAN YANG LURUS DENGAN BERKAT ALQURAN.
YA ALLAH, KASIHANILAH KAMI DENGAN BERKAT ALQURAN, DAN JADIKANNYA SEBAGAI PIMPINAN, CAHAYA, PERTUNJUK DAN RAHMAT UNTUK KAMI. YA ALLAH, INGATKANLAH KAMI APA YANG TELAH KAMI LUPA DARI ALQURAN, DAN AJARLAH KAMI APA YANG KAMI TIDAK TAHU TENTANG ISI ALQURAN, DAN KURNIAKANLAH KAMI KEUPAYAAN UNTUK MEMBACANYA PADA WAKTU2 MALAM DAN SIANG, DAN JADIKANLAH ALQURAN ITU SEBAGAI HUJJAH UNTUK KAMI. WAHAI TUHAN PEMELIHARA SEKALIAN ALAM.
YA ALLAH, HIASKANLAH DIRI KAMI DENGAN KEINDAHAN ALQURAN, MULIAKAN KAMI DENGAN KEMULIAN ALQURAN, DAN SERIKAN KAMI DENGAN KETINGGIAN MARTABAT ALQURAN, DAN PAKAIKAN KAMI DENGAN PAKAIAN PERMATA ALQURAN , MASUKKAN KAMI KE DALAM SYURGA DENGAN SYAFAAT ALQURAN, SELAMATKAN KAMI DARIPADA SEGALA BENCANA DUNIA DAN AZAB HARI AKHIRAT DENGAN BERKAT KEHORMATAN ALQURAN.
YA ALLAH, JADIKANLAH ALQURAN SEMASA HIDUP KAMI DI DUNIA SEBAGAI RAKAN DAN DI DALAM KUBUR SEBAGAI KAWAN YANG MESRA, PADA HARI QIAMAT SEBAGAI PEMBANTU, SEBAGAI CAHAYA PENYULUH, SEMASA MENUJU KE SYURGA SEBAGAI TEMAN, DAN SEBAGAI PENGHADANG DAN PENDINDING DARI API NERAKA, DAN JADIKANLAH ALQURAN UNTUK KAMI SEBAGAI PANDUAN DAN IKUTAN KEPADA SEGALA KEBAIKAN, DENGAN LIMPAH KURNIA, KEMURAHAN DAN KEMULIAAN MU JUA YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA PEMURAH.
YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI DENGAN PERTUNJUK ALQURAN, SELAMATKANLAH KAMI DARIPADA API NERAKA DENGAN SEBAB KEMULIAAN ALQURAN, TINGGIKANLAH DARJAT MARTABAT KAMI DENGAN SEBAB KELEBIHAN ALQURAN, DAN HAPUSKANLAH DOSA KEJAHATAN KAMI DENGAN SEBAB MEMBACA ALQURAN, YA ALLAH, TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA MACAM KELEBIHAN DAN IHSAN, WAHAI TUHAN KAMI BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA.
ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN SALAM SEJAHTERA KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT BAGINDA SEKALIAN. MAHA SUCI TUHANMU, TUHAN YANG MEMPUNYAI KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN DARI APA YANG MEREKA KATAKAN DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEKALIAN RASUL DAN SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SELURUH ALAM.
Rabu, 14 April 2021
Ramadhan menjelma lagi - Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Ya Ramadhan
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem dari kami sekeluarga. Ampun maaf dari kami atas segala kekhilafan baik yang disedari atau pun tidak. Semoga Allah menerima ibadah kita semua, dikurniakan keampunan daripada dosa-dosa terdahulu serta dikurniakan syurga-NYA. Amin.
Jumaat, 12 Mac 2021
ANUGERAH MASJID MALAYSIA TAHUN 2020
Dari negeri-negeri seluruh Malaysia, sebanyak 28 buah masjid telah dicalonkan untuk penilaian Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2020.
Kini, detik kemuncak sudah tiba. Anugerah Masjid Malaysia (AMM) Tahun 2020 yang akan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara siaran langsung pada 12 Mac 2021, Jumaat di TV AlHijrah, jam 8 pagi - bakal menobatkan masjid-masjid yang memenuhi kriteria SPMM.
Saksikan, masjid manakah yang terpilih, dari kaca TV masing-masing.
Rabu, 10 Mac 2021
DOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN PERLINDUNGAN AMALAN ULAMAK-ULAMAK
Ketika usai kami solat Asar berjemaah di Kotaraja Ipoh itu dengan Sheikh Ali Muhyiddin al-Qarah Daghi-hafizahullah, aku mendengar beliau titipkan doa-doa ini:
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ
عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Artinya:“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Artinya :“Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa Kami dan tindakan-tindakan Kami yang berlebihan (dalam) urusan kami, tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”
Surah Ali Imran (147 )
Rupanya itulah amalan ulamak-ulamak termasuklah Sheikh Muhammad Al-Ghazali-rahimahullah rahmatan wasi'ah:
Ahad, 7 Mac 2021
Fil Hikmah oleh Zuhayr bin Abi Salma
1.Aku sudah jemu dengan derita hidup yang membawa
berbagai kesengsaraan, janganlah merasa hairan!
orang yang sudah menjangkau umur lapan puluh
tahun sudah jemu dengan kehidupan.
2.Aku tahu apa yang berlaku hari ini dan kelmarin
sebelumnya, tetapi apa yang akan berlaku keesokan
hari tiada ku tahu.
3. Ku lihat maut bagai unta yang rabun di malam hari,
siapa yang dirempuhnya binasa, yang selamat dari
rempuhannya terlanjut usianya sehingga menjadi tua
bangka.
4.Siapa yang tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan
banyak perkara akan di baham dengan siong dan
di lanyak dengan tapak kaki binatang (akan dihinakan)
5. Siapa yang menjadikan kebaikan pelindung kehormatan-
nya akan dapat memeliharanya dan siapa yang tidak
mengelak dari kecaman akan dikecam.
6.Siapa yang memiliki kelebihan (kekayaan) tetapi bersikap
bakhil terhadap kaumnya, ia tidak akan diperlukan dan akan dicela.
7.Siapa yang menunaikan janjinya tidak akan dikecam. Sesiapa yang hatinya didorong kebaikan yang dihargai tidak akan teragak-agak melakukannya.
8.Siapa yang takut dan mengelak diri dari punca punca maut akan menghadapinya walau ia memanjat langit berselindung di sana.
9. Sesiapa yang melakukan kebaikan bukan pada tempat dan orangnya, bukan pujian yang akan diterima tetapi cacian yang akan didapati dan kelak ia akan menyesali perbuatannya.
19. Siapa yang tidak melindungi serta mempertahankan keluarga dan anak isterinya akan menjadi hina. Siapa yang bersikap lembut terhadap manusia mungkin ia akan dianiayai.
11. Siapa yang berkelana dan tinggal di tempat orang mungkin menganggap sebagai teman seorang musuhnya. Siapa yang tidak memuliakan dirinya tidak akan dimuliakan
12. Perangai serta budi pekerti seseorang pasti ketara suatu hari walaupun disangkanya terlindung atau tersembunyi dari orang ramai.
(Penyair merupakan salah seorang dari tiga penyair terunggul zaman Jahiliah yang banyak menulis kata hikmah)
Langgan:
Catatan (Atom)